Allah
Taala berfirman:
Yang
bermaksud : "Tiada sesuatupun binatang yang bergerak di bumi
itu, kecuali atas tanggungan Allah jualah keadaan rezekinya."
(Hud: 6)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang
bermaksud : "Berikanlah sedekah itu kepada kaum fakir yang
terkepung dalam menjalankan jihad fisabilillah, mereka tidak dapat berjalan
keliling negeri. Orang-orang yang tidak mengetahui akan mengira bahawa mereka
itu adalah orang-orang yang kaya kerana bersikap ta'affuf enggan meminta-minta.
Engkau dapat mengenal mereka itu dengan tanda-tandanya yakni bahawa mereka itu
tidak mahu meminta kepada para manusia secara berulang kali yakni
menyangat-nyangatkan permintaannya."
(al-Baqarah:
273)
Juga
Allah Taala berfirman:
Yang
bermaksud : "Dan mereka hamba-hamba Allah yang berbakti itu
apabila menafkahkan hartanya, maka mereka itu tidak melampaui batas terlalu
boros dan tidak pula bersikap kikir, tetapi pertengahan antara keduanya
itu."
(al-Furqan:
67)
Allah
Taala berfirman pula:
Yang
bermaksud : "Tidaklah Kami menciptakan jin dan manusia itu
melainkan supaya menyembah padaKu. Aku tidak hendak meminta rezeki kepada
mereka dan Aku tidak hendak meminta supaya mereka memberi makanan
kepadaKu."
(adz-Dzariyat:
56-57)
Adapun Hadis-hadisnya,
maka sebahagian besar telah diuraikan dalam kedua bab yang ada di muka. Di
antaranya yang belum terdapat di muka ialah: 520. Dari Abu Hurairah r.a. dari
Nabi s.a.w. sabdanya:
Yang
bermaksud : "Bukannya yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya
harta, tetapi yang dinamakan kaya yang sebenarnya ialah kayanya jiwa."
(Muttafaq
'alaih)
521. Dari
Abdullah bin 'Amr radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Sungguh berbahagialah orang yang masuk Agama Islam
dan diberi rezeki cukup serta dikurniai sifat qana'ah oleh Allah dengan apa-apa
yang direzekikan kepadanya itu."
(Riwayat
Imam Muslim)
522. Dari
Hakim bin Hizam r.a.,katanya yang bermaksud :
"Saya meminta kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau memberikan
sesuatu padaku, lalu saya meminta lagi pada beliau, kemudian beliaupun
memberikan pula sesuatu padaku, selanjutnya beliau bersabda: "Hai Hakim,
sesungguhnya harta ini adalah sebagai benda yang kehijau-hijauan yakni enak
dirasakan dan nyaman dipandang juga manis. Maka barangsiapa yang mengambilnya
itu dengan jiwa kedermawanan dari orang yang memberikannya serta memintanya itu
dengan tidak memaksa, tentulah harta itu memperoleh berkah Tuhan, tetapi
barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kelobaan atau ketamakan, maka
tidak memperoleh berkah Tuhan dalam harta tadi. Ia adalah sebagai seseorang
yang makan, namun tidak kenyang-kenyang. Tangan yang bahagian atas yang memberi
adalah lebih mulia daripada yang bahagian bawah yang menerima."
Hakim lalu berkata: "Ya Rasulullah, demi Zat yang mengutus Tuan
dengan membawa kebenaran, saya tidak akan suka lagi menerima sesuatu dari
seseorangpun sepeninggal Tuan nanti, sehingga saya akan berpisah dengan dunia
yakni sampai mati." Abu Bakar r.a. pernah mengundang Hakim kerana hendak
memberikan sesuatu padanya, tetapi Hakim menolak untuk menerima sesuatupun dari
pemberian itu. Seterusnya Umar r.a. pernah pula memanggilnya untuk memberikan
sesuatu pada Hakim itu, tetapi ia juga enggan menerima pemberian tadi. Abu
Bakar dan Umar radhiallahu 'anhuma itu memanggil di kala keduanya menjabat
sebagai khalifah secara bergantian. Umar lalu berkata: "Hai sekalian kaum
Muslimin, saya mempersaksikan kepadamu semua atas diri Hakim ini, bahawasanya
saya menawarkan padanya akan haknya yang saya wajib membahagikan untuknya dari
harta rampasan, tetapi ia enggan mengambil haknya itu.” Hakim memang tidak
pernah menerima sesuatu pemberian dari seseorangpun setelah wafatnya Nabi
s.a.w., sehingga ia meninggal dunia.”
(Muttafaq
'alaih)
523. Dari
Abu Burdah dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Kita semua keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam
melakukan sesuatu peperangan. Kita semua ada enam orang yakni yang menyertai
Nabi s.a.w. itu, di antara kita ada seekor unta yang kita gunakan untuk ganti
berganti menaikinya. Maka berlubang-lubanglah kaki-kaki kita, juga kakikupun
berlubang-lubang pula dan jatuhlah kuku-kukuku. Oleh sebab itu kita lalu
membalutkan beberapa helai kain pada kaki-kaki kita itu dan dengan demikian
peperangan itu dinamakan perang Dzatu riqa' mempunyai beberapa balutan kain, kerana
kita membalutkan beberapa helai kain pada kaki-kaki kita tadi." Abu Burdah
berkata: "Abu Musa menceritakan Hadis ini, kemudian ia merasa tidak senang
dalam menguraikannya itu dan ia mengatakan: "Apa yang dapat saya lakukan
dengan menyebut-nyebutkannya itu?" Abu Burdah melanjutkan katanya:
"Seolah-olah Abu Musa itu tidak senang kalau menyebutkan sesuatu
amalannya, lalu disiar-siarkannya."
(Muttafaq
'alaih)
Maksudnya:
Oleh sebab adanya bala sampai kaki-kaki menjadi rosak dan kuku-kuku lepas itu
adalah semata-mata urusan antara manusia dengan Tuhan, maka menurut anggapan
Abu Musa r.a. tidak perlu diterang-terangkan, supaya tidak dianggap sebagai
mempamerkan jasa atau amalan".
524. Dari
'Amr bin Taghlib dengan fathahnya ta' mutsannat di atas dan sukunnya ghain
mu'jamah dan kasrahnya fam r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. didatangi
(memperolehi) harta atau rampasan, lalu beliau s.a.w. membahagikan itu. Ada
beberapa orang yang beliau beri dan ada pula beberapa orang yang beliau
tinggalkan yakni tidak diberi bahagian. Kemudian sampailah suatu berita
kepada beliau bahawa orang-orang yang tidak diberi itu sama mencela cara beliau
membahagikan tadi. Beliau s.a.w. lalu bertahmid kepada Allah lalu memujiNya,
kemudian bersabda:
Yang
bermaksud : "Amma ba'du. "Sesungguhnya saya nescayalah
memberikan bahagian kepada golongan beberapa orang, kerana saya mengetahui
keluh kesah dalam hati mereka itu serta sesambatan mereka yang amat sangat,
sedang segolongan lain saya serahkan kepada Allah, kerana Allah telah memberikan
kekayaan batin dan kebaikan dalam hati mereka ini, di antara mereka ini adalah
'Amr bin Taghlib." 'Amr bin Taghlib berkata: "Demi Allah, saya amat
gembira mendengar pujian beliau s.a.w. itu pada saya, sehingga kerana
gembiranya, maka saya tidak suka andaikata kalimat Rasulullah s.a.w. yang
ditujukan kepada saya itu ditukar dengan ternak-ternak merah sebagai kiasan
sebaik-baik harta bagi bangsa Arab."
(Riwayat
Bukhari)
525. Dari
Hakim bin Hizam r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Tangan yang bahagian atas yang memberi adalah
lebih mulia daripada tangan yang bahagian bawah yang menerima. Dan dahulukanlah
dalam pemberian itu kepada orang-orang yang menjadi tanggunganmu yakni yang
wajib dinafkahi. Sebaik-baik sedekah ialah yang diberikan di luar keperluan
yakni keadaan diri sendiri dan keluarga sudah dicukupi. Barangsiapa yang enggan
meminta, maka Allah akan memberikan kecukupan padanya dan barangsiapa tidak
memerlukan pemberian manusia, maka Allah akan memberikan kekayaan padanya."
(Muttafaq
'alaih)
Ini
adalah lafaznya Imam Bukhari, sedang lafaznya Imam Muslim adalah lebih ringkas
lagi.
526. Dari
Abu Abdir Rahman, iaitu Mu'awiyah bin Abu Sufyan iaitu Shakhr bin Harb
radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Janganlah engkau semua mempersangatkan dalam
meminta sesuatu sebab demi Allah, tidaklah seseorang dari engkau semua itu
meminta sesuatu, kemudian kerana permintaannya itu lalu dapat mengeluarkan
sesuatu pemberian daripadaku untuknya, sedangkan saya tidak senang dengan cara
memintanya,selanjutnya lalu diberkahi untuk orang tadi dalam apa-apa yang saya
berikan."
(Riwayat
Muslim)
Maksudnya
bahawa rezeki yang berasal dari meminta, apabila rezeki itu menjadi bertambah
banyak dan kekal kerana dibuat berusaha umpamanya, maka yang diminta dengan
baik yakni tidak seolah-olah memaksa adalah lebih baik dan lebih banyak
berkahnya dari yang diminta dengan nada yang seolah-olah memaksa.
527. Dari
Abu Abdir Rahman, iaitu 'Auf bin Malik al-Asyja'i r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Kita semua ada di sisi Rasulullah s.a.w. dan kita
ada sembilan, lapan atau tujuh orang, kemudian beliau s.a.w. bersabda:
"Tidakkah engkau semua berbai'at kepada Rasulullah?" Padahal kita
semua baru beberapa hari saja melakukan pembai'atan pula pada beliau itu, oleh
sebab itu kita berkata: "Kita semua telah membai'at Tuan, ya
Rasulullah." Kemudian beliau s.a.w. bersabda lagi: "Tidakkah engkau
semua berbai'at kepada Rasulullah?" Kita lalu membeberkan tangan-tangan
kita dan kita berkata: "Kita semua dulu sudah berbai'at kepada Tuan, ya
Rasulullah dan sekarang kita berbai'at lagi dalam hal apakah?" Beliau
s.a.w. lalu bersabda: "Hendaklah engkau semua menyembah kepada Allah yang
Maha Esa dan jangan menyekutukan sesuatu denganNya, tetapi tetaplah mengerjakan
solat lima waktu dan sampai engkau semua mendengarkan serta melakukan
ketaatan," lalu beliau memperlahankan suaranya dan bersabda dengan
berbisik: "Dan jangan meminta sesuatu apapun dari orang-orang." Maka
sungguh saya pernah melihat ada orang yang termasuk golongan orang-orang di
atas itu, ketika cemetinya jatuh, ia tidak meminta seseorang supaya diambilkan
cemetinya tadi."
(Riwayat
Muslim)
528. Dari
Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Tidak henti-hentinya permintaan itu menghinggapi
seseorang di antara engkau semua yakni orang yang sentiasa mempunyai
tabiat suka meminta-minta itu tidak akan berhenti, sehingga ia menemui Allah
Taala iaitu pada hari kiamat nanti sedang di wajahnya itu tidak terdapat
sepotong dagingpun jadi dalam keadaan sangat hina-dina."
(Muttafaq
'alaih)
529. Dari
Ibnu Umar r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, sedang di kala itu
beliau berada di atas mimbar dan menyebut-nyebutkan perihal sedekah dan menahan
diri dari meminta:
Yang
bermaksud : "Tangan yang bahagian atas adalah lebih baik
daripada tangan yang bahagian bawah. Tangan yang bahagian atas itu adalah yang
menafkahkan yakni yang memberikan sedekah, sedang tangan yang bagian bawah
adalah yang meminta."
(Muttafaq
'alaih)
530. Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Barangsiapa yang meminta-minta kepada orang-orang
dengan maksud supaya menjadi banyak apa yang dimilikinya jadi sudah cukup
tetapi terus saja meminta-minta, maka sebenarnyalah orang itu meminta bara api.
Maka dari itu baiklah ia memilih hendak mempersedikitkan atau memperbanyakkan
siksanya."
(Riwayat
Muslim)
Keterangan:
Hadis di
atas dapat diertikan bahawa orang sebagaimana yang tersebut itu yakni yang
meminta-minta lebih dari keperluannya atau untuk mencari yang
sebanyak-banyaknya akan disiksa dalam neraka dan oleh Rasulullah s.a.w.
dikiaskan sebagai orang-orang yang meminta bara api. Tetapi dapat pula
diertikan dengan makna yang sebenarnya menurut lahiriah sabda beliau s.a.w.,
iaitu bahawa bara api akan dimasukkan dalam seterika dan kepada orang
sebagaimana di atas itu akan diseterikakan pada punggung dan lambungnya,
seperti juga keadaan orang yang sudah berkewajipan zakat, namun enggan mengeluarkan
atau menunaikan kewajiban zakatnya. Demikianlah yang diuraikan oleh
al-Qadhi'lyadh dalam menafsiri Hadis di atas.
531. Dari
Samurah bin Jundub r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Sesungguhnya permintaan adalah suatu cakaran yang
seseorang itu mencakarkan sendiri ke arah mukanya, kecuali jikalau seseorang
itu meminta kepada sultan penguasa negara* atau ia meminta untuk sesuatu
keperluan yang tidak boleh tidak ia harus melakukannya."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
532. Dari
Ibnu Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Barangsiapa yang dihinggapi oleh kemelaratan, lalu
diturunkannya kepada manusia yakni meminta tolong kepada sesama manusia
agar dihilangkan kemelaratannya itu, maka tentu tidak akan tertutuplah
kemelaratannya tadi. Tetapi barangsiapa menurunkannya kepada Allah yakni mohon
kepadaNya agar dihilangkan kemelaratannya, maka bersegeralah Allah akan
memberinya rezeki yang kontan cepat diberikannya atau rezeki yang dilambatkan
memberikannya."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud serta Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini
adalah Hadis hasan.
Meminta
kepada Sultan itupun tidak boleh sembarang minta, tetapi yang ada sangkut
pautnya dengan soal-soal keagamaan, misalnya meminta zakat yang diwajibkan oleh
Allah kepadanya atau seperlima bahagian dari hasil rampasan peperangan atau
memang kerana untuk kepentingan umat dan masyarakat.
533. Dari
Tsauban r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Siapakah yang memberikan jaminan kepada saya
bahawa ia tidak akan meminta apapun dari para manusia dan saya memberikan
jaminan padanya untuk memperoleh syurga?" Saya berkata: "Saya."
Maka
Tsauban sejak saat itu tidak pernah meminta sesuatu apapun kepada siapa saja.
Diriwayatkan oleh Imam Daud dengan isnad shahih.
534. Dari
Abu Bisyr iaitu Qabishah bin al-Mukhariq r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Saya mempunyai beban sesuatu tanggungan harta
hamalah, lalu saya datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk meminta sesuatu
padanya guna melunasi tanggungan itu. Beliau s.a.w. bersabda: "Berdiamlah
di sini dulu sampai ada harta sedekah(zakat) yang datang pada kita, maka dengan
harta itu kita akan menyuruh guna diberikan padamu," selanjutnya beliau
s.a.w. bersabda: "Hai Qabishah, sesungguhnya permintaan itu tidak boleh
dilakukan kecuali untuk salah satu dari tiga macam orang ini, iaitu: Seseorang
yang mempunyai beban sesuatu tanggungan harta hamalah, maka bolehlah ia meminta
sehingga memperoleh sejumlah harta yang diperlukan tadi, kemudian menahan diri
jangan meminta-minta lagi. Juga seseorang yang mendapatkan sesuatu bencana,
sehingga menyebabkan kemusnahan hartanya lalu menjadi miskin, maka bolehlah ia
meminta, sehingga dapatlah ia memperoleh sesuatu untuk menutupi keperluan
hidupnya," atau sabda beliau: "Sesuatu untuk mencukupi keperluan
hidupnya. Demikian pula seseorang yang dihinggapi oleh kemelaratan, sehingga
ada tiga orang dari golongan orang-orang yang berakal di kalangan kaumnya
mengatakan: "Benar-benar si Fulan itu telah dihinggapi oleh
kemelaratan," maka orang semacam itu bolehlah meminta sehingga dapatlah ia
memperoleh sesuatu untuk menutupi keperluan hidupnya," atau sabda beliau:
"Sesuatu untuk mencukupi keperluan hidupnya." Adapun selain tiga
macam orang tersebut di atas, maka permintaannya itu, hai Qabishah adalah
merupakan suatu perbuatan dosa yang dimakan oleh orang yang memintanya tadi
dengan memperoleh dosa."
(Riwayat
Muslim)
Alhamalah dengan fathahnya ha' ialah
apabila terjadi sesuatu pertempuran ataupun pertengkaran Iain-Iain antara dua
golongan, kemudian ada orang yang bermaksud hendak mendamaikan antara mereka
itu dengan cara memberikan harta yang menjadi tanggungannya dan mewajibkan
pengeluarannya itu atas dirinya sendiri. Tanggungan harta semacam inilah yang
dinamakan hamalah. Aljaihah ialah sesuatu bencana yang
mengenai harta seseorang sehingga ia menjadi miskin. Alqiwam dengan
kasrahnya qaf atau dengan fathahnya ialah sesuatu yang dengannya itulah urusan
seseorang dapat berdiri dengan baik, ini adalah berupa harta ataupun
lain-lainnya. Assidad dengan kasrahnya sin ialah sesuatu yang
dapat menutupi keperluan orang yang mempunyai keperluan dan dapat pula
mencukupinya. Alfaqah ialah kekafiran. Alhija ialah
akal.
535. Dari
Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Bukannya orang miskin itu orang yang berkeliling
mendatangi orang banyak keluar masuk dari rumah ke rumah lalu ditolak ketika
meminta sebiji atau dua biji kurma atau ketika meminta sesuap atau dua suap
makanan, tetapi orang miskin yang sebenarnya ialah orang yang tidak mempunyai
kekayaan untuk mencukupi keperluannya, tidak pula diketahui kemiskinannya,
sebab andai kata diketahui tentu ia akan diberi sedekah bahkan tidak pula ia
suka berdiri lalu meminta-minta sesuatu kepada orang-orang."
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan