1- Tamak,
rakus dan buruk sangka- Penawarnya
adalah percaya dengan Janji Allah SWT dan memupuk sifat Qanaah dalam jiwa.
2- Panjang
angan-angan- Penawarnya adalah dengan menyedarkan jiwa dengan kematian
yang pasti datang secara tiba-tiba dan kita tidak tahu di manakah kubur kita.
3- Keinginan
untuk beristirehat dan nikmat- Penawarnya
adalah mengingati segala nikmat akan hilang sekelip mata dan akan dihisab di
hadapan Allah SWT dengan amat berat.
4- Ujub
dan bangga diri- Penawarnya
adalah kita tidak tahu siapakah diri kita sebenar, apakah Allah SWT
menyenaraikan kita di antara mereka yang beruntung ataupun kita termasuk dalam
golongan mereka yang rugi.
5- Meremehkan
kawan dan tidak menghargai mereka- Penawarnya
adalah kita wajib menghormati mereka kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW
serta orang mukmin tidak pernah meremehkan sesiapapun.
6- Hasad
dengki- Penawarnya adalah kita
wajib berfahaman, sesungguhnya Allah SWT Amat Maha Adil dalam membahagi
keperluan rezeki maka kita tidak boleh berdengki dengan harta yang
Allah SWT telah kurniakan kepada seseorang dengan penuh keadilan.
7- Riak
dan pujian seseorang- Penawarnya
adalah kita wajib bersifat dengan sifat Ikhlas dan tidak menerima pujian
seseorang sehingga menimbulkan sifat yang boleh mensyirikkan Allah SWT kerana
Allah SWT berfirman “Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu dengan
Allah SWT hendaklah beramal soleh dan tidak menyekutukan Allah SWT dengan
sesuatupun.”
8- Sifat
Kikir atau Bakhil- Penawarnya
adalah dengan menyedarkan diri bahawa semua di tangan kita akan binasa dan akan
hilang, maka hendaklah kita mengimfaqkan harta tersebut kepada Allah SWT
yang tidak akan binasa dengan harapan harta atau pahala kita tidak
akan binasa seperti mana binasanya semua makhluk. Allah SWT telah berfirman “Apa
yang ada padamu akan rosak binasa dan apa yang ada di sisi Allah SWT akan
kekal.”
9- Sifat
Sombong- Penawarnya adalah
sesungguhnya Allah SWTlah yang menjadikan kita dan semua yang kita miliki maka
kenapa kita berbangga di hadapan Allah SWT atau di bumi Allah SWT dengan apa
Allah SWT telah jadikan. Allah SWT telah berfirman “Sesungguhnya kami
jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu
bersuku-suku serta berbangsa-bangsa supaya mereka kenal dan mengenali.
bahawa sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu adalah mereka yang
paling bertaqwa."
10- Sifat
Tamak- Penawarnya adalah kita
tidak boleh menaruh harapan untuk mengambil sesuatu daripada tangan orang lain,
tetapi wajiblah kita menaruh harapan kepada Allah SWT dengan sesuatu yang kita
harapkan dan mengambilnya daripada Tangan Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT
telah berfirman “Sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT, maka Allah SWT
akan memberi kepada mereka jalan keluar dari segala kesempitan dan Allah SWT
akan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka."
Kitab Tanbihul
Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 967 & 968.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan