Allah Taala berfirman:
Yang
bermaksud :"Ajaklah kepada jalan Tuhanmu dengan menggunakan
kebijaksanaan dan nasihat yang baik."
(an-Nahl: 125)
697. Dari
Abu Wail iaitu Syaqiq bin Salamah, katanya:
Yang
bermaksud : "Ibnu Mas'ud r.a. itu memberikan
peringatan(nasihat yang berisikan keagamaan) kepada kita sekali setiap hari
Khamis. Kemudian ada seorang yang berkata padanya: "Hai Abu Abdir Rahman,
nescayalah saya akan lebih senang lagi, jikalau engkau memberikan peringatan
kepada kita itu setiap hari." Ibnu Mas'ud menjawab: "Sebenarnya saja
yang mencegah saya berbuat demikian itu yakni tidak memberikan peringatan
setiap hari ialah kerana saya tidak senang kalau saya akan menyebabkan bosannya
engkau semua. Sesungguhnya saya menjaga waktu yakni tidak setiap hari
memberikan nasihat kepadamu semua ini sebagaimana keadaannya Rasulullah s.a.w.
yang juga menjaga waktu memberikan nasihat kepada kita dahulu, kerana takut
timbulnya kebosanan pada kita."
(Muttafaq
'alaih)
698. Dari
Abulyaqdzhan iaitu Ammar bin Yasir radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Sesungguhnya panjangnya seseorang dalam
bersolat dan pendeknya dalam berkhutbah adalah suatu tanda kepandaian orang itu
dalam urusan keagamaan. Oleh sebab itu, maka panjangkanlah solat dan
pendekkanlah berkhutbah."
(Riwayat
Muslim)
699. Dari
Mu'awiyah bin al-Hakam as-Sulami r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Pada suatu ketika saya bersolat
bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba ada seorang dari kaum yang berjemaah
itu bersin, lalu saya mengucapkan: "Yarhamukallah." Kaum(yakni orang-orang
itu) sama melemparkan pandangan mereka padaku, lalu saya mengucapkan:
"Aduh bencana ibuku, mengapa engkau semua melihat padaku?"
Orang-orang itu selalu memukulkan tangan-tangan mereka pada paha-paha mereka.
Setelah saya mengerti bahawa mereka itu menyuruh saya supaya berdiam lalu
sayapun berdiamlah. Selanjutnya setelah Rasulullah s.a.w. selesai mengerjakan
solat, maka aduhai ayah dan ibuku, belum pernah saya melihat seorang gurupun
sebelum saat itu dan bahkan sesudah itu sekalipun yang lebih bagus cara
mengajarnya daripada beliau s.a.w. tersebut. Demi Allah, beliau tidak
membentak-bentak padaku, tidak pula memukulku dan tidak pula mencaci maki
padaku. Beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya solat ini tidak patut di
waktu mengerjakannya itu mengucapkan sesuatu dari ucapan manusia. Hanyasanya
solat itu adalah ucapan tasbih (Subhanallah), ucapan takbir (Allahu Akbar)
serta bacaan al Quran" atau seperti itu apa yang disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w. Saya lalu berkata: "Ya Rasulullah, saya ini baru saja
keluar dari masa jahiliyah, dan Allah sungguh-sungguh telah mendatangkan Agama
Islam ini. Sesungguhnya di antara kita semua ini ada beberapa orang yang suka
mendatangi ahli ramal(pedukunan)." Beliau s.a.w. bersabda: "Jangan
engkau mendatangi mereka." Saya berkata lagi: "Di antara kita ada
pula orang-orang yang merasa akan mendapat nasib buruk." Beliau s.a.w.
bersabda: "Hal itu adalah sesuatu yang mereka dapatkan dalam hati
mereka sendiri, maka tentulah tidak dapat menghalang-halangi mereka,"
yakni hal itu tidak akan memberikan bekas apapun kepada mereka, baik
kemanfaatan atau kemudaratan.”
(Riwayat
Muslim)
700. Dari
al-'Irbadh bin Sariyah r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Kita semua diberi nasihat oleh Rasulullah
s.a.w. berupa suatu nasihat yang kerana mendengarnya itu semua hati menjadi
takut dan semua mata dapat mengalirkan air mata." Lalu ia menyebutkan
Hadis itu dan sudah lampau keterangan selengkapnya dalam bab "Perintah
memelihara sunnah," dan sudah kami sebutkan pula bahawasanya
Imam Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
As salam..... Kepada sesiapa yang berminat untuk copy, share dan buat ulasan(sila tegur kalau tak betul atau tersalah).... saya dengan berbesar hati mempersilakan tuan-puan... Sesungguhnya kita hanyalah insan yang lemah dan tidak terkecuali dari melakukan kekhilafan.... Yang mampu hanyalah memohon keampunan kepadaNya di atas kekhilafan dan kejahilan kita sebagai manusia di muka bumi ini.... Semoga segala usaha kita dirahmati dan diberkati olehNya jua.......
BalasPadamBerusahalah untuk berbuat kebaikan.... walaupun sedikit...
BalasPadam