Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 24 Januari 2014

O 57 : CARA RASULULLAH SAW BICARA

Hasan bin Ali ra bercerita : 

“Aku bertanya kepada bapa saudaraku Hind bin Abi Halah. Ia adalah seorang ahli dalam meriwayatkan tentang sifat
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
Tanyaku :  Ceritakan kepadaku cara RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berbicara?
Bapa saudaraku menjawab :  RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM adalah seorang yang banyak mengenyam kesusahan. beliau selalu berfikir (bahkan hampir) tidak sempat beristirehat santai. Beliau lebih banyak diam (tidak berbicara), beliau tiada berbicara kecuali apabila perlu. Membuka dan menutup pembicaraannya dengan menyebut nama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Isi pembicaraannya padat dengan makna, kata-katanya jelas, tiada yang sia-sia dan tiada pula yang kurang difahami. Beliau tiada berlaku kasar dan tiada pernah menghina nikmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dibesarkannya walaupun hanya sedikit. Selain itu beliau tak pernah mencaci makanan dan minuman, juga tak pernah memujinya.

Tidaklah dunia menjadikannya marah dan tidak pula beliau marah kerana dunia. Bila kebenaran dilanggar orang, maka tidak ada sesuatu yang akan mampu menahan amarahnya sampai beliau dapat memenangkan kebenaran itu. Beliau tidak akan marah kalau hanya kerana dirinya dan tidak pula beliau akan membela diri beliau sendiri.

Bila beliau menunjuk (sesuatu), beliau tunjuk dengan tangan seutuhnya (bukan hanya dengan jari). Bila beliau kagum beliau balikan tanganya. Bila beliau bercakap-cakap, beliau hubungkan tangan dan dipukulkan telapak tangannya yang kanan ke perut ibu jarinya yang kiri.

Bila beliau marah, beliau akan memalingkan wajahya, sedangkan bila beliau senang dipejamkan matanya.
Sebesar-besar ketawanya hanya senyum. Bila beliau tertawa, kelihatan manis sekali bagai butiran salju (terlihat giginya yang putih).”
[Diriwayatkan oleh sufyan bin waki'dari Jumai bin 'Umar bin Abdurrahman al 'Ijli, ia berkata bahawa ia mendengar dari seorang leki Bani Tamim yang katanya dari putera abi halah suami Kadijah Ummul mukminin sebelum menjadi isteri RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yakni aba Abdullah yang bersumber dari hasan bin Ali K.W]


sumber : As syamail Imam Tarmidzi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan