Allah Taala berfirman:
Ertinya :"Apakah barangkali,
andai kata engkau semua berkuasa, maka engkau semua akan membuat kerosakan di
bumi dan memutuskan ikatan kekeluargaanmu semua. "Orang-orang yang
sedemikian itu adalah orang-orang yang dilaknat oleh Allah, lalu Allah memekakkan
pendengaran mereka dan membutakan penglihatan mereka."
(Muhammad: 22-23)
Allah Taala juga berfirman:
Ertinya :"Dan orang-orang
yang merosak janji Allah sesudah teguhnya dan pula memutuskan apa-apa yang
diperintah oleh Allah untuk dihubungkannya serta membuat kerosakan di bumi,
maka mereka itulah yang mendapatkan kelaknatan dan akan memperoleh kediaman
yang buruk."
(ar-Ra'ad: 25)
Allah Taala berfirman pula:
Ertinya :"Dan Tuhanmu telah
menentukan supaya engkau semua jangan menyembah melainkan Dia dan supaya engkau semua berbuat baik kepada kedua orang
tua. Dan kalau salah seorang di antara keduanya ada di sisimu sampai usia tua,
maka janganlah engkau berkata kepada keduanya dengan ucapan "cis",
dan jangan pula engkau menggertak keduanya, tetapi ucapkanlah kepada keduanya
itu ucapan yang mulia penuh kehormatan. "Dan turunkanlah sayap kerendahan
maksudnya: Rendahkanlah dirimu terhadap kedua orangtuamu itu dengan
kasih-sayang dan katakanlah: "Ya Tuhanku, kasihanilah kedua orangtuaku itu
sebagaimana keduanya mengasihi aku di kala aku masih kecil."
(al-lsra': 23-24)
336. Dari Abu Bakrah iaitu Nufai' bin
al-Harits r.a'., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidakkah engkau semua suka saya
memberitahukan perihal sebesar-besarnya dosa besar?" Beliau menyabdakan
ini sampai tiga kali. Kita(para sahabat) menjawab: "Baiklah, ya
Rasulullah". Beliau s.a.w. bersabda: "Menyekutukan kepada Allah dan
berani(derhaka) kepada kedua orang tua". Semula beliau s.a.w. bersandar
lalu duduk kemudian bersabda lagi: "Ingatlah, juga mengucapkan kedustaan
serta menyaksikan secara palsu". Beliau s.a.w. sentiasa
mengulang-ulanginya kata-kata yang akhir ini, sehingga kita mengucapkan: "Alangkah
baiknya, jikalau beliau diam berhenti mengucapkannya."
(Muttafaq 'alaih)
337. Dari Abdullah bin Amr bin al-'Ash
radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w, bersabda:
"Dosa-dosa besar itu ialah
menyekutukan kepada Allah, berani(durhaka) kepada kedua orang tua, membunuh
seseorang(tidak dengan haknya) serta bersumpah secara palsu".
(Riwayat Bukhari)
Alyaminul ghamus ialah sesuatu yang disumpahkan oleh seseorang dengan dusta
dan disengaja, dinamakan ghamus, sebab sumpah sedemikian itu menerjunkan orang yang
bersumpah itu ke dalam dosa.
338. Dari Abdullah bin Amr bin al-'Ash
r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Termasuk dalam golongan dosa-dosa
besar ialah jikalau seseorang itu memaki-maki kedua orang tuanya sendiri".
Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, adakah seseorang itu memaki-maki
kedua orang tuanya sendiri". Beliau s.a.w. menjawab: "Ya, iaitu
apabila seseorang itu memaki-maki ayah seseorang, lalu orang yang dimaki-maki
ayahnya itu lalu memaki-maki ayahnya sendiri. Atau seseorang itu memaki-maki
ibu orang lain, lalu orang yang dimaki-maki ibunya ini, memaki-maki ibunya
sendiri".
(Muttafaq ''alaih)
Dalam riwayat lain disebutkan:
"Sesungguhnya termasuk
sebesar-besarnya dosa besar ialah apabila seseorang itu melaknat kepada kedua
orang tuanya sendiri." Beliau s.a.w. ditanya: "Ya Rasulullah,
bagaimanakah seseorang itu melaknat kedua orang tuanya sendiri?" Beliau
s.a.w. bersabda: "Iaitu orang tadi memaki-maki ayah orang lain, lalu orang
ini memaki-maki ayahnya sendiri atau orang itu memaki-maki ibu orang lain, lalu
orang ini memaki-maki ibunya sendiri".
339. Dari Abu Muhammad, iaitu Jubair bin
Muth'im r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak akan masuk syurga seseorang
yang memutuskan." Sufian berkata dalam riwayatnya bahawa yang dimaksudkan
ialah memutuskan ikatan kekeluargaan.
(Muttafaq 'alaih)
340. Dari Abu Isa, iaitu al-Mughirah bin
Syu'bah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesungguhnya Allah mengharamkan
kepadamu semua akan berani kepada para ibu, juga mencegah yakni tidak
melaksanakan apa-apa yang wajib atas dirinya, meminta yang bukan miliknya serta
menanam anak-anak perempuan hidup-hidup. Allah membenci kepada kata-kata qil wa
qal yakni: katanya dari si Anu, ujarnya dari si Anu, tetapi tidak ada
kepastiannya, juga memperbanyak pertanyaan serta menyia-nyiakan harta
dibelanjakan kepada sesuatu yang bukan semestinya."
(Muttafaq 'alaih)
Sabda Nabi s.a.w. man'an ialah mencegah atau tidak
menunaikan apa-apa yang diwajibkan atau yang sudah menjadi kewajipan dirinya.
Hati ertinya meminta yang bukan milik atau haknya, Wa'dul banal, iaitu menanam
anak-anak perempuan dengan hidup-hidup.
Qil wa qal maknanya ialah segala sesuatu yang didengarnya sekalipun
belum pasti kebenarannya. Orang yang suka qil wa qal itu suka mengatakan:
"Dikatakan oleh si Fulan itu begini, atau si Fulan itu berkata demikian,
semua kata-kata itu tidak dapat diketahui kebenarannya atau bahkan tidak disangka
bahawa kata-kata itu benar. Cukuplah seseorang itu disebut berdusta, jikalau ia
mempercakapkan segala apa yang didengarnya. Idha'atul
mal, iaitu ditabzirkan,diobralkan atau dibelanjakan untuk jurusan-jurusan
yang tidak diizinkan oleh syariat, iaitu baik yang berhubungan dengan
tujuan-tujuan keakhiratan atau keduniaan, atau tidak suka menyimpannya, padahal
mungkin sekali untuk disimpan yakin ia kuasa menyimpan. Katsratus sual, yakni banyak bertanya atau meminta
sesuatu yang ia sendiri tidak memerlukan itu.
Dalam bab ini masih banyak lagi
Hadis-hadis yang sudah disebutkan dalam bab sebelumnya seperti Hadis yang
ertinya: "Dan Aku memutuskan orang yang memutuskan engkau kekeluargaan,
juga Hadis yang ertinya: "Barangsiapa yang memutuskan aku yakni kekeluargaan,
maka Allah memutuskan ia. Lihat Hadis-hadis no. 315 dan 323.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan