Bagi penghafaz al Quran (Hamlatul
Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz alQuran dengan
gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
- Ganjaran di dunia.
- Ganjaran di akhirat.
1- GANJARAN DI DUNIA.
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang
dijanjikan dalam Hadis NABI MUHAMMAD
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat
juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff
menyatakan bahawa :
Penghafaz al Quran merupakan VVIP ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA di dunia.
“Sesungguhnya ALLAH memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya RASULULLAH SAW? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al Quran, merekalah kerabat ALLAH (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Penghafaz al Quran juga diangkat sebagai
pemimpin.
“Yang menjadi imam
suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.”
(Riwayat Muslim)
Penghafaz al Quran mendapat certificate
(pengiktirafan) daripada NABI MUHAMMAD
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
“Adalah nabi mengumpulkan
di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara
keduanya yang lebih banyak hafal al Quran, ketika ditunjuk kepada salah
satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.”
(Riwayat Bukhari)
Al Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu
adalah yang mempelajari al Quran dan yang mengajarkannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2- GANJARAN DI AKHIRAT.
Ibu bapa penghafaz al Quran mendapat
kemuliaan.
Sesiapa membaca al
Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibu
bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan
melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam
rumah-rumah kamu di dunia ini.
(Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
Penghafaz al Quran akan mendapat syafaat
(penolong)
Daripada Abi Umamah ra. ia berkata,
“Aku mendengar RASULULLAH
SAW bersabda, “Bacalah olehmu al Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi
syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Riwayat Muslim)
Penghafaz al Quran mendapat bonus
berlipat kali ganda.
“Sesiapa yang membaca
satu huruf daripada kitab ALLAH (al Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al
Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata
bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf
dan mim itu satu huruf.”
(Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa
berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al Quran.
Marilah
kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang
penghafaz al Quran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan