ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
berfirman:
Ertinya : "Kemudian
mereka digantikan oleh sesuatu angkatan yang meninggalkan solat dan
memperturutkan keinginan nafsu, maka oleh sebab itu, mereka akan menemui
kebinasaan. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka
mereka itu akan memasuki syurga dan tidak dianiaya sedikitpun."
(Maryam:
59-60)
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
berfirman pula:
Ertinya : "Kemudian
keluarlah ia yakni Qarun pada kaumnya dengan perhiasannya yang indah-indah.
Orang yang menghendaki kehidupan dunia berkata: "Wahai, kiranya kita mempunyai
seperti apa yang diberikan kepada Qarun, sesungguhnya ia mempunyai bahagian
keuntungan yang besar yakni bernasib baik sekali. Tetapi orang-orang yang
dikurniai ilmu pengetahuan berkata: "Celaka engkau semua itu, pahala dari
Allah adalah lebih baik untuk orang yang beriman dan beramal soleh."
(al-Qashash:
79-80)
Juga ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA
berfirman:
Ertinya : "Kemudian
pada hari itu yakni hari kiamat, nescayalah engkau semua akan ditanya tentang
kesenangan dunia."
(at-Takatsur:
8)
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
berfirman lagi:
Ertinya : "Barangsiapa
yang menginginkan kehidupan yang sekarang, maka Kami segerakan memberikan
kepadanya apa yang Kami kehendaki, untuk orang yang Kami sukai, kemudian Kami
jadikan untuknya neraka jahanam, ia masuk ke dalamnya dalam keadaan tercela dan
dihalaukan(terusir)."
(al-lsra':
18)
Ayat-ayat
dalam bab ini banyak sekali dan dapat dimaklumi.
489. Daripada
Aisyah radhiallahu 'anha, katanya yang bermaksud:
"Tidak pernah kenyang keluarga MUHAMMAD
SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM itu dari roti gandum selama dua
hari terus-menerus, keadaan sedemikian ini sampai beliau SHALLALLAHU ’ALAIHI
WASSALLAM dicabut
ruhnya."
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
riwayat lain disebutkan:
Ertinya : "Tidak
pernah kenyang keluarga MUHAMMAD SHALLALLAHU
’ALAIHI WASSALLAM itu sejak beliau datang di Madinah dari makanan gandum selama tiga hari
berturut-turut, sehingga beliau dicabut ruhnya(wafat)."
490. Daripada
Urwah dari Aisyah radhiallahu 'anha, bahawasanya Aisyah pernah berkata yang
bermaksud:
"Demi ALLAH, hai anak saudaraku, sesungguhnya kita melihat ke bulan
sabit, kemudian timbul pula bulan sabit, kemudian timbul pula bulan sabit. Jadi
tiga bulan sabit yang bererti dalam dua bulan lamanya, sedang di rumah-rumah
keluarga RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tidak pernah ada nyala
api." Saya yakni Urwah berkata: "Hai bibi, maka apakah yang dapat
menghidupkan anda sekalian?" Aisyah radhiallahu 'anha menjawab: "Dua
benda hitam, iaitu kurma dan air belaka, hanya saja RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM
mempunyai beberapa tetangga dari kaum Anshar, mereka itu mempunyai beberapa
ekor unta manihah, lalu mereka kirimkanlah air susunya itu kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM kemudian
memberikan minuman itu kepada kita."
(Muttafaq
'alaih)
Mengenai
pengertian apa yang disebul unta "manihah", harap dilihat dalam Hadis
no. 138.
491. Daripada
Said al-Maqburi dari Abu Hurairah ra. bahawasanya ia berjalan melalui
kaum yang di hadapan mereka itu ada seekor kambing yang sedang dipanggang.
Mereka memanggilnya, tetapi ia enggan untuk ikut memakannya dan ia berkata: " RASULULLAH SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASSALLAM keluar dari dunia yakni wafat dan tidak pernah kenyang dari roti
gandum."
(Riwayat
Bukhari)
492. Daripada
Anas ra, katanya yang bermaksud:
"RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM itu tidak pernah makan di atas
meja sehingga beliau wafat, juga tidak pernah makan roti yang diperhaluskan
buatannya sehingga beliau wafat."
(Riwayat
Bukhari)
Dalam
riwayatnya Imam Bukhari yang lain disebutkan: Ertinya : "Juga
beliau SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tidak pernah melihat kambing
yang disamit dengan matanya sama sekali," disamit ertinya dihilangkan
bulu-bulunya lalu dibakar dengan kulitnya sekali.
493. Daripada
an-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma, katanya yang bermaksud:
"Sungguh-sungguh saya pernah melihat Nabimu dan beliau tidak
mendapatkan kurma bermutu rendahpun yang dapat digunakan untuk mengisi
perutnya."
(Riwayat
Muslim)
Daqal adalah kurma yang bermutu rendah.
494. Daripada
Sahal bin Sa'ad ra, katanya yang bermaksud:
" RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tidak pernah melihat roti putih
sama sekali sejak beliau di utus oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sehingga dicabut ruhnya oleh
Allah Taala. Kepada Sahal ini ditanyakan: "Apakah di zaman RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM itu
engkau semua tidak mempunyai alat pengayak?" Ia menjawab: "RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM tidak
pernah melihat alat pengayak itu sejak beliau diutus oleh ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA sehingga
dicabut ruhnya oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA." Kepadanya ditanyakan
lagi: "Bagaimana caranya engkau semua makan gandum kalau tidak
diayak?" Ia menjawab: "Kita semua menumbuknya dan meniupkannya,
kemudian beterbanganlah benda-benda yang dapat terbang daripadanya itu lalu
mana yang tertinggal, maka itulah yang kami basahi untuk dijadikan adukan
tepung untuk membuat roti."
(Riwayat
Bukhari)
Ucapannya Annaqi dengan
fathahnya nun dan kasrahnya qaf serta syaddahnya ya' iaitu roti yang berwarna
putih dan itulah yang disebut darmak. Tsarrainahu dengan tsa'
mutsallatsah kemudian ra' musyaddadah lalu ya' mutsannat di bawahnya, lalu nun,
ertinya kita basahi dan kita jadikan adukan tepung yang digunakan untuk membuat
roti.
495. Daripada
Abu Hurairah ra, katanya yang bermaksud:
" RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM pada suatu hari atau suatu malam
keluar, kemudian tiba-tiba bertemu dengan Abu Bakar dan Umar radhiallahu
'anhuma, lalu beliau bertanya: "Apakah yang menyebabkan engkau berdua
keluar ini?" Keduanya menjawab: "Kerana lapar ya RASULULLAH."
Beliau lalu bersabda: "Adapun saya, demi Zat yang jiwaku ada di dalam
genggaman kekuasaanNya, nescayalah yang menyebabkan saya keluar ini adalah
sesuatu yang juga menyebabkan engkau berdua keluar itu yakni sama-sama kerana
lapar. Ayolah pergi." Keduanya pergi bersama beliau s.a.w., lalu
mendatangi seorang lelaki dari kaum Anshar, tiba-tiba lelaki itu tidak sedang
di rumahnya. Ketika isterinya melihat Nabi s.a.w., lalu berkata: Marhaban wa
ahlan. Selamat datang di rumah ini dan harap mendapatkan keluarga yang baik. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM lalu
bertanya: "Di mana Fulan suamimu?" Isterinya menjawab: "Ia pergi
mencari air tawar untuk kita." Tiba-tiba di saat itu orang Anshar suaminya
itu datang. Ia melihat kepada Rasulullah s.a.w. dan kedua orang sahabatnya,
kemudian berkata: "Alhamdulillah. Tiada seorangpun yang pada hari ini
mempunyai tamu-tamu yang lebih mulia daripada saya sendiri. Orang itu lalu
pergi kemudian datang lagi menemui tamu-tamunya itu dengan membawa sebuah
batang kurma berlobang berisikan kurma berwarna, kurma kering dan kurma basah.
lapun berkata: "Silakanlah makan." Selanjutnya ia mengambil pisau,
lalu RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: "Jangan menyembelih yang mengandung
air susu." Orang Anshar itu lalu menyembelih untuk tamu-tamunya itu,
kemudian mereka makan kambing itu, Ini adalah yang biasa dimakan oleh golongan
kaum hartawan yang gemar berfoya-foya. juga kurma dari batang kurma tadi serta
minum pulalah mereka. Setelah semuanya itu kenyang dan segar(tidak kehausan)
lalu RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam
genggaman kekuasaanNya, nescayalah engkau semua akan ditanya dari kenikmatan
yang engkau semua rasakan ini pada hari kiamat. Engkau semua dikeluarkan dari
rumahmu oleh kelaparan. Kemudian engkau semua tidak kembali sehingga engkau
semua memperoleh kenikmatan ini."
(Riwayat
Muslim)
Ucapannya yasta'dzibu
ertinya mencari air tawar dan itulah air yang bagus. Al-'izdqu dengan
kasrahnya 'ain dan sukunnya dzal mu'jamah, iaitu batang atau dahan kurma dan
lain-lain. Almudyatu dengan dhammahnya mim atau boleh pula
dikasrahkan, iaitu pisau. Alhalub ialah binatang yang
berisikan susu dalam teteknya.
Pertanyaan
mengenai kenikmatan ini adalah pertanyaan tentang banyak jumlahnya kenikmatan,
bukan pertanyaan sebagai olok-olok dan penyiksaan.
Wallahu
a'lam.
Adapun
orang Anshar yang didatangi oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM serta kedua orang sahabatnya itu
ialah Abul Haitsam bin at-Taihan. Demikianlah dalam sebuah Hadis yang
dijelaskan menurut riwayat Termidzi dan lain-lain.
496. Daripada
Khalid bin Umar al-Adawi, katanya yang bermaksud:
"Utbah bin Ghazwan berkhutbah kepada kita dan ia adalah menjabat
sebagai gabernor di Bashrah. Ia bertahmid kepada Allah serta memujiNya,
kemudian berkata: "Amma ba'du, sesungguhnya dunia ini sudah memberitahukan
akan kerosakannya dan akan menyingkir dengan cepatnya, maka daripadanya itu
tidak akan tertinggal melainkan sisanya yang sedikit sekali, sebagaimana
sisanya wadah yang dikumpulkan isinya itu oleh pemiliknya. Sesungguhnya engkau
semua pasti berpindah dari dunia ini, ke perumahan yang tidak akan ada
lenyapnya yakni kekal. Maka dari itu berpindahlah dengan sebaik-baik bekal yang
ada padamu semua. Sesungguhnya saja telah disebutkan kepada kita oleh Nabi
s.a.w. bahawa sebuah batu yang dilemparkan dari tepi Jahanam itu lalu jatuh ke
dalamnya sampai selama tujuh puluh tahun, tetapi belum lagi mencapai dasarnya.
Demi Allah, nescayalah Jahanam itu benar-benar akan dipenuhi, adakah engkau
semua hairan tentang itu? Juga nescayalah telah disebutkan kepada kita
bahawasanya antara dua daun pintu dari beberapa daun pintu syurga itu adalah
berjarak sejauh perjalanan empat puluh tahun. Nescayalah pula akan datang
terhadap syurga itu suatu hari bahawa ia menjadi penuh padat kerana sesaknya
yakni berjejal-jejal(berebut-rebut) orang hendak memasukinya. Saya sendiri
telah mengalami bahawa diri saya termasuk yang ketujuh dari tujuh orang yang
menyertai Rasulullah s.a.w., yang kita tidak memiliki makanan apapun, melainkan
daun-daunan pohon, sehingga banyaklah luka-luka yang timbul di rahang kita,
kemudian saya mendapatkan selembar kain, lalu saya koyaklah kain itu untuk
dibahagikan antara saya sendiri dengan Sa'ad bin Malik, jadi saya bersarung
dengan separuh kain itu dan Sa'ad juga bersarung dengan separuhnya lagi.
Selanjutnya pada hari ini, seseorang di antara kita berdua itu tidaklah
menjabat melainkan sebagai seorang gabernor dari sebuah daerah dari sekian
banyak daerah yang ada. Sesungguhnya saya mohon perlindungan kepada Allah kalau
saya merasa dalam diri sendiri itu sebagai orang yang agung, sedang di sisi
Allah hanyalah kecil belaka."
(Riwayat
Muslim)
Ucapannya adzanat, dengan
madnya alif, ertinya memberitahukan. Shurmun dengan dhammahnya
dhad iaitu putus atau lenyap Wallat hadzdzaa dengan ha'
muhmalah yang difathahkan lalu dzal mu'jamah musyaddadah lalu alif mamdudah,
ertinya cepat. Ashshubabah dengan dhammahnya shad muhmalah,
ertinya sisa yang sedikit. Yatashabbuba dengan syaddahnya ba'
sebelum ha' ertinya mengumpulkannya. Alkazhizh, ertinya yang
banyak serta penuh padat. Qarihat dengan fathahnya qaf dan
kasrahnya ra', ertinya di tempat itu banyak luka-lukanya.
497. Daripada
Abu Musaal-Asy'ari r.a., katanya yang bermaksud:
"Aisyah radhiallahu 'anha mengeluarkan untuk kita maksudnya agar
kita dapat melihatnya sebuah baju dan sarung kasar, lalu ia berkata: " RASULULLAH SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASSALLAM dicabut ruhnya sewaktu mengenakan kedua pakaian ini."
(Muttafaq
'alaih)
498. Daripada
Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya saya itu nescayalah pertama-tama orang Arab yang
melempar dengan panahnya fisabilillah. Kita semua waktu itu berperang beserta
Rasulullah s.a.w. dan kita tidak mempunyai makanan sedikitpun melainkan daun
pohon hublah dan daun pohon samurini, sehingga seseorang dari kita itu
nescayalah mengeluarkan kotoran besar sebagaimana keadaan kambing kalau
mengeluarkan kotoran besarnya dan tidak dapat bercampur dengan lainnya yakni
bulat-bulat serta kering, kerana tidak ada untuk dimakan."
(Muttafaq
'alaih)
Alhublah dengan dhammahnya ha' dan
sukunnya ba' muwah-hadah, juga samur adalah dua macam
pohon-pohonan yang terkenal di daerah badiah yakni tanah Arab bahagian
pedalaman.
499. Daripada
Abu Hurairah r.a., katanya: RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:
Ertinya : "Ya
Allah, jadikanlah rezeki keluarga Muhammad ini makanan sekadar menutup
kelaparan."
(Muttafaq
'alaih)
Ahli
lughat dan gharib yakni yang memperbincangkan mufradat dari Al Quran dan Al
Hadis mengatakan, bahwa ertinya qut ialah sesuatu yang dimakan
untuk menutup sisa hidup.
500. Daripada
Abu Hurairah ra, katanya yang bermaksud :
"Demi Zat yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnyalah bahawa
saya menyandarkan hatiku ke bumi kerana kelaparan dan sesungguhnya pula bahawa
saya mengikatkan batu pada perut saya kerana kelaparan. Sebenarnya saya pernah
duduk-duduk pada suatu hari di jalanan orang-orang yang sama keluar melalui
jalanan itu untuk mencari nafkahnya masing-masing. Kemudian Nabi s.a.w.
berjalan melalui tempat saya dan beliau tersenyum ketika melihat saya, kerana
mengetahui keadaan dan hal-ehwal yang ada dalam wajahku dan diriku, kemudian
beliau bersabda: "Abu Hir." Saya menjawab: "Labbaik ya
Rasulullah". Beliau bersabda lagi: "Mari ikut," dan beliau terus
berlalu dan saya mengikutinya. Selanjutnya beliau masuklah di rumah
keluarganya, saya mohon izin lalu beliau mengizinkan masuk untukku. Sayapun
masuklah, di situ beliau menemukan susu dalam gelas. Beliau bertanya:
"Dari manakah susu ini?" Keluarganya berkata: "Fulan atau
Fulanah itu menghadiahkan untuk Tuan." Beliau bersabda: "Abu
Hir." Saya menjawab: "Labbaik ya RASULULLAH." Beliau bersabda
pula: "Susuilah para ahlush-shuffah, lalu panggillah mereka untuk datang
padaku." Abu Hurairah berkata: "Ahlush-shuffah itu adalah merupakan
tamu-tamu Islam, kerana tidak bertempat pada sesuatu keluarga, tidak pula
berharta dan tidak berkerabat pada seseorangpun. Jikalau ada sedekah atau zakat
yang datang pada Nabi s.a.w. lalu sedekah atau zakat itu dikirimkan semuanya
oleh beliau kepada mereka itu dan beliau sendiri tidak mengambil sedikitpun
daripadanya, tetapi kalau beliau menerima hadiah, maka dikirimkanlah kepada
orang-orang itu dan beliau sendiri mengambil sebahagian daripadanya. Jadi
beliau bersama-sama dengan para ahlush-shuffah itu untuk menggunakannya."
Perintah Nabi s.a.w. memanggil ahlush-shuffah itu tidak mengenakkan hati saya
dan oleh sebab itu saya berkata: "Apa hubungannya susu ini untuk diberikan
ahlush-shuffah. Saya adalah lebih berhak untuk memperoleh susu ini dengan
sekali minuman saja, agar saya dapat merasa kuat tubuhku." Kemudian,
jikalau orang-orang itu datang, Nabi s.a.w. tentu menyuruh saya agar saya
memberikan itu kepada mereka. Barangkali tidak akan dapat sampai padaku yakni
bahawa saya tidak memperoleh bahagian susu itu, tetapi juga tidak ada jalan lain
kecuali mentaati Allah dan mentaati RasulNya s.a.w. Oleh kerana itu mereka saya
datangi dan saya panggillah semuanya. Mereka menghadap dan meminta izin, lalu
Nabi s.a.w. mengizinkan mereka masuk, juga sama mengambil tempat duduk
sendiri-sendiri dalam rumah. Beliau lalu bersabda: "Abu Hir." Saya
menjawab: "Labbaik ya RASULULLAH." Beliau bersabda lagi:
"Ambillah susu itu dan berikanlah kepada mereka." Abu Hurairah
berkata: "Saya lalu mengambil gelas, kemudian saya berikan pada seseorang
dulu. Ia minum sampai kenyang minumnya lalu gelas dikembalikan. Seterusnya saya
berikan kepada yang lain, iapun minumlah sampai kenyang pula minumnya, lalu
dikembalikanlah gelasnya, sehingga akhirnya sampai giliran saya memberikan itu
kepada Nabi s.a.w., sedang orang-orang ahlush-shuffah itu sudah puas minum
semuanya. Beliau s.a.w. mengambil gelas lalu diletakkan di tangannya, kemudian
beliau melihat saya dan tersenyum, kemudian bersabda: "Abu Hir." Saya
menjawab: "Labbaik ya RASULULLAH." Beliau bersabda pula:
"Sekarang tinggallah saya dan engkau yang belum minum." Saya
menjawab: "Benar Tuan, ya Rasulullah." Beliau bersabda:
"Duduklah dan minumlah." Sayapun duduklah lalu saya minum. Beliau
bersabda lagi: "Minumlah lagi." Sayapun minumlah. Beliau tidak
henti-hentinya bersabda: "Minumlah lagi," sehingga saya berkata:
"Tidak, demi Allah yang mengutus Tuan dengan benar, saya sudah tidak
mendapatkan jalan lagi untuk minum itu ertinya sudah amat kenyang minumnya itu.
Setelah itu beliau bersabda: "Kalau begitu, berikanlah saya gelas itu
"Gelaspun saya berikan, kemudian beliau memuji kepada Allah Taala dan
membaca bismillah di permulaan minumnya lalu beliau minumlah sisanya itu."
(Riwayat
Bukhari)
501. Daripada
Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah ra, katanya yang bermaksud :
"Nescayalah saya pernah mengalami diriku bahawa saya jatuh
tersungkur antara mimbarnya RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dengan biliknya Aisyah
radhiallahu 'anha sampai tidak sedarkan diri. Kemudian datanglah padaku
seseorang yang datang, lalu ia meletakkan kakinya di atas leher saya dan ia
menyangka bahawa sesungguhnya saya adalah orang gila, padahal saya tidaklah
kejangkitan penyakit gila, tetapi jatuh saya tadi hanyalah kerana
kelaparan."
(Riwayat
Bukhari)
502. Daripada
Aisyah radhiallahu 'anha, katanya yang bermaksud:
" RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM wafat sedang baju besinya sedang
digadaikan pada seorang Yahudi dengan nilai tiga puluh sha'(gantang) dari
gandum."
(Muttafaq
'alaih)
503. Daripada
Anas ra, katanya yang bermaksud:
"RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menggadaikan baju besinya dengan
gandum dan saya berjalan ke tempat RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dengan membawa roti gandum dan
lemak cair yang sudah berubah keadaannya. Sungguh-sungguh saya mendengar RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM
bersabda: "Tiada sesuatupun pada pagi-pagi ini melainkan hanya segantang
untuk para keluarga MUHAMMAD dan tidak ada untuk petang harinya nanti kecuali
segantang pula." Padahal seluruh keluarganya itu adalah sembilan
rumah."
(Riwayat
Bukhari)
504. Daripada
Abu Hurairah ra, katanya yang bermaksud :
“Sungguh-sungguh saya telah melihat tujuh puluh orang dari golongan
ahlush-shuffah yakni kaum fakir miskin di Madinah, tiada seorangpun di antara
mereka itu yang berselendang. Ada kalanya mengenakan sarung dan ada kalanya
pula baju. Mereka mengikatkan itu pada leher-lehernya. Di antaranya ada yang
sampai pada separuh kedua betisnya dan di antaranya ada yang sampai pada kedua
mata kakinya, lalu dikumpulkan kedua belahannya itu kerana enggan kalau sampai
terlihat auratnya."
(Riwayat
Bukhari)
505. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha, katanya yang bermaksud:
"Hamparan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM itu terbuat dari kulit dan
isinya adalah sabut."
(Riwayat
Bukhari)
506. Daripada
Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya yang bermaksud:
"Kita semua duduk-duduk bersama RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, tiba-tiba datanglah seorang
lelaki dari kaum Anshar, lalu ia memberi salam pada beliau itu. Kemudian orang
Anshar tadi menyingkir. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: "Hai saudara kaum
Anshar, bagaimanakah keadaan saudaraku Sa'ad bin Ubadah?" Orang itu
menjawab: "Baik saja."RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda lagi: "Siapakah di
antara engkau semua yang meninjaunya?" Kemudian RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM berdiri
dan kitapun berdiri bersamanya dan kita berjumlah sepuluh orang lebih tiga
sampai sembilan. Kita semua yang pergi itu tidak berterumpah, tidak pula
bersepatu, bersongkok ataupun bergamis, sedangkan kita berjalan di tempat yang
tandus, hampir tidak ada tanamannya, sehingga datanglah kita di tempatnya.
Kaumnya Sa'ad bin Ubadah lalu mundur dari sekelilingnya, sehingga mendekatlah
Rasulullah serta semua sahabat yang menyertainya."
(Riwayat
Muslim)
507. Daripada
Imran bin al-Hushain radhiallahu 'anhuma dari RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, sabdanya yang bermaksud:
"Sebaik-baik engkau sekalian adalah orang-orang yang
sekurun(semasa) denganku, kemudian yang mengikutinya yang datang sesudahnya
kemudian orang-orang yang mengikutnya." Imran berkata: "Saya tidak
tahu, adakah Nabi s.a.w. mengucapkannya itu dua atau tiga kali." RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM
selanjutnya menyabdakan: "Kemudian akan datanglah sesudah mereka itu
sesuatu kaum yang menjadi saksi, tetapi tidak dapat dipercaya kesaksiannya.
Mereka juga berkhianat dan tidak dapat dipercaya amanatnya, demikian pula
mereka bernazar, tetapi tidak suka memenuhi nazarnya dan tampaklah kegemukan
dalam tubuh mereka," yakni gemuk yang disebabkan kerana terlampau banyak
makan, minum dan bersenang-senang dan bukan gemuk kerana kejadiannya memang
gemuk."
(Muttafaq
'alaih)
508. Daripada
Abu Umamah r.a., katanya: RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:
Yang
bermaksud : "Hai anak Adam, sesungguhnya jikalau engkau
memberikan apa-apa yang kelebihan padamu, sebenarnya hal itu adalah lebih baik
untukmu dan jikalau engkau tahan tidak engkau berikan siapapun, maka hal itu
adalah menjadikan keburukan untukmu. Engkau tidak akan tercela kerana Sahabat
Sa'ad bin Mu'az al-Anshari, yakni dari golongan kaum Anshar r.a. ini adalah
pemimpin atau kepala suku atau kabilah Aus. Nama kun-yahnya ialah Abu 'Amr.
Dialah yang tercantumkan dalam sebuah Hadis shahih yang disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w., iaitu: "Arasynya Allah yang Maha Pengasih telah
bergoncang dengan sebab kematian Sa'ad bin Mu'az." Dalam hal ini
ada beberapa ahli syair yang menggubahnya,di antaranya ialah yang berbunyi:
Tiada bergoncanglah arasy Allah sebab kematian seseorang yang meninggal
dunia. Yang pernah kita dengar perihal itu, melainkan sebab kematian Sa'ad
iaitu Abu 'Amr. Demikianlah yang dapat dikutip dari hamisy atau
pinggir sebahagian naskah asli, diturun dari tulisan yang mulia Imam Nawawi
sendiri, penyusun kitab ini rahimahul Laahu Taala (Semoga Allah Taala
mengurniakan kerahmatan kepadanya).
Adanya
kecukupan maksudnya menurut syariat engkau tidak akan dianggap salah, jikalau
kehidupanmu itu dalam keadaan yang cukup dan tidak berlebih-lebihan. Lagi pula
mulailah dalam membelanjakan nafkah kepada orang yang wajib engkau
nafkahi."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
509. Daripada
Ubaidullah bin Mihshan al-Anshari al-Khathmi r.a., katanya: " RASULULLAH SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:
Yang
bermaksud : "Barangsiapa di antara engkau semua telah merasa
aman dari musuhnya dalam dirinya, sihat dalam tubuhnya, memiliki keperluan
hidup makan, minum, ubat dan apa-apa yang diperlukan dalam kehidupannya pada
hari itu, maka ia telah dikurniai dunia dengan keseluruhan isinya."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Sirbihi dengan kasrahnya sin muhmalah
ertinya ialah dirinya, ada yang mengatakan bahawa ertinya itu ialah kaumnya.
510. Daripada
Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM
bersabda:
Yang
bermaksud : "Sungguh berbahagialah orang yang masuk Agama Islam
serta diberi rezeki cukup dan diberi sifat qana'ah(suka menerima) dengan
apa-apa yang telah dikurniakan oleh Allah."
(Riwayat
Muslim)
511. Daripada
Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya ia mendengar RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM
bersabda:
Yang
bermaksud : "Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah
dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam
keadaan cukup dan pula ia bersifat qana'ah(menerima)."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
512. Daripada
Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya yang bermaksud :
" RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dalam beberapa malam yang
berturut-turut itu bermalam dalam keadaan terlipat maksudnya terlipat perutnya
kerana lapar, sedang para keluarganya tidak mendapatkan sesuatu untuk makan
malam, juga sebahagian banyak roti yang dimakan itu adalah roti terbuat dari
gandum."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
513. Dari
Fadhalah bin Ubaid r.a. bahawasanya RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM itu apabila bersolat dengan para manusia, maka ada
beberapa orang lelaki yang jatuh tersungkur dari berdiri mereka itu ketika
dalam solatnya, disebabkan kerana kefakiran yang sangat yakni kerana sangatnya
kelaparan sehingga tidak kuat berdiri. Mereka itu adalah ahlush-shuffah,
sehingga orang Arab(orang-orang Arab dari pedalaman) mengatakan bahawa mereka
itu adalah orang-orang gila. Kemudian apabila RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah selesai bersolat, lalu menghadap ke arah
mereka itu dan berkata: "Andai kata engkau semua mengetahui apa
yang disediakan untukmu semua di sisi Allah Taala, nescayalah engkau semua
senang kalau engkau semua bertambah kefakiran dan hajatnya dari sekarang ini.”
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.
Alkhashashab ialah kekurangan dan kelaparan
yang sangat.
514. Daripada
Abu Karimah, iaitu al-Miqdad bin Ma'dikariba r.a., katanya: "Saya
mendengar RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:
Yang
bermaksud : "Tidaklah seseorang memenuhi sesuatu wadah yang
lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah sebenarnya seseorang itu makan beberapa
suapan yang dapat mendirikan menguatkan tulang rusuknya. Maka jikalau
makanan itu harus diisikannya, maka sepertiga hendaklah untuk makanannya dan
sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk pernafasannya."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
515. Daripada
Abu Umamah, iaitu lyas bin Tsa'laba al-Anshari al-Harits r.a., katanya yang
bermaksud:
"Para sahabat RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM pada suatu hari
menyebut-nyebutkan di sisi beliau itu tentang hal dunia yakni perihal
kesenangan, kekayaan dan lain-lain. Kemudian RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM
bersabda: "Tidakkah engkau semua mendengar, tidakkah engkau semua
mendengar bahawa badzadzah itu termasuk keimanan, bahwa badzadzah itu termasuk
keimanan." Yakni taqahhul.
(Riwayat
Abu Dawud)
Albadzadzah dengan ba' muwahhadah dan dua
dzal yang mu'jamah ertinya ialah keadaan yang serba kusut dan meninggalkan
pakaian yang indah-indah. Adapun taqahhul, dengan qaf dan ha'
maka para ahli Lughat mengatakan bahawa orang yang bertaqahhul ialah
orang yang kering kulitnya kerana keadaan hidupnya yang serba kasar dan
meninggalkan kemewahan dalam segala hal.
516. Daripada
Abu Abdillah bin Jabir bin Abdullah radhiallahu 'anhuma, katanya yang bermaksud
:
"Kita dikirimkan oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM ke medan peperangan dan
mengangkat Abu Ubaidah r.a. sebagai amir(panglima) untuk memimpin kita, guna
menemui kafilah orang-orang Quraisy. Kita semua membawa bekal sebuah tempat
berisi kurma dan kita tidak menemukan selain itu. Abu Ubaidah memberikan kita
sekurma demi sekurma. Kepada kita ditanyakan oleh orang lain:
"Bagaimanakah engkau semua berbuat dengan sebiji kurma itu."
Jawabnya: "Kita mengisapnya sebagaimana seorang anak bayi mengisap tetek.
Kemudian kita minum air setelah itu. Keadaan sedemikian ini mencukupi kita
untuk sehari itu sampai malam. Kita juga memukul daun-daunan dengan
tongkat-tongkat kita, lalu kita basahi dengan air, kemudian kita makanlah itu. Seterusnya
kita berangkat ke pantai laut, lalu tampaklah di atas kita di pantai laut tadi,
seolah-olah seperti tumpukan pasir yang besar, lalu kitapun mendatanginya.
Tiba-tiba yang tampak itu adalah seekor binatang yang dinamakan ikan
lodan(hiu). Abu Ubaidah lalu berkata: "Bangkai," kemudian ia berkata
lagi: "Oh tidak maksudnya tidak haram diambil dagingnya untuk dimakan.
Bahkan kita ini adalah utusan-utusan dari Rasulullah s.a.w. dan dalam berjuang
fisabilillah. Engkau semua adalah dalam keadaan terpaksa. Maka dari itu
makanlah olehmu semua." Kita semua berdiam sambil makan ikan tersebut
dalam waktu sebulan lamanya dan jumlah kita seluruhnya adalah tiga ratus orang,
sehingga kita semuapun menjadi gemuklah. Nescayalah saya melihat bahawa kita
semua menciduk dari lobang matanya itu dengan beberapa gayung akan minyaknya
dan kita memotong daripadanya itu beberapa potongan daging sebesar lembu atau
sekira selembu-selembu besarnya. Sungguh-sungguh Abu Ubaidah menyuruh seseorang
dari kita sebanyak tiga belas orang, diperintah olehnya supaya duduk dalam
lobang matanya dan supaya mengambil tulang rusuknya, lalu ditegakkan dan
dimuatkan pada unta yang terbesar yang ada beserta kita. Ia berjalan di
bawahnya. Kita juga mengambil bekal dari dagingnya yang telah dikeringkan(dijadikan
dendeng). Setelah kita semua datang di Madinah, kita mendatangi Rasulullah
s.a.w., lalu kita ceritakanlah hal itu kepada beliau, lalu beliau bersabda:
"Itu adalah rezeki yang dikeluarkan oleh Allah untukmu semua. Adakah
engkau semua membawa sedikit dagingnya, supaya dapat memberikan sedekahnya
untuk makanan kita?" Kita semua mengirimkan kepada Rasulullah s.a.w.
sebahagian dagingnya itu, kemudian beliau s.a.w. memakannya."
(Riwayat
Muslim)
Aljirab ialah wadah dari kulit yang sudah
dapat dimaklumi. Lafaz ini dibaca dengan kasrahnya jim atau boleh pula dengan
fathahnya, tetapi dengan kasrah adalah lebih fashih.
Namashshuha dengan fathahnya mim. Alkhabath ialah
daun-daunan dari pohon yang dikenal dan dimakan oleh unta. Alkatsib ialah
timbunan dari pasir. Alwaqbu dengan fathahnya wawu dan
saknahnya qaf dan sesudahnya itu ialah ba' muwahhadah, ialah lobang mata. Alqilal ialah
gayung.
Aifidar dengan kasrahnya fa' dan
fathahnya dal iaitu beberapa potong. Rahala ba'ira iaitu
memberikan beban pada unta. Alwasyaiq dengan syin mu'jamah dan
qaf ialah daging yang dipotong-potong untuk dikeringkan.
Wallahu
a'lam.
517. Daripada
Asma' binti Yazid radhiallahu 'anhuma, katanya yang bermaksud :
"Ujung lengan baju gamisnya RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM itu adalah sampai di pergelangan
tangan."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Arush-ghu dengan menggunakan shad dan Arrus-ghu dengan
menggunakan sin, juga boleh, ertinya ialah pergelangan antara tapak tangan
dengan lengan tangan bahagian bawah.
518. Daripada
Jabir ra, katanya yang bermaksud :
"Sesungguhnya kita semua pada hari khandak menggali tanah untuk
perlindungan diri sebelum timbulnya peperangan dan peperangan di waktu itu disebut
perang khandak, ertinya parit, kita semua menggali. Kemudian pada penggalian
itu terhalang oleh adanya gumpaian tanah yang keras. Para sahabat satna
mendatangi Nabi s.a.w., lalu berkata: "Tanah keras ini menghalang-halangi
untuk kelanjutan penggalian parit." Beliau s.a.w. lalu bersabda:
"Saya akan turun." Selanjutnya beliau s.a.w. terus berdiri, sedang
perut beliau itu diikat di situ dengan sebuah batu kerana kelaparan. Kita semua
memang sudah selama tiga hari itu tidak merasakan rasa makanan apapun. Nabi
s.a.w. lalu mengambil cangkul, terus memukulnya, maka kembalilah tanah keras
itu bagaikan tumpukan pasir yang hancur-lebur. Kemudian saya berkata: "Ya
Rasulullah, berilah saya izin untuk pulang ke rumah." Seterusnya saya lalu
berkata kepada isteriku: "Saya telah melihat sesuatu dalam diri Nabi
s.a.w. yakni pengganjalan perut dengan batu itu yang tidak dapat
disabarkan lagi. Maka adakah engkau mempunyai sesuatu yang dapat dimakan?"
Isterinya menjawab: "Saya mempunyai gandum dan kambing betina. Kambing itu
lalu saya sembelih, sedang isteriku menumbuk gandum, sehingga dagingnya itu
kita letakkan dalam periuk. Kemudian saya mendatangi Nabi s.a.w., sedangkan
adukan makanan itu telah pecah yakni sudah lumat dan halus dan kuali yang ada
di antara batu-batu itu telah hampir masak isinya. Saya berkata kepada beliau
s.a.w.: "Saya mempunyai sedikit makanan ya RASULULLAH, maka dari itu
silakan Tuan berdiri yakni pergi ke tempat saya bersama seorang atau dua orang
saja. Beliau bertanya: "Berapa banyaknya itu?" Saya menyebutkan
sebagaimana adanya yakni kambing dengan gandum yang cukup untuk beberapa orang
saja. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Banyak itu dan enak sekali, Katakanlah
kepada isterimu, janganlah diangkat dulu periuknya, juga jangan pula diambil
roti itu dari dapur, sehingga saya datang nanti." Seterusnya beliau s.a.w.
bersabda: "Berdirilah engkau semua," maka berdirilah semua kaum
Muhajirin dan Anshar yang ikut membuat parit. Saya masuk kepada isteriku lalu
saya berkata: "Celaka ini. Nabi s.a.w. datang dengan semua kaum Muhajirin
dan Anshar, jadi semua yang menyertainya." Isterinya berkata: "Adakah
beliau menanyakan banyaknya makanan?" Saya berkata: "Ya." 52
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Masuklah engkau sekalian dan jangan
berjejal-jejalan." Beliau s.a.w. mulai memotong roti dan diberikanlah pula
di situ dagingnya dan selalu menutupi periuk dan dapur itu apabila beliau
mengambil daripadanya dan mendekatkan kepada sahabat-sahabatnya itu, kemudian
ditariklah kualinya itu sesudah diambilkan isinya. Tidak henti-hentinya beliau
s.a.w. memotong roti itu dan menciduk kuah sehingga sekalian sahabatnya itu
kenyang semua dan masih ada pula sisanya dalam kuali. Kemudian beliau s.a.w.
bersabda: "Makanlah ini dan berikanlah hadiah kepada orang-orang lain seperti
tetangga, sebab sesungguhnya para manusia itu terkena bencana kelaparan.”
(Muttafaq
'alaih)
52 Dalam
riwayat lain disebutkan bahawa setelah Jabir r.a. berkata: "Ya," yang
maksudnya RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah diberitahu bahawa makanan yang dapat disediakan itu hanya cukup
untuk seorang dua orang saja. Tetapi tiba-tiba yang diajak beliau s.a.w.,
adalah semua sahabat Muhajirin dan Anshar yang semuanya dalam keadaan lapar.
Isterinya lalu berkata: "Kalau begitu, Allah dan RasulNya adalah lebih
mengetahui. Kita telah memberitahukan apa yang dapat kita sediakan."
Dengan kata-kata isterinya, kesedihan Jabir r.a. yang sangat itu menjadi
lapang.
Dalam
riwayat lain disebutkan: Jabir berkata: "Ketika parit digali, maka saya
melihat adalah kelaparan yang sangat dalam diri RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Lalu saya kembali ke tempat
isteriku dan saya berkata: "Adakah engkau mempunyai sesuatu yang dapat
dimakan?" karena sesungguhnya saya melihat adanya kelaparan yang sangat
dalam diri RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM." Isteriku lalu mengeluarkan sebuah wadah yang di dalamnya ada
segantang gandum, sedang kita juga mempunyai seekor binatang kambing kecil yang
telah lulut. Binatang itu lalu saya sembelih dan isteriku menumbuk gandum.
Isteriku telah selesai pekerjaannya sebagaimana sayapun selesai pula, lalu saya
potonglah dalam kualinya, kemudian saya kembali menuju ke tempat Rasulullah
s.a.w. Isteriku berkata: "Jangan engkau membuat aku tampak celaku, sebab
hanya mempunyai makanan sedikit dan ini menunjukkan kemiskinannya kepada
Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang menyertainya nanti." Selanjutnya
saya lalu mendatangi Nabi s.a.w. dan saya membisikinya. Saya berkata: "Ya RASULULLAH,
kita menyembelih seekor kambing kecil untuk makanan kita dan saya juga telah
menumbuk segantang gandum. Maka dari itu, silakan Tuan datang di tempat saya
bersama beberapa orang saja yang akan menyertai Tuan." Tiba-tiba Nabi
s.a.w. berteriak dan bersabda: "Hai sekalian penggali parit, sesungguhnya
Jabir telah membuat sesuatu hidangan yang akan disuguhkan kepada kita. Maka
marilah kita semua ke rumahnya." Kemudian Nabi s.a.w. bersabda kepada
Jabir: "Janganlah sekali-kali engkau turunkan kualimu dan jangan pula
dijadikan roti dulu adukan gandummu itu, sehingga saya datang." Saya
datang ke rumah dan Nabi s.a.w. juga datang sambil menyuruh orang-orang banyak
datang pula ke situ. Begitulah saya akhirnya datang di tempat isteriku.
Isteriku berkata: "Bagaimana engkau ini, bagaimana engkau ini,"
maksudnya isterinya itu menyalahkan suaminya, mengapa membawa orang-orang
sebanyak itu. Saya berkata: "Saya telah mengerjakan semua yang engkau
katakana." Isteriku lalu mengeluarkan adukan gandum kita, lalu Nabi s.a.w.
berludah di dalamnya dan mendoakan keberkahannya, kemudian menuju ke tempat
kuah kita, lalu berludah pula di situ dan juga mendoakan keberkahannya, kemudian
bersabda: "Panggillah seorang tukang membuat roti, supaya ia dapat
menolong membuat roti bersamamu dan yang disuruh ini adalah isteri Jabir dan
pula ciduklah dari kualimu, tetapi janganlah kuali itu diturunkan."
Orang-orang yang datang di saat itu adalah sebanyak seribu orang. Saya
bersumpah dengan nama Allah, nescayalah orang-orang itu semuanya dapat makan,
sehingga mereka meninggalkannya dan pergi dari rumah saya itu, sedang
sesungguhnya kuali kita masih tetap berbunyi kerana isinya yang mendidih sebagaimana
tadinya sebelum diambil isinya oleh orang-orang banyak, juga sesungguhnya
adukan roti kita masih tetap menjadi roti sebanyak asalnya."
Ucapannya: Aradhat
kud-yatun, dengan dhammahnya kaf dan sukunnya dal dan dengan ya' yang
mutsannat di bawahnya, ertinya ialah segumpal tanah yang keras dan tebal yang
tidak dapat dicairkan oleh kapak. Atkatsib asalnya ialah
tumpukan pasir dan yang dimaksudkan di sini ialah telah menjadi tanah yang
halus, itulah ertinya lafaz ah-yala. At-atsafiyyu ialah
batu-batu yang di atasnya itu diletakkan kuali untuk memasak. Tadhaghatbu ertinya
berjejal-jejalan. Almaja'ah ialah kelaparan, dengan fathahnya
mim. Al-khamash dengan fathahnya kha' mu'jamah dan mim,
ertinya ialah lapar. Inkafa'tu ertinya saya balik dan kembali. Albuhaimah dengan
dhammahnya ba' adalah tash-ghirnya lafaz bahmah, iaitu kambing betina, yakni al'anaq dengan
fathahnya 'ain. Addajin iaitu binatang yang sudah lulut di
rumah. Assur ialah makanan yang diundanglah untuk memakannya
itu beberapa orang dan kata ini adalah dari bahasa Persi(Iran). Hayyahalan ertinya
marilah. Ucapannya bika wa bika ertinya bahawa isterinya itu
membantah suaminya serta memakinya kerana ia meyakinkan bahawa makanan yang
dimilikinya itu tentu tidak cukup untuk orang-orang sebanyak itu. Jadi wanita
itu merasa malu dan agaknya tersamarlah untuknya apa yang dijadikan kemuliaan
oleh Allah Subhanahu wa Taala kepada NabiNya s.a.w. dari mukjizat yang nyata
dan pertanda yang jelas itu. Basaqa sama dengan basbaqa atau bazaqa yakni
meludah dan ini ada tiga lughatnya, amada dengan fathahnya mim
yakni sengaja atau bermaksud Iqdabl ertinya ciduklah, sedang atmiqdahab ertinya
ceduk atau gayung, tagbitbtbu ertinya bahawa kerana
mendidihnya itu keluarlah suaranya.
Wallahu
a'lam.
519. Dari
Anas r.a., katanya: "Abu Thalhah berkata kepada Ummu Sulaim:
Yang
bermaksud : "Saya mendengar suara Rasulullah s.a.w. itu lemah
sekali dan saya mengetahui bahawa beliau adalah dalam keadaan lapar. Maka dari
itu, apakah engkau tidak mempunyai sesuatu untuk dimakan?" Ummu Sulaim
lalu mengeluarkan beberapa bulatan dari gandum, kemudian ia mengambil
kerudungnya, kemudian ia melipatkan roti dengan sebahagian kerudung tadi, lalu
memasukkannya di bawah bajuku dan mengembalikannya padaku dengan sebahagian
lagi maksudnya bahawa Ummu Sulaim itu melipat roti dengan sebahagian kerudung
dan dengan sebahagiannya lagi dilipatkan untuk Anas. Seterusnya Ummu Sulaim
menyuruh saya(Anas) untuk menemui Rasulullah s.a.w., lalu saya pergi dan saya
menemui Rasulullah s.a.w. sedang duduk di dalam masjid disertai oleh
orang-orang banyak. Seterusnya lalu saya berdiri di muka orang-orang itu,
kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau diutus oleh Abu
Thalhah." Saya menjawab: "Ya." Beliau bersabda lagi:
"Apakah untuk sesuatu makanan?" Saya menjawab: "Ya."
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabat-sahabatnya yang ada di
masjid: "Berdirilah engkau semua dan berangkatlah". Saya juga
berangkat mengikuti mereka itu, sehingga datanglah saya kepada Abu Thalhah,
lalu saya memberitahukan padanya bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mengajak orang banyak. Abu
Thalhah berkata: "Hai Ummu Sulaim. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah datang dengan orang-orang
banyak, sedangkan kita tidak mempunyai sesuatu untuk memberi makanan kepada
mereka semuanya itu." Isterinya berkata: "Allah dan RasulNya adalah
lebih mengetahui itu." Abu Thalhah lalu berangkat sehingga bertemu dengan
Rasulullah s.a.w. kemudian berhadapanlah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dengannya sehingga keduanya itu
masuk rumah. Selanjutnya RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: "Bawa saya kemari
apa yang engkau punyai, hai Ummu Sulaim." Wanita itu datang dengan roti
tersebut di atas, lalu RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menyuruh supaya
dipotong-potongkan dan Ummu Sulaim memeraskan di atas roti itu suatu tempat
berisi samin, maka itulah yang merupakan lauknya. Kemudian RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM bersabda
sekehendak yang beliau sabdakan, selanjutnya lalu bersabda pula:
"Izinkanlah masuk sepuluh orang." Orang sepuluh itu diizinkan masuk
lalu mereka semuanya makan sehingga kenyang, lalu keluarlah setelah itu.
Seterusnya beliau bersabda lagi: "Izinkanlah masuk sepuluh orang lagi."
Orang sepuluh itu diizinkan lalu mereka makan sehingga kenyang kemudian
keluarlah mereka itu pula. Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Izinkanlah masuk
sepuluh orang lagi." Demikianlah sehingga seluruh kaum yakni yang
menyertai Nabi s.a.w. dari masjid dapat makan sehingga kenyang semuanya,
sedangkan jumlah kaum itu ada tujuh puluh atau lapan puluh orang."
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
riwayat lain disebutkan: "Maka tidak henti-hentinya beliau s.a.w.
memasukkan sepuluh orang dan mengeluarkan sepuluh orang, sehingga tidak
seorangpun yang tertinggal, melainkan ia tentu telah makan sehingga kenyang,
kemudian dikumpulkanlah kelebihan makanan itu, tetapi tiba-tiba banyaknya
makanan tersebut adalah sama seperti keadaan ketika orang-orang banyak belum
makan daripadanya itu."
Dalam
riwayat lain disebutkan pula: "Maka makanlah orang-orang itu sepuluh orang
demi sepuluh orang, sehingga yang sedemikian itu dilaksanakan untuk sebanyak
lapan puluh orang. Kemudian RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM makanlah setelah orang-orang itu
semuanya, juga semua keluarga rumah dan mereka masih meninggalkan sisa
pula."
Dalam
riwayat lain lagi dikatakan: "Kemudian mereka masih meninggalkan sisa yang
cukup untuk disampaikan kepada tetangganya."
Dalam
riwayat lainnya lagi dikatakan:
Dari Anas
r.a., katanya: "Saya datang kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM pada suatu hari, kemudian saya
menemui beliau s.a.w. itu sedang duduk dengan sahabat-sahabatnya dan di
perutnya diikatkanlah dengan suatu ikatan seperti batu dan lain-lain untuk
menahan lapar. Lalu saya bertanya kepada salah seorang sahabatnya: "Mengapa
RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mengikat perutnya." Orang-orang sama berkata: "Kerana
lapar." Oleh sebab itu saya lalu pergi kepada Abu Thalhah, iaitu suaminya
Ummu Sulaim binti Milhan, kemudian saya berkata: "Aduh bapa, saya
sungguh-sungguh telah melihat RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mengikat perutnya dengan suatu
ikatan, lalu saya bertanya kepada sebahagian sahabat-sahabatnya dan mereka
mengatakan bahawa hal itu kerana beliau lapar." Abu Thalhah lalu masuk
menemui ibuku yakni Ummu Sulaim, kemudian bertanya: "Adakah sesuatu yang
dapat dimakan?" Ummu Sulaim menjawab: "Ya, ada. Saya mempunyai
beberapa potong roti dan beberapa buah kurma. Jika RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM datang
ke tempat kita sendirian, tentu dapatlah kita mengenyangkan beliau itu, tetapi
jikalau beliau datang dengan disertai orang lain, maka makanan kita terlampau
sedikit untuk dimakan orang-orang itu." Seterusnya Anas menyebutkan
kelengkapan Hadis ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan