Dalam
kisah orang-orang soleh, disebutkan sebuah riwayat tentang seseorang yang
sangat rindu kepada RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
Lelaki
itu tak pernah tidur kecuali setelah air matanya mengalir kerana rindunya yang
ingin berjumpa dengan RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
Kerinduan
yang menggelora itu, akhirnya membuat dia sering melihat RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dalam mimpi.
Suatu
malam, ia kembali bermimpi melihat RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Dalam mimpi itu, ia merasa seolah berada di padang mahsyar.
Di
sana ia melihat kumpulan manusia memenuhi padang mahsyar, mereka saling
berdesakan, saling tindih satu sama lain. Masing-masing dengan wajah yang telah
berubah, sesuai dengan amal perbuatan mereka di dunia.
Semuanya
terlihat dalam keadaan sangat bingung. Ketika itulah tiba-tiba barisan para
malaikat melintas, lalu lewat pula rombongan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersama para nabi, syuhada, para
wali dan orang-orang soleh.
Lelaki
soleh tadi hanya boleh melihat dari kejauhan dan tidak boleh mendekat kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM kerana desakan para malaikat
yang menghalangi orang-orang untuk mendekat.
Ketika
barisan para malaikat itu melintas maka lewatlah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Lelaki soleh itu juga tidak
boleh mendekat, apalagi berbicara dengan beliau. Maka ia, dalam mimpi itu,
berkata kepada orang yang berada di sebelahnya,
“Jika
kelak kamu bertemu dengan RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM maka sampaikan salamku bahawa aku rindu kepadanya. Dulu di masa hidupku
di dunia, aku selalu merindukan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Dan jika aku masuk neraka,
sampaikan pula kepada beliau, bahawa aku telah berada di tempat yang layak
untukku (neraka), sebagai orang yang banyak dosa.”
Setelah
berkata demikian, barisan yang melintas tadi tiba-tiba berhenti kerana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berhenti, kemudian beliau
berbalik dan berkata,
“Wahai
Fulan, aku tidak melupakan orang-orang yang merindukanku.”
Beliau
lalu membuka kedua tangannya, kemudian orang itu berlari dan memeluk NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM dan menciuminya.
SubhanALLAH!!
Mimpi
bertemu dengan Rasul adalah mimpi yang benar.
Dan
mimpi orang-orang soleh mengandung pelajaran yang kita boleh petik manfaatnya.
Terlebih dari orang-orang yang teramat cinta dan rindu kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pasti berikan hikmah dan
keberkahan dalam hidupnya, yang boleh menjadi pelajaran bagi hidup kita.
Dikutip
dari Majalah Tarbawi, Edisi 302 Th. 15, Syawal 1434, 5 September 2013
Allahumma
shalli wasallim wabarik 'alaa sayyidina Muhammad wa 'alaa alihii wabarik
wasallim ajma'iin
Antara
petikan dari buku "Mata Akal Mata Hati," Prof Dr Muhaya
:
"Apabila kita memberi ilmu kepada anak, kebanyakkan ibubapa
hanya menyuruh tanpa sama-sama melaksanakannya dan menunjukkan contoh. Seperti,
jika kita mahu anak-anak kita tidak merokok, ibu bapa juga mestilah bukan
perokok. Contoh yang lain, kalau kita mahukan anak-anak menjadi anak-anak yang
soleh, ibubapa semestinya terlebih dahulu menjaga kewajipan dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebagai hamba yang soleh."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan