Allah
Taala berfirman:
Yang
bermaksud : "Dan apa saja yang engkau semua nafkahkan,
maka Allah akan menggantinya."
(Saba':
39)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang
bermaksud : "Dan barang-barang baik dari rezeki yang
engkau semua nafkahkan itu adalah untuk dirimu sendiri dan engkau semua tidak
menafkahkannya melainkan kerana mengharapkan keredhaan Allah, juga
barang-barang baik yang engkau semua nafkahkan itu, nescaya akan dibayar
kepadamu dan tidaklah engkau semua dianiaya."
(al-Baqarah:
272)
Allah Taala
berfirman lagi:
Yang
bermaksud : "Dan barang-barang baik yang berupa apapun
juga yang engkau semua nafkahkan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha
Mengetahui."
(al-Baqarah:
273)
542. Dari
Ibnu Mas'ud r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
bermaksud : "Tiada kehasudan yang dibolehkan melainkan
dalam dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurnia oleh Allah akan harta,
kemudian ia mempergunakan guna menafkahkannya itu untuk apa-apa yang hak
kebenaran dan seseorang yang dikurniai oleh Allah akan ilmu pengetahuan,
kemudian ia memberikan keputusan dengan ilmunya itu antara dua orang atau dua
golongan yang berselisih serta mengajarkannya pula."
(Muttafaq
'alaih)
Ertinya
ialah bahawa seseorang itu tidak patut dihasudkan atau diri kecuali dalam salah
satu kedua perkara di atas itu.
543. Dari
Ibnu Mas'ud r.a. pula katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Siapakah di antara engkau semua yang harta
orang yang mewarisinya itu dianggap lebih disukai daripada hartanya
sendiri?" Para sahabat menjawab: "Ya Rasulullah, tiada seorangpun
dari kita ini, melainkan hartanya adalah lebih dicintai olehnya." Kemudian
beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hartanya sendiri ialah apa yang
telah terdahulu digunakannya, sedang harta orang yang mewarisinya adalah
apa-apa yang ditinggalkan olehnya setelah matinya."
(Riwayat
Bukhari)
Keterangan:
Maksudnya
yang telah terdahulu digunakannya, misalnya yang dipakai untuk makan minumnya,
pakaiannya, perumahannya atau yang diberikan untuk sedekah atau Iain-Iain yang
berupa pertolongan kemasyarakatan. Selebihnya tentulah akan ditinggalkan, jika
telah meninggal dunia. Oleh sebab itu Hadis di atas secara tidak langsung
memberikan sindiran kepada kita kaum Muslimin agar gemar harta yang ada di
tangan kita yang sebenarnya hanya titipan dari Allah Taala itu, supaya kita
nafkahkan untuk jalan kebaikan, semasih kita hidup di dunia ini. Dengan
demikian kemanfaatannya akan dapat kita rasakan setelah kita ada di akhirat
nanti.
544. Dari
'Adi bin Hatim r.a. bahawasanya Rasuiullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Takutlah engkau semua dari siksa api neraka,
sekalipun dengan menyedekahkan sepotong kurma."
(Muttafaq
'alaih)
545. Dari
Jabir r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Tiada pernah sama sekali Rasulullah s.a.w.
itu dimintai sesuatu, kemudian beliau berkata: "Jangan(tidak)."
(Muttafaq
'alaih)
546. Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Tiada seharipun yang sekalian hamba
berpagi-pagi pada hari itu, melainkan ada dua malaikat yang turun. Seorang di
antara keduanya itu berkata: "Ya Allah, berikanlah kepada orang yang
menafkahkan itu akan gantinya," sedang yang lainnya berkata: "Ya
Allah, berikanlah kepada orang yang menahan tidak suka menafkahkan hartanya itu
kerosakan yakni hartanya menjadi habis."
(Muttafaq
'alaih)
547. Dari
Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Allah Taala berfirman dalam Hadis Qudsi:
"Belanjakanlah hartamu, pasti engkau diberi nafkah(harta) oleh
Tuhan."
(Muttafaq
'alaih)
548. Dari
Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya ada
seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Manakah di dalam
Islam itu amalan yang terbaik?" Beliau s.a.w. bersabda: "Engkau
memberikan makanan serta mengucapkan salam kepada orang yang engkau ketahui dan
orang yang tidak engkau ketahui."
(Muttafaq
'alaih)
549. Dari
Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
bermaksud : "Ada empat puluh macam amalan dan
setinggi-tingginya adalah meminjamkan kambing untuk diambil susunya. Tiada
seorang yang mengamalkan dengan satu perkara daripada empat puluh macam perkara
itu, melainkan Allah Taala akan memasukkannya dalam syurga."
(Riwayat
Bukhari)
Keterangan
Hadis ini sudah terdahulu dalam bab Banyaknya Jalan-jalan Kebaikan (lihat Hadis
no. 138).
550. Dari
Abu Umamah Shuday bin 'Ajlan r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Hai anak Adam, sesungguhnya jikalau engkau
memberikan apa-apa yang kelebihan padamu, sebenarnya hal itu adalah lebih baik
untukmu dan jikalau engkau tahan yakni tidak engkau berikan siapapun, maka hal
itu adalah menjadikan keburukan untukmu. Engkau tidak akan tercela kerana
adanya kecukupan maksudnya menurut syariat engkau tidak dianggap salah, jikalau
kehidupanmu itu dalam keadaan yang cukup dan tidak berlebih-lebihan. Lagi pula
mulailah dalam membelanjakan nafkah kepada orang yang wajib engkau nafkahi.
Tangan yang bahagian atas adalah lebih baik daripada tangan yang bahagian bawah
yakni yang memberi itu lebih baik daripada yang meminta."
(Riwayat
Muslim)
551. Dari
Anas r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Tiada pernah Rasulullah s.a.w. itu diminta
untuk kepentingan Islam, melainkan tentu memberikan pada yang memintanya itu.
Nescayalah pernah ada seseorang lelaki datang kepada beliau s.a.w., kemudian beliau
memberinya sekelompok kambing yang ada di antara dua gunung yakni kerana
banyaknya hingga seolah-olah memenuhi dataran yang ada di antara dua gunung.
Orang itu lalu kembali kepada kaumnya kemudian berkata: "Hai kaumku,
masuklah engkau semua dalam Agama Islam, sebab sesungguhnya Muhammad memberikan
sesuatu pemberian sebagai seorang yang tidak takut akan kemiskinan."
Sekalipun orang lelaki itu masuk Islam dan tiada yang dikehendaki olehnya
melainkan harta dunia, tetapi tidak lama kemudian Agama Islam itu baginya
adalah lebih ia cintai daripada dunia dan segala sesuatu yang ada di atasnya
ini yakni Islamnya amat baik dan sebenar-benarnya."
(Riwayat
Muslim)
552. Dari
Umar r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Rasulullah s.a.w. membahagikan suatu
pembahagian, lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, sebenarnya selain yang
Tuan beri itulah yang lebih berhak daripada mereka yang Tuan beri itu."
Beliau lalu bersabda: "Sebenarnya mereka itu yakni yang diberi memberikan
pilihan kepadaku, apakah mereka itu meminta padaku dengan jalan yang tidak
baik seolah memaksa-maksa, kemudian saya memberikan sesuatu pada mereka
ataukah mereka menyuruh saya untuk berlaku kikir, sedangkan saya ini bukanlah
seorang yang kikir."
(Riwayat
Muslim)
553. Dari
Jubair bin Muth'im r.a. bahawasanya ia berkata, ia pada suatu ketika
berjalan bersama Nabi s.a.w. ketika pulang dari peperangan Hunain, kemudian
mulailah ada beberapa orang Arab(penduduk pedalaman) meminta-minta kepada
beliau, sehingga beliau itu dipaksanya sampai ke sebuah pohon samurah, lalu
pohon tersebut menyambar selendangnya yakni selendang beliau itu terikat oleh
duri-durinya. Selanjutnya Nabi s.a.w. berdiri sambil memegang kendali untanya
lalu bersabda: "Berikanlah padaku selendangku. Andai kata saya
mempunyai ternak sebanyak hitungan duri-duri pohon ini, nescayalah semuanya itu
akan saya berikan kepadamu, selanjutnya engkau semua tidak akan menganggap saya
sebagai seorang kikir, pendusta atau pengecut."
(Riwayat
Bukhari)
554. Dari
Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Tidaklah sesuatu pemberian sedekah itu
mengurangi banyaknya harta. Tidaklah Allah itu menambahkan seseorang akan sifat
pengampunannya, melainkan ia akan bertambah pula kemuliaannya. Juga tidaklah
seseorang itu merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan Allah, melainkan
ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah 'Azzawajalla.”
(Riwayat
Muslim)
555. Dari
Abu Kabsyah, iaitu Umar bin Sa'ad al-Anmari r.a. bahawasanya ia mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Ada tiga perkara yang saya bersumpah atasnya
dan saya memberitahukan kepadamu semua akan suatu Hadis, maka peliharalah itu:
Tidaklah harta seseorang itu akan menjadi berkurang sebab disedekahkan,
tidaklah seseorang hamba dianiaya dengan suatu penganiayaan dan ia bersabar
dalam menderitanya, melainkan Allah menambahkan kemuliaan padanya, juga
tidaklah seseorang hamba itu membuka pintu permintaan, melainkan Allah membuka
untuknya pintu kemiskinan", atau sabda beliau s.a.w.
merupakan kalimat lain yang senada dengan uraian di atas.
"Saya akan memberitahukan lagi kepadamu semua suatu Hadis maka
peliharalah itu: Hanyasanya dunia ini untuk empat macam golongan orang iaitu:
Seorang hamba yang dikurnia rezeki oleh Allah berupa harta dan ilmu pengetahuan,
kemudian ia bertakwa kepada Tuhannya dan mempererat hubungan kekeluargaan serta
mengetahui pula haknya Allah dalam apa yang dimilikinya itu, maka ini adalah
tingkat yang seutama-utamanya, juga seseorang hamba yang dikurniai ilmu
pengetahuan tetapi tidak dikurniai harta, kemudian orang itu benar keniatannya,
lalu ia berkata: "Andaikata saya mempunyai harta, nescaya saya akan
melakukan sebagaimana yang dilakukan si Fulan itu dalam hal kebaikan, maka
orang tadi kerana keniatannya tadi, pahalanya sama antara ia dengan orang yang
akan dicontohnya. Ada pula seseorang hamba yang dikarunia harta tetapi tidak
dikurnia ilmu pengetahuan, kemudian ia menubruk mempergunakan hartanya
dalam hal-hal yang tidak dimakluminya secara uwar-uwarkan serta ia tidak
pula bertakwa kepada Tuhannya dan tidak suka mempereratkan tali
kekeluargaannya, bahkan tidak pula mengetahui hal-hal Allah dalam hartanya itu,
maka orang semacam ini adalah dalam tingkat yang seburuk-buruknya, juga
seseorang hamba yang tidak dikurnia harta dan tidak pula ilmu pengetahuan, lalu
ia berkata: "Andaikata saya mempunyai harta nescayalah saya akan melakukan
sebagaimana yang dilakukan oleh si Fulan dalam hal keburukan, maka orang itu
kerana keniatannya adalah sama dosanya antara ia sendiri dengan orang yang akan
dicontohnya itu."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
556. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya para sahabat sama menyembelih
kambing lalu mereka sedekahkan kecuali belikatnya, kemudian Nabi s.a.w.
bertanya: "Bahagian apakah yang tertinggal dari kambing itu?" Aisyah
menjawab: "Tidak ada yang tertinggal daripadanya, melainkan
belikatnya." Beliau lalu bersabda: "Sesungguhnya
semua anggotanya itu masih tertinggal, kecuali belikatnya yang tidak."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.
Maknanya
ialah supaya disedekahkanlah semuanya kecuali belikatnya, maka sabda beliau
s.a.w. itu jelasnya ialah bahawa di akhirat semua itu masih tetap ada
pahalanya sebab disedekahkan kecuali belikatnya yang tidak ada pahalanya
kerana dimakan sendiri.
557. Dari
Asma' binti Abu Bakar as-Shiddiq radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah
s.a.w. bersabda kepadaku:
Yang
bermaksud : "Jangan engkau menyimpan apa-apa yang ada di
tanganmu, sebab kalau demikian maka Allah akan menyimpan terhadap dirimu yakni
engkau tidak diberi rezeki lagi."
Dalam
riwayat lain disebutkan:
"Nafkahkanlah, atau berikanlah atau sebarkanlah dan jangan engkau
menghitung-hitungnya, sebab kalau demikian maka Allah akan menghitung-hitungkan
kurnia yang akan diberikan padamu. Jangan pula engkau mencegah yakni menahan
untuk memberikan sesuatu, sebab kalau demikian maka Allah akan mencegah
pemberianNya padamu."
(Muttafaq
'alaih)
558. Dari
Abu Hurairah r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Perumpamaan orang kikir dan orang yang suka
menafkahkan itu adalah seperti dua orang lelaki yang di tubuhnya ada dua buah
baju kurung dari besi masing-masing sebuah, antara dua susunya dengan tulang
lehernya. Adapun orang yang suka menafkahkan, maka tidaklah ia menafkahkan
sesuatu, melainkan makin sempurnalah atau mencukupi seluruh kulitnya
sampai-sampai menutupi tulang-tulang, jari-jarinya, bahkan menutupi pula
bekas-bekasnya ketika berjalan. Adapun orang kikir maka tidaklah ia
menginginkan hendak menafkahkan sesuatu, melainkan makin melekatlah setiap
kolongan itu pada tempatnya. Ia hendak meluaskan kolongan tadi, tetapi tidak
dapat melebar."
(Muttafaq
'alaih)
Aljubbah atau Addir'u ertinya
baju kurung.
Ertinya
ialah bahawa seseorang yang suka membelanjakan itu setiap ia menafkahkan
sesuatu, maka makin sempurna dan memanjanglah sehingga tertariklah pakaian yang
dikenakannya itu sampai ke belakangnya, sehingga dapat menutupi kedua kaki
serta bekas jalan dan langkah-langkahnya.
559. Dari
Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Barangsiapa bersedekah dengan sesuatu
senilai sebiji buah kurma yang diperolehnya dari hasil kerja yang baik bukan
haram dan memang Allah itu tidak akan menerima kecuali yang baik. Maka
sesungguhnya Allah akan menerima sedekah orang itu dengan tangan kanannya
sebagai kiasan kekuasaanNya, kemudian memperkembangkan pahala sedekah tersebut
untuk orang yang melakukannya, sebagaimana seseorang dari engkau semua
memperkembangkan anak kudanya sehingga menjadi seperti gunung yakni memenuhi
lembah gunung kerana banyaknya."
(Muttafaq
'alaih)
Alfaluwwu dengan fathahnya fa' dan
dhammahnya lam serta syaddahnya wawu, ada juga yang mengucapkan dengan
kasrahnya fa', sukunnya lam serta diringankannya wawu yakni wawunya tidak
disyaddahkan dan berbunyi Alfilwu, ertinya anak kuda.
Keterangan:
Hadis di
atas menurut uraian Imam al-Maziri diertikan sebagai perumpamaan yakni yang
lazim berlaku di kalangan bangsa Arab. Misalnya dalam percakapan mereka
sehari-hari untuk memudahkan pengertian. Jadi seperti sedekah yang benar-benar
diterima oleh Allah, lalu dikatakan "diterima dengan tangan
kanannya," juga seperti perlipat gandaan pahala, dikatakan dengan
"perawatan atau pemeliharaan yang sebaik-baiknya".
Imam
Termidzi berkata: "Para alim-ulama ahlus sunnah wal jama'ah berkata:
"Kita semua mengimankan apapun yang terkandung dalam Hadis itu dan tidak
perlu kita fahamkan sebagai perumpamaan, namun demikian kitapun tidak akan
menanyakan dan tidak pula memperdalamkan: "Jadi bagaimana wujud
sebenarnya?" Misalnya mengenai tangan kanan Tuhan, perawatan dan pemeliharaan
yang dilakukan olehNya dan Iain-Iain sebagainya."
560. Dari
Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
bermaksud : "Pada suatu ketika ada seorang lelaki
berjalan di suatu tanah lapang yang tidak berair, lalu ia mendengar suatu suara
dalam awan: "Siramlah kebun si Fulan itu!" Kemudian menyingkirlah
awan itu menuju ke tempat yang ditunjukkan, lalu menghabiskan airnya di atas
tanah lapang berbatu hitam itu. Tiba-tiba sesuatu aliran air dari sekian banyak
aliran airnya itu mengambil air hujan itu seluruhnya, kemudian orang tadi
mengikuti aliran air tersebut. Sekonyong-konyong nampaklah olehnya seorang
lelaki yang berdiri di kebunnya mengalirkan air itu dengan alat keruknya. Orang
itu bertanya kepada pemilik kebun: "Hai hamba Allah, siapakah nama
anda?" Ia menjawab: "Namaku Fulan," dan nama ini sesuai dengan
nama yang didengar olehnya di awan tadi. Pemilik kebun bertanya: "Mengapa
anda tanya nama saya?" Orang itu menjawab: "Sesungguhnya saya tadi
mendengar suatu suara di awan yang inilah air yang turun daripadanya. Suara itu
berkata: "Siramlah kebun si Fulan itu! Nama itu sesuai benar dengan nama
anda. Sebenarnya apakah yang anda lakukan?" Pemilik kebun menjawab:
"Adapun anda menanyakan semacam ini, kerana sesungguhnya saya selalu
melihat(memperhatikan benar-benar) jumlah hasil yang keluar dari kebun ini.
Kemudian saya bersedekah dengan sepertiganya, saya makan bersama keluarga saya
yang sepertiganya dan saya kembalikan pada kebun ini yang sepertiganya pula
untuk bibit-bibitnya."
(Riwayat
Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan