Allah
Taala berfirman;
Yang
bermaksud : "Dan barangsiapa yang mengagungkan
peraturan-peraturan suci dari Allah, maka itulah setengah dari ketakwaan
hati."
(al-Haj:
32)
702. Daripada
Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Apabila solat telah diiqamati yakni telah
dibacakan iqamat, maka janganlah engkau semua mendatanginya sambil
berlari-lari. Tetapi datangilah itu sambil berjalan dan hendaklah engkau
semua selalu bersikap pelahan-lahan tidak tergesa-gesa kerana takut
ketinggalan. Maka dari itu mana saja rakaat yang engkau semua dapati, ikutlah
bersolat berjemaah sedang yang terlambat, maka sempurnakanlah setelah imam
memberi salam."
(Muttafaq
'alaih)
Imam
Muslim dalam suatu riwayatnya menambahkan: "Nabi s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Sesungguhnya seseorang dari engkau semua itu
apabila bersengaja untuk melakukan solat, maka ia sudah dianggap dalam bersolat
yakni sudah memperoleh pahala solat itu."
703. Dari
Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya ia bersama Nabi s.a.w. tiba
pada hari Arafah, lalu Nabi s.a.w. mendengar suara gertakan keras, pukulan
serta suara unta, kemudian beliau s.a.w. memberikan isyarat kepada mereka itu
dengan cemetinya dan bersabda:
Yang
bermaksud : "Hai sekalian manusia, hendaklah engkau semua
itu tetap bersikap pelahan-lahan, kerana sesungguhnya kebajikan itu bukannya
dengan tergesa-gesa."
(Diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan sebagainya).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan