Bishop ;
Sudah lama kamu tidak kelihatan, ke mana kamu telah pergi? Pakcik kamu tu
kesunyian.
Aku ; Saya pergi balik kampong sekejap. Ada hal sikit.
Aku ; Saya pergi balik kampong sekejap. Ada hal sikit.
Bishop ;
Hmmm… Buat persiapan ke?
(Terkedu
tekak aku bila dia kata macam tu)
Aku ;
Takdalah. Cuma jumpa kawan-kawan lama jer.
Bishop ;
Semua tu sia-sia saja, di dapur rumah saya pun hanya cukup untuk sehari-harian.
Aku ; Tak
jugak. Selain tu saya ada kumpulkan peristiwa dan berita-berita di kampung
saya, surat khabar bertarikh sebelum kemerdekaan sehinggalah sebelum saya
meninggalkan Malaysia. Kemudian saya suruh peguam saya susun setiap
perlembagaan undang-undang dari yang paling besar hinggalah yang paling kecil
menjadi bentuk seperti pokok yang ada dahan dan ranting sehingga daunnya.
Saya sewa
sebuah dewan dan mengupah orang menulisnya di atas kertas dan susun kertas satu
persatu mengikut susunannya sehingga penuh lantai dewan sampai kaki lima.
Kertas ini bewarna hitam. Kemudian saya minta peguam saya trace record kes
mahkamah yang pernah berlaku di Malaysia dan tulis di atas kertas dan susun kes
mengikut kertas hitam tadi (kes yang berdasarkan peruntukan undang-undang).
Kertas mahkamah ini bewarna coklat dan ditampal di atas kertas hitam itu.
Disebuah
dewan yang lain, kemudian susun organisasi kerajaan, kementerian, jabatan
mengikut pokok dan rantingnya. Kertas kerajaan ini bewarna biru. Selepas itu
kami susun fungsi dan duti-duti setiap organisasi kerajaan ini di atas kertas
hijau. Kertas hijau ditampal di atas kertas biru.
Di sebuah
dewan yang lain juga, disusun organisasi kerajaan dari pemerintah, menteri,
pegawai-pegawai kerajaan (susun mengikut gred jawatan). Organisasi kerajaan ini
kertasnya bewarna merah. Kemudian tugas-tugas jawatan ditulis di atas kertas
oren. Kertas oren di tampal di atas kertas merah.
Dan di
enam dewan yang terakhir, dewan yang paling besar, ini yang paling sukar. Kami
menyusun setiap peristiwa-peristiwa dan berita-berita yang berlaku selama lebih
50 tahun, 365 hari setahun, 30 hari sebulan, 7 hari seminggu, 24 jam 1 hari.
Kertas peristiwa ini bewarna kuning. Pokok dan dahannya berdasarkan turutan
tarikh. Dan banyak juga duit dan orang yang saya belanjakan untuk kerja-kerja
ini.
Bishop ;
Jika orang lain tahu, orang akan kata kamu ni kurang siuman. Tapi tidak bagi
saya. Kamu mencari sesuatu yang orang lain tidak pedulikan. Tapi kamu akan
menemui jalan buntu semasa menyusun semua ini.
Aku ; Betul
tu pakcik. Tapi macam mana pakcik tahu?
Bishop ; Kamu mahu melihat “Benedictine Order” dengan seluas mata memandang. Kamu mahu tahu bagaimana Benedictine Order ini berhasil. Tapi susunan itu banyak kekurangannya. Manusia yang perlu menggerakkannya. Kamu tidak akan mampu menulis bilangan manusia di atas kertas.
Bishop ; Kamu mahu melihat “Benedictine Order” dengan seluas mata memandang. Kamu mahu tahu bagaimana Benedictine Order ini berhasil. Tapi susunan itu banyak kekurangannya. Manusia yang perlu menggerakkannya. Kamu tidak akan mampu menulis bilangan manusia di atas kertas.
Aku ;
Orang-orang pakcik mesti pernah buat perkara seperti ini, betul tak? Saya rasa
mungkin Vatican telah menyusulnya beratus tahun dahulu. Itu
anggapan saya saja.
Bishop ; Kami tidak pernah tulis ianya di atas kertas sekalipun. Ia hanya bermain di kepala kami saja.
Bishop ; Kami tidak pernah tulis ianya di atas kertas sekalipun. Ia hanya bermain di kepala kami saja.
Aku ;
Wah, hebat betul orang-orang pakcik. Tak menulis Benedictine Order pada
kertas. Kalau tak tulis pada kertas, Vatican tulis dekat mana?
Mustahil lah pakcik! Perkara ini begitu rumit. Akal manusia pun tak mampu ingat
semua ni.
Bishop ; Tiada masalah bagi Paus malah Paderi sekalipun. Benedictine Order hanya berlegar-legar di ingatan mereka. Kami sangat kenal wali-wali Islam lebih dari anak murid wali itu sendiri mengenali gurunya. Wali Islam lebih mulia dari malaikat. Mulia bukan setakat nama, malah wali Islam mampu melakukan sesuatu yang malaikat mampu lakukan.
Bishop ; Tiada masalah bagi Paus malah Paderi sekalipun. Benedictine Order hanya berlegar-legar di ingatan mereka. Kami sangat kenal wali-wali Islam lebih dari anak murid wali itu sendiri mengenali gurunya. Wali Islam lebih mulia dari malaikat. Mulia bukan setakat nama, malah wali Islam mampu melakukan sesuatu yang malaikat mampu lakukan.
Aku ;
Memang la wali-wali Allah mulia. Manusia dan malaikat kan makhluk yang berbeza,
berbeza alam. Mana mungkin manusia mampu melakukan perkara yang malaikat boleh
lakukan.
Bishop ;
Tuhan kepada Nabi Muhammad pernah berkata malaikat mampu mengira jumlah titisan
hujan yang turun dari langit. Tetapi wali Islam mampu mengira kerosakan jiwa
manusia satu per satu dan sebab ia berlaku. Umpama jumlah titisan hujan yang
turun ke bumi. Benedictine Order akan merosakkan jiwa manusia
sedikit demi sedikit umpama titsan hujan yang turun ke bumi.
Wali
Islam memang celaka!! Mereka ini akan mengganggu urusan Paus!! Wali Islam mampu
menghidu Benedictine Order. Maka Knight Templar telah
menjejaki bumi wali Islam sehingga ke timur dan ke bumi bangsa Melayu di
Nusantara.
Di
Nusantara, Knight Templar telah menemui “tapak kaki” terakhir
wali-wali Islam. Mereka perlu ditentang dan dibunuh!! Paus pernah berkata
kepada Knight Templar “bunuh ‘wali sembilan’ atau kamu akan
lihat tapak kaki mereka di Rome.” Rupa-rupanya wali-wali Islam hanya tahu
perkara-perkara yang menyebabkan kerosakan jiwa. Tetapi tidak tahu bagaimana
mahu menghasilkan perkara-perkara itu. Wali-wali Islam bukan tandingan kepada
kebijaksanaan Paus dan “wali-wali gereja.”
Aku ;
Wali-wali gereja?? Gereja pun ada pangkat wali ke? Adakah mereka mempunyai
kebolehan seperti wali-wali Allah yang pakcik cakap sebentar tadi?
Bishop ;
Tuhan Nabi Muhammad itu adil. Dia memberikan musuh-musuh Nabi Muhammad
kelebihan yang sama. Benedictine Order ditulis oleh wali-wali vatican.
Mereka “menulis seperti malaikat.” Ya, menulis seperti malaikat. Menulis di
dalam jiwa bukannya di atas kertas.
Aku :
“Menulis seperti malaikat.” Malaikat apa yang menulis. Oh! Adakah pakcik
mengatakan menulis seperti malaikat raqib dan atit? Malaikat yang menulis amal
kejahatan dan kebaikan.
Bishop ;
Ya, benar sekali. Jiwa manusia adalah roh. Roh manusia diciptakan dari cahaya.
Malaikat menulis amalan kamu sepantas cahaya. Jiwa manusia sifatnya
berubah-ubah dan iman manusia berubah-rubah sepantas cahaya. Maka Benedictine
Order perlu “direka sekecil zarah” supaya ia boleh berfungsi dan
bergerak sepantas cahaya.
Aku ;
Kenapa Benedictine Order direka sekecil itu dan perlu bergerak
sangat pantas seperti cahaya??
Bishop ; Benedictine
Order perlu direka pantas supaya mampu berfungsi dalam keadaan diri
kamu tidak menyedarinya. Apabila kamu tidak menyedari ia berlaku, maka kamu
sebenarnya telah pun ditipu. “Pandangan mata selalu menipu, tafsiran akal
selalu tersilap, dan dan lidah pula selalu tersasul.” Bukankah kata-kata ini
terkenal di kalangan orang-orang Islam?
Aku ; Apa
pentingnya Benedictine Order perlu sepantas cahaya? Kalau
lebih perlahan dari cahaya tak boleh ke?
Bishop ;
Pandangan mata yang selalu menipu. Ya, mata paling banyak belajar. Disebabkan
mata berfungsi dengan cahaya, urat-urat saraf menghantar isyarat ke otak
sepantas cahaya. Maka Benedictine Order perlu sepantas cahaya.
Aku ; Ish
mustahil la semua ni. Jika Benedictine Order sepantas cahaya, contohnya sebuah
kereta la kan, adakah kereta perlu bergerak sepantas cahaya? Dan contohnya yang
bukan benda seperti sistem pendidikan. Jika sistem pendidikan dan kereta
bergerak sepantas cahaya, dah tentulah mata pun tak sempat nak tengok. Macam
mana nak tipu manusia?
Bishop ;
Yang pantas itu bukan jasad atau penampilan, tetapi tujuan dan hikmah sesuatu
ciptaan Benedictine Order meresap ke dalam jiwa. Meresap ke
dalam jiwa sepantas cahaya.
(Meresap
sepantas cahaya. Lama jugak aku termenung. Sementara jiran sedang membuat
kerja-kerja dapur).
Aku ;
Pakcik, itu pantas. Yang dikatakan Benedictine Order “direka
sekecil zarah” tu pula macam mana?
Bishop ;
Membahagi-bahagikan fungsi manusia supaya tujuan dan hikmah sesuatu ciptaan Benedictine
Order tidak meresap ke dalam penglihatan. Tidak meresap ke dalam
penglihatan mata manusia. Bila ia tidak meresap ke dalam penglihatan manusia,
maka semuanya akan jadi indah–indah belaka.
Kejahatan
akan dilihat sebagai kebaikan, kebaikan akan dilihat sebagai kejahatan. Ya,
membina kelemahan manusia supaya menilai sesuatu berdasarkan apa yang mereka
lihat di depan mata saja. Misalnya di zaman Nabi Muhammad, jika dia peniaga, maka dia akan
melakukan pekerjaan sebagai peniaga. Dialah yang menimbang, dialah yang
menerima bayaran, dialah yang menjual. Maka Benedictine Order telah
mengecilkan fungsi manusia seperti yang kamu lihat pada hari ini.
Dalam
kerajaan dan perniagaan yang mempunyai pelbagai tugas dan masalah. Selepas itu
kamu akan berkata, “saya hanya berniaga saja,” “saya hanya pekerja saja.” Maka
bodohlah kamu tidak mengetahui jika fungsi kamu digabungkan menjadi apa. Kamu
merasakan ia pekerjaan yang baik sebab kejahatan itu tidak berlaku di depan
mata kamu. Kejahatan yang “direka sekecil zarah,” memanglah kamu tidak nampak!!
Peranan
manusia yang pelbagai ini apabila digabungkan, ia telah memberi kepada Vatican kuasa
untuk menentukan nasib masyarakat dunia. Kuasa di hujung jari!! Mengawal
berbilion manusia sehingga setiap orang sekalipun dengan angka-angka sahaja.
Bila Paus jentik angka saja maka berjuta-juta manusia akan menderita!!
Aku ;
Bagaimana seorang manusia saja seperti Paus, Paus Benedict XVI boleh
menentukan nasib manusia dengan angka? Apakah angka itu?
Bishop ;
Angka itu adalah apa yang manusia sebut ia sebagai “matawang.” Lihatlah wahai
manusia! Bagaimana kehidupan kamu dikawal hanya dengan angka sahaja! Bukan apa
pun, dengsn angka sahaja.
Lihatlah
penderitaan manusia yang disebabkan “tidak cukup angka dalam poket mereka.”
Mereka kelaparan, mereka tidak mampu berkahwin, mereka bermusuh, mereka
membunuh, mereka mencuri, mereka menindas dan mereka mengkhianati sesama
sendiri. Semua disebabkan “angka-angka pada kertas.” Dan pada waktu ini kamu
sedang berkata “ini cuma duit saja bukan ada apa-apapun.” Jika mata kamu lihat
duit, maka kamu akan kata itu adalah duit. Bodoh sungguh!!!
Benedictine
order telah
membina kelemahan manusia supaya menilai sesuatu berdasarkan apa yang mereka
lihat di depan mata saja. Sekarang ini katakanlah kepada saya, “saya bangga
jadi seorang ahli perniagaan,” “saya bangga mendapat ijazah.” Kasihan sungguh
manusia. Manusia sendiri yang menjayakan Benedictine Order!
Wahai
Nabi Muhammad!! Segala usaha kamu dahulu hancur lebur. Zaman Nabi Muhammad cuma
ada pasar. ”Pasar” telah menjadi “pasaran.” “Wang” telah menjadi “matawang.”
Terima kasih kepada dua orang kesatria Vatican, keluarga Weishpaut dan
keluarga Rotschild dan tidak lupa juga kepada keluarga Rockefellar.
Angka-angka yang boleh dipegang dengan tangan, sekarang ini hanya untuk dilihat
sahaja.
Wahyu
terakhir al Quran sudah sempurna diperangi. Cuma tunggu Paus terakhir sahaja.
Bukan untuk jentik angka ini tetapi untuk pijak habis-habisan angka-angka
ini!!!
Aku ; Benedictine
Order ni sungguh rumit sehingga saya tak tahu di mana hujung
pangkalnya. Tak tahu bagaimana semua ni bermula. Susun-susun lagi pening
kepala. Lagi la nak “menulis seperti malaikat.”
Bishop ; Benedictine
Order boleh dilihat dengan hati. Hati kamu mesti lebih pantas dari
pandangan mata supaya akal kamu tidak ditipu pandangan mata. Tetapi saya lihat
kamu tidak mampu.
Aku ;
Jika manusia biasa tidak mampu melihatnya, macam mana kami boleh terlibat sama
dengan Benedictine Order padahal kami tak tahu kewujudannya?
Bishop ;
Untuk itu kami telah menghasilkan makhluk yang sama pantas seperti malaikat.
(Kadang-kadang bila kita tengok bursa saham, nilai matawang kita tak tahu bagaimana ia terhasil kemudian dengan tak sengaja terbagi kuasa pada orang untuk mengawal kita. Silap kita kerana menganggap ia cuma nombor-nombor sahaja).
(Kadang-kadang bila kita tengok bursa saham, nilai matawang kita tak tahu bagaimana ia terhasil kemudian dengan tak sengaja terbagi kuasa pada orang untuk mengawal kita. Silap kita kerana menganggap ia cuma nombor-nombor sahaja).
(Kalau
bisnes forex atau internet lagi teruk. Alih-alih je dapat duit
tapi tak tahu macamana ia berlaku. Mungkin ada orang yang tertindas disebabkan
keuntungan kita. Kita tak nampak depan mata).
Aku ;
Hari tu pakcik ada cerita pasal malaikat kan. Pasal Vatican mencipta
makhluk yang sama pantas seperti malaikat kan. Adakah ini suatu perumpamaan
atau memang makhluk ini betul-betul ada dan boleh dilihat? Bila pakcik sebut
makhluk je saya rasa seperti ia makhluk hidup seperti manusia dan haiwan.
Bishop ;
Makhluk hina ini hanya sebagai sebab saja, tidak penting bagi kami. Apa yang
lebih utama adalah serapuh mana jiwa manusia dapat dihasilkan dengan masa yang
semakin suntuk ni. Ya, hanya tinggal setahun dua ni saja. Tujuan penciptaan
adalah arahan Vatican. Yang membuatnya adalah kesatria-kesatria.
Tetapi ia tidak terus dicipta. Apabila Benedictine Order telah
sempurna duduk bertakhta di hati manusia barulah ia dilepaskan.
Aku ;
Maksud pakcik makhluk ini bukan matlamat, tetapi ia dicipta untuk membantu
menjayakan Benedictine Order. Macam tu ker? Apa yang
orang-orang pakcik buat sebelum makhluk ini dilepaskan?
Bishop ;
YA… Semasa penjajahan, walaupun pemerintahan telah dipisahkan dengan raja yang
hanya menguruskan agama dan budaya, hasilnya masih tidak memuaskan. Walaupun
kerajaan di seluruh dunia telah digulingkan, tapi semua agama di dunia ni masih
tegak berdiri. Umat Islam masih menyembah tuhan Muhammad, umat-umat kafir di
timur dan barat, utara dan selatan masih menyembah berhala. Begitu sakit hati
Paus dan paderi-paderi Vatican melihat suasana ini. Sakit hati
yang teramat sangat. Banyak nyawa dan harta telah raja-raja Eropah korbankan
untuk Vatican. Vatican bukan mahu kekayaan hasil
bumi di tanah jajahan dan raja-raja Eropah telah menjadi tulisan sejarah demi
melindungi gereja.
Aku ;
Macam tu ye. Kenapa kehidupan sesuatu rakyat tidak berubah walaupun kerajaan
mereka telah digulingkan? Rakyat mampu teruskan hidup sendiri tanpa sebuah
kerajaan ke?
Bishop ;
YA BENAR SEKALI… Walaupun kerajaan mereka telah hancur tetapi rakyat masih
mampu berdikari. Rakyat tidak ada masalah. Mereka lari ke ceruk hutan dan gua lalu
mencari makanan sendiri. Kebergantungan kepada raja tidak wujud. Rakyat tahu
apa yang mereka harus lakukan. Mereka tidak perlukan pimpinan sesiapa. Sesiapa
sahaja mampu berjuang. Merekalah raja, merekalah bapa, merekalah guru,
merekalah rakyat. Seorang saja mampu buat pelbagai perkara.
Lalu Paus
berkata, “Jadikan mereka setiap seorang, satu kebolehan saja. Kamu akan lihat
pemerintahan paus-paus benedictine akan datang nanti, rakyat
akan memberi makanan kepada pahlawan, pahlawan akan memberi keselamatan kepada
rakyatnya. Jika rakyat mati, pahlawan akan mati kelaparan. Pisahkan antara
pahlawan dan rakyat.” Kunci Benedictine Order adalah
“mewujudkan kebergantungan antara satu sama lain.”
Ya…
supaya mereka menjadi benar-benar lemah sebelum Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi)
kembali lagi. Pecahkan mereka kepada banyak bahagian. Rakyat yang menjadi
pahlawan, rakyat yang bercucuk tanam, rakyat yang mengurus rakyat, agamawan
yang hanya menulis kitab dan raja yang hanya patung sahaja. Itulah yang
dinamakan “Negara.” Tetapi selepas beberapa ratus tahun kemudian, barulah kami
dapat mewujudkan kebergantungan sehabis mungkin terhadap Benedictine
Order.
Aku ;
Selepas beberapa ratus tahun? Jadi penjajahan dunia tu boleh dikira permulaan
sajalah bagi Vatican menguasai manusia. Jadi dalam masa tu apa
yang Vatican telah lakukan. Bagi saya ia suatu masa yang amat
lama.
Bishop ;
Memang ia mengambil masa yang lama untuk manusia menerima pakai ORDER INI.
Selepas penjajahan tamat, semua manusia tidak mahu peperangan berlaku lagi. Semua
manusia telah terpadam semangat untuk berjuang. Kami telah mengajarkan nenek
moyang kamu ini supaya menyayangi jasad sendiri. Kesatria kami berkata kepada
nenek moyang kamu, “Jangan risau, walaupun kami ini menjajah, kami tetap akan
menjaga keselamatan kamu. Kamu perlukan keamanan supaya kamu boleh beramal.”
Lalu nenek moyang kamu yang bodoh itu menjawab, “Ya. Ada baiknya juga ada orang
yang tolong menjaga keamanan untuk kami. Maka tak perlulah kami
bersusah-payah.” Bodoh sungguh mereka ini! Kami telah mewujudkan suatu
kebergantungan yang paling asas sekali. Keselamatan jasad!
Aku ;
Kenapa Vatican mahu penjajah jaga keselamatan kami? Kenapa tak
bunuh je nenek moyang kami kan senang? Kami pun takda nanti. Sungguh panjang
perancangan Vatican. Keselamatan jasad ada kait mengait ke dengan Benedictine
Order?
Bishop ; Benedictine Order akan berada di dalam setiap manusia. Masalah seterusnya ialah bagaimana hendak membuatkan manusia ini menerima Benedictine Order dalam keadaan mereka tidak sedar. Ya, tidak sedar kerana Paus mahu ia berlaku tanpa berunding dengan manusia. Bila berunding dengan umat manusia maka akan wujud pilihan, nak atau tidak? Bagi mengelakkan wujudnya pilihan maka ada sesuatu mesti berlaku supaya pilihan tidak wujud. Nak membuatkan pilihan tidak wujud sesuatu mesti berlaku supaya orang tidak sedar apa yang sedang berlaku. Nak membuatkan manusia tidak sedar sesuatu yang berlaku, mesti semuanya secara semulajadi. Bukan mudah nak mengatasi daya fikiran manusia yang berbilion orang jumlahnya.
Bishop ; Benedictine Order akan berada di dalam setiap manusia. Masalah seterusnya ialah bagaimana hendak membuatkan manusia ini menerima Benedictine Order dalam keadaan mereka tidak sedar. Ya, tidak sedar kerana Paus mahu ia berlaku tanpa berunding dengan manusia. Bila berunding dengan umat manusia maka akan wujud pilihan, nak atau tidak? Bagi mengelakkan wujudnya pilihan maka ada sesuatu mesti berlaku supaya pilihan tidak wujud. Nak membuatkan pilihan tidak wujud sesuatu mesti berlaku supaya orang tidak sedar apa yang sedang berlaku. Nak membuatkan manusia tidak sedar sesuatu yang berlaku, mesti semuanya secara semulajadi. Bukan mudah nak mengatasi daya fikiran manusia yang berbilion orang jumlahnya.
Aku ; Oh…
Jadinya Benedictine order ini bukan suatu pilihan. Oh… patutla
dulu pakcik cakap pasal bayi. Sejak bayi lagi Benedictine order sudah
menguasai manusia. Setiap nyawa manusia. Apa yang pakcik maksudkan “sesuatu
harus berlaku” supaya Benedictine Order akan diterima tanpa
wujud pilihan dan tak disedari orang?
Bishop ;
Kamu masih ingat lagi ya… Ya… Selepas jasad manusia selamat, manusia sudah
menyukai suasana selamat. Maka peperangan besar-besaran harus berlaku sekali
lagi supaya membuatkan manusia merasa mempertahankan jasad adalah syarat iman
dapat dipertahankan!! Untuk perang ini berlaku, Paus-paus renaissance telah
memudahkan pekerjaan paus-paus Benedictine. Renaissance telah
mewujudkan manusia yang percaya ilmu-ilmu yang menyebabkan kesejahteraan
terhadap jasad manusia. Lalu Vatican telah mewujudkan suatu
suasana yang manusia panggil ia sebagai “revolusi industri.” Maka umat-umat
kafir yang bodoh ini (orang Eropah) mula mencipta barang-barang yang memberi
keselesaan kepada jasad.
Maka,
bermula dengan ini umat manusia mula belajar menyayangi barang-barang ini!
Perlumbaan membuat senjata sengaja dijalankan supaya umat manusia rasa memiliki Benedictine
Order suatu kewajipan! Ya… “Perang Dunia Pertama” direka supaya dapat
membuatkan penjajah berkata kepada ulama-ulama kamu, “Rakyat perlu memiliki
kemampuan serta kebolehan seperti orang-orang Eropah. Mungkin rakyat dijajah
sekali lagi jika tidak mampu bersaing senjata. Perlu ada kemajuan ilmu.” Lalu
raja dan ulama kamu yang bodoh itu berkata, “Umat Islam mesti menguasai ilmu,
dengan ilmu kita dapat mempertahankan diri kita.” Oleh sebab itu penjajah mula
menubuhkan pahlawan dari orang-orang tempatan. Maka ‘Cantus’ telah
bertapak di tanah jajahan yang seperti saya ceritakan sebelum ini.
Aku ;
Ish, maksud pakcik Perang Dunia Pertama ni hanya rekaan Vatican semata-mata
untuk membuatkan manusia menerima Benedictine Order? Sampai macam
ni sekali perlu berlaku?
Bishop ;
YA… Renaissance tidak boleh berlaku di timur sebab Islam telah
memenangi JIWA MANUSIA DI SANA TERLEBIH DAHULU. Jika renaissance mampu
berlaku di sana maka mudah saja Benedictine Order diterima
orang-orang timur. Benedictine order adalah musuh wali-wali
Islam. Sebab itu mereka sengaja menjadi orang miskin. Jika nenek moyang kamu
itu seharian mereka hanya solat sahaja, mana mungkin boleh disuruh menjadi
seorang saintis, doktor, peguam, jurutera, artis secara tiba-tiba. Ya mustahil
secara tiba-tiba tanpa sebab.
Paus
memerintahkan penjajah supaya jangan sedikitpun wujud suasana paksaan. Maka
perang harus direka sebaik mungkin supaya dapat membina kerelaan hati. Membina
kerjasama umat supaya bersatu menghadapi peperangan. Hitler adalah kesatria Vatican yang
amat disayangi Paus Benedict XVI. Jasa Hitler menjayakan Benedictine
Order telah membuatkan kami merinduinya. ”Perjanjian Concordat”
benar-benar memberi tuah kepada Vatican.
Aku ;
Hah! Maksud pakcik adolf Hitler dan Nazi? Wah! Hebat betul sejarah menipu dunia
ni. Tak terfikir saya macam mana perang ini boleh direka.
Bishop ;
Selepas perang tamat, maka umat manusia telah sedar betapa pentingnya ilmu ini,
ilmu Benedictine. Bodohlah nenek moyang kamu itu!! Maka
disebabkan peperangan, keselamatan jasad manusia telah diragut. Manusia telah
hidup menderita dan mula merasakan rindu kepada keamanan.
Ini telah
membuatkan penjajah berpeluang untuk berkata kepada mereka, “Lihatlah
disebabkan rakyat mengabaikan kepentingan untuk memajukan diri, rakyat telah
menjadi lemah kerana tidak dapat mempertahankan tanah air. Tidak ada ilmu untuk
bersaing dengan negara musuh. Bila dah perang rakyat nak beribadat pun tak
boleh.” Lalu penjajah berkata, “Kamu perlu mempertahankan kedaulatan dan
keamanan tanah air kamu. Jika tidak agama kamupun tidak akan selamat.
Peperangan ini sungguh kejam. Membunuh dan menindas sesiapa saja dan kamu mesti
tahu bagaimana nak mempertahankan diri.” Lalu nenek moyang kamu yang bodoh itu
pun menjawab, “Ya, benar. Kami perlu selamatkan tanah air kami dan agama kami.
Kami tidak mahu tanah air menjadi seperti Negara-negara yang berperang itu.
Sila ajar kami bagaimana nak mempertahankan tanah air kami.”
Perang
dunia pertama telah membuatkan nenek moyang kamu tiada pilihan selain belajar
dari penjajah. Tiada pilihan. Paus sangat gembira dengan berita yang dibawa
paderi-paderi jesuit. Maka Paus memerintahkan penjajah mengajarkan mereka
ilmu-ilmu untuk melindungi keselamatan jasad, cara-cara membina sebuah
kerajaan, mengajarkan mereka menguruskan wilayah dan meramaikan lagi pahlawan
tempatan. Pembesar-pembesar dan bangsawan-bangsawan kamu yang bodoh itulah
orang terawal diajarkan Benedictine Order. Pada waktu ini kamu
belum diajar lagi ilmu-ilmu renaissance iaitu ilmu-ilmu yang
memberikan kenikmatan kepada jasad.
Selepas
itu paderi-paderi jesuit telah mengadu kepada Paus bahawa Benedictine sudah
mula diterima. Tetapi bagaimana ia akan mengalir sehingga ke setiap kelahiran
manusia? Kelahiran manusia lebih pantas dari Benedictine Order menjalar
ke bumi. Vatican belum berpuas hati dengan pencapaian ini
selagi ia tidak mejalar kepada semua manusia. Lalu Paus menitahkan Knight
of Teutonic untuk membantu kerja-kerja Knight Templar.
Apabila Benedictine telah
sempurna membina landasan untuk dipelajari pula oleh setiap nyawa manusia
nanti. Malang sungguh umat sekalian manusia. Ilmu-ilmu cendekiawan Islam yang
asli berada di tangan Vatican, ilmu-ilmu yang penjajah ajarkan
kepada kamu adalah ilmu-ilmu yang telah disihirkan.
Aku ;
Pakcik cakap ilmu yang disihirkan? Ilmu pun boleh disihirkan ke? Tak pernah
saya dengar ilmu sesuatu yang boleh disihirkan. Dalam Islam pun saya tak pernah
dengar pasal ini. Saya ingat sihir tu perkara jahat yang berkaitan alam ghaib
saja.
Bishop ; Vatican dan keturunannya tidak akan sesekali menyihir jasad manusia. Kami tidak akan melakukan perkara-perkara bodoh seperti sihir-sihir murahan di dunia ini. Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad telah di“Benedictine”kan. Hanya Vatican, dari Paus hinggalah paderi saja di atas planet ini yang mampu melakukan semua ini. Kami sedar bahawa kami adalah nama-nama makhluk yg tertulis di dalam al Quran dan menjadi sebab mengapa kamu umat Islam diwajibkan mengenali 25 orang Rasul.
(Kenapa media bersungguh-sungguh mempromosikan sejarah perang kepada masyarakat? Apa sebenarnya yang dah berlaku? Siapa orang yang terawal pakai baju kot dan tie? Sihir itu sendiri adalah ilmu. Ilmu yang disihirkan tu macam mana pulak?)
Bishop ; Vatican dan keturunannya tidak akan sesekali menyihir jasad manusia. Kami tidak akan melakukan perkara-perkara bodoh seperti sihir-sihir murahan di dunia ini. Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad telah di“Benedictine”kan. Hanya Vatican, dari Paus hinggalah paderi saja di atas planet ini yang mampu melakukan semua ini. Kami sedar bahawa kami adalah nama-nama makhluk yg tertulis di dalam al Quran dan menjadi sebab mengapa kamu umat Islam diwajibkan mengenali 25 orang Rasul.
(Kenapa media bersungguh-sungguh mempromosikan sejarah perang kepada masyarakat? Apa sebenarnya yang dah berlaku? Siapa orang yang terawal pakai baju kot dan tie? Sihir itu sendiri adalah ilmu. Ilmu yang disihirkan tu macam mana pulak?)
Aku ;
Sekarang ni memang susah nak pastikan siapa yang akan jadi pengikut Al-Masih
Dajjal ni. Saya sendiri tak boleh nak membandingkan sesiapa. Siapa yang jadi
pengikut dan siapa yang terselamat.
Bishop ;
YA, SEKARANG INI. Apabila saya melihat wajah orang-orang Islam, wajah mereka
semakin lama semakin menyerupai kaum-kaum penyembah berhala “patung.” Malah
saya pernah melihat seorang perempuan muslim 30 tahun dahulu. Dan saya datang
kepada kepada perempuan itu dan mengatakan bahawa dia sebenarnya telah murtad.
Dan perempuan ini kembali bertanya kepada saya bagaimana saya mengetahuinya.
Saya tidak menjawab dan terus beredar. Saya tidak gembira melihat perempuan
itu.
Aku ; Eh!
Kenapa pakcik tak jawab pertanyaan wanita itu? Bukankah pakcik sepatutnya suka
perkara ini berlaku?
Bishop ;
Saya tidak gembira mengenai perempuan itu kerana di dalam dirinya ada kemampuan
untuk kembali kepada Islam.
Aku ;
Tapi pakcik kata wanita itu telah murtad. Macam mana pulak dia dikatakan pakcik
akan kembali Islam?
Bishop ;
Kerana dia mampu membezakan dirinya sendiri. Dia boleh menilai Islam itu
bagaimana dan murtad itu bagaimana pula. Kamu mesti menilai perempuan itu
murtad bukan? Tetapi tidak bagi saya. Saya mahu dia lebih dari murtad. Tetapi
perempuan seperti itu tidak lagi wujud. Malah manusia telah dipersiap-siapkan
untuk lebih dari murtad.
Aku ;
Kalau dah murtad tak dikira murtad, jadi macam mana erti murtad bagi pakcik?
Bishop ; Murtad bagi saya adalah tidak mengetahui kedua-duanya. Diberi tangan kanan digenggamnya iman. Apabila dia membuka genggamanya, dia melihat apa yang ada di tangannya dia tidak tahu apa dia. Diberi tangan kiri digenggamnya kafir. Apabila dia membuka genggamanya, dia melihat apa yang ada di tangannya dia tidak tahu apa dia.
Bishop ; Murtad bagi saya adalah tidak mengetahui kedua-duanya. Diberi tangan kanan digenggamnya iman. Apabila dia membuka genggamanya, dia melihat apa yang ada di tangannya dia tidak tahu apa dia. Diberi tangan kiri digenggamnya kafir. Apabila dia membuka genggamanya, dia melihat apa yang ada di tangannya dia tidak tahu apa dia.
Ya, saya
tahu. Dahulu kami cuba mengkafirkan Sahabat-sahabat Nabi Muhammad dengan pedang
di leher mereka. Kami gagal kerana mereka sedar mereka melihat di depan mata
mereka kami sedang memurtadkan mereka. Lihatlah, Benedictine Order akan
mengkafirkan Islam tanpa pedang di leher mereka. Sungguh bodoh!! Islam yang
terakhir ini akan kafir tanpa mereka menyembah berhala.
Pekerjaan
kamu seharian yang telah mengkafirkan kamu. Ya, kerana kami satu-satunya kaum
yang mengetahui dengan sebenar-benarnya bagaimana perhitungan Tuhan Nabi
Muhammad. Tuhan Nabi Muhammad itu menghitung bukan mengikut kesukaan kamu.
Islam seperti apakah ini?
Apabila
kami katakan Benedictine Order telah menyebabkan kerosakan
jiwa saudara-saudara mereka, lalu untuk menyedapkan hati sendiri mereka
berkata, “Kami tidak buat apa apa pun, kami cuma mencari rezeki.” Apabila
mereka buat kebaikan, mereka berkata tuhan menilai di atas diri mereka yang
melakukannya. Apabila jasad mereka telah melakukan kejahatan, mereka mengatakan
pula tuhan menilai hati mereka. Tuhan Nabi Muhammad telah diperbodoh-bodohkan
oleh penyembahnya sendiri. Maka dengan itu jugalah Tuhan Nabi Muhammad mengira
mereka kafir walaupun mereka tidak berniat begitu.
Benedictine
Order dicipta
sempurna sehinggakan ia tidak memerlukan persetujuan dari hati kamu. Jasad kamu
lakukan, maka kamu akan dihitung Allah di hari akhirat.
Aku ;
Ish, kalau begini, tiada siapa la yang akan terlepas dari dikafirkan sebab
semua orang bersalah dan cuba menutup kesalahan diri dengan memperalatkan niat
sahaja.
Bishop ; YA… Dan Paus Roman Peter II telah mendapat pengikutnya yang ramai dari kalangan para perempuan (yang cute2…) Lelaki yang mengikut Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) akan meninggalkan perempuan ini walaupun perempuan ini adalah ibu, isteri dan anak mereka sendiri.
Bishop ; YA… Dan Paus Roman Peter II telah mendapat pengikutnya yang ramai dari kalangan para perempuan (yang cute2…) Lelaki yang mengikut Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) akan meninggalkan perempuan ini walaupun perempuan ini adalah ibu, isteri dan anak mereka sendiri.
Bodoh
benar makhluk perempuan ini. Setelah Nabi Muhammad yang terdahulu selamatkan
mereka dari ditimbus di padang pasir, mereka khianat kembali kepada Nabi
Muhammad. Nuh itu sudah merasa bertapa sakitnya, maka giliran kamu akan tiba
nanti. Tuhan Nabi Muhammad telah menjanjikan pengikut kami terbanyak dari
kalangan perempuan dan benar-benar telah memberikannya cuma kamu tidak menyedarinya.
Aku ;
Adakah pakcik sekarang ni cerita pasal petanda kiamat? Yang saya ingat la,
Islam sendiri ada mengatakan wanita la yang paling ramai menjadi pengikut
Al-Masih Dajjal dan masa tu hubungan sebagai suami, isteri, ibu dan anak akan
terputus sehinggalah Nabi Isa a.s akan mengajar kembali manusia untuk membina
keluarga semula.
Bishop ; YA. Pada masa itu, jiwa manusia yang benar-benar digenggam oleh tuhan Nabi Muhammad saja yang sanggup meninggalkan orang yang mereka cintai dan mereka sayangi kerana iman kepada tuhan. Manusia seperti ini adalah di luar kemampuan Vatican. Tapi saya tidak peduli mengenai si celaka ini! Kerana Paus sudah pun mempunyai pengikut yang meliputi isi bumi ini. Besi pun lebih lembut dari hati si celaka ini. Bagaimanakah mereka ini mendapatkan kekuatan untuk mengabaikan orang yang mereka sayangi? Kekecewaan Lucifer telah disediakan tuhan Nabi Muhammad. Kami tahu.
Bishop ; YA. Pada masa itu, jiwa manusia yang benar-benar digenggam oleh tuhan Nabi Muhammad saja yang sanggup meninggalkan orang yang mereka cintai dan mereka sayangi kerana iman kepada tuhan. Manusia seperti ini adalah di luar kemampuan Vatican. Tapi saya tidak peduli mengenai si celaka ini! Kerana Paus sudah pun mempunyai pengikut yang meliputi isi bumi ini. Besi pun lebih lembut dari hati si celaka ini. Bagaimanakah mereka ini mendapatkan kekuatan untuk mengabaikan orang yang mereka sayangi? Kekecewaan Lucifer telah disediakan tuhan Nabi Muhammad. Kami tahu.
Ya. Akan
tiba masanya kewajipan mentaati sesama manusia akan digugurkan oleh tuhan Nabi
Muhammad sehingga seorang anak yang meninggalkan ibunya sudah tidak dihitung
sebagai derhaka. Wahai tuhan Nabi Muhammad!! Kami ingin saksikan bagaimanakah
kamu akan melanggar hukum yang kamu sendiri telah ciptakan terhadap manusia.
Pada waktu itu, manusia akan merasakan bahawa tuhan mereka telah menipu
janji-janjinya. Paus akan buatkan tuhan Nabi Muhammad terperangkap dengan
suruhan agama ciptaannya.
Apabila
Muhammad menyuruh kamu meniggalkan ibu kamu yang tidak lagi menyembah tuhannya,
lalu dengan senang-senang saja paus datang dan berkata, “Wahai Muhammad
bukankah dulu kamu mengajar mereka supaya mentaati orang tua mereka? Sekarang
kamu mengajar mereka derhaka pula? Kamu dan tuhan kamu ini sememangnya penipu!”
Lihatlah, mana satu pilihan kamu. Mereka yang menyertai Paus Roman
Peter II akan berbahagia. Tidak perlu terpisah dengan keluarga mereka
dan mereka yang memilih mengikut Muhammad akan menderita. Derita yang teramat
sangat sehingga pedang yang menyiat kulit mereka itu dirasakan seperti
dihinggap nyamuk saja. Hati mereka umpama cermin yang bukan saja pecah tapi
hancur luluh menjadi butiran pasir.
Aku ;
Wah, ni betul-betul suatu pilihan yang amatlah berat. Tak dapat saya bayangkan
bagaimana dahsyat suasana pada waktu itu. Jika saya derhaka kepada mak saya pun
tidak akan dikira Allah s.w.t sebagai derhaka. Macam mana agaknya suasana pada
waktu itu ye pakcik?
Katakanlah (wahai Muhammad):
“Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan
isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda
yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan
rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi
perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan
(daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan
keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada
orang-orang yang fasik (derhaka).”
–
Al-Quran, Surah At-Taubah, Ayat 24
Sehingga
satu masa nanti, inilah yang akan menjadi penghalang dalam kita hendak
beragama. Daripada ayat ini dapatlah kita lihat, agama sememangnya sudah jauh
dari landasan yang sebenarnya sehinggakan suatu masa nanti, kita yang hendak
beragama dengan sebenar-benar agama akan ditentang pula oleh ahli yang terdekat
kita. Seperti apa yang diperkatakan oleh Bishop itu, Nabi
Muhammad. sememangnya melarang kita dari menderhakai kedua orang tua dan ini
tetap akan kita patuhi dan menghormati mereka sampai bila-bila.
Agama
seperti mana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad akan kembali terasing.
“Islam mula tersebar dalam keadaan asing dan ia akan kembali asing
pula.”
Hadis
Sahih Riwayat Abu Hurairah.
Agama
yang akhirnya akan kembali terasing sebagaimana Nabi Muhammad mula-mula
menyebarkannya. Maka ramailah yang akan menentang walaupun dari ahli keluarga
sendiri. Jadi berhati-hatilah. Ibubapa tetap ibubapa dan mereka selayaknya
dihormati sehingga ke akhirnya.
Bishop ; Vatican benar-benar
merindui peperangan salib. Tidak ada peperangan yang lebih perit pernah dilalui
oleh paderi-paderi melainkan perang salib. Penjajahan dan perang dunia
sekalipun lebih selesa dari menghadapi Salahudin. Lebih 200 tahun itu adalah
penentu nyawa gereja. Kami benar-benar bertuah mempunyai seorang wali seperti St.
Valentino. Dia adalah orang ke-2 selepas Paus. Sebagai menghargai jasanya,
kami telah mempamerkan jasad St. Valentino di Vatican. Bukan
itu saja, malah paderi-paderi yang berjasa besar kepada Vatican telah
disemadikan di dalam keranda cermin.
Pada hari
ini ada 200 orang cardinal yang sebenarnya adalah orang yang
sama seperti St. Valentino. Jika seorang saja St. Valentino boleh
menewaskan Salahudin, bayangkan saja bertapa dahsyatnya peperangan jika 200
orang ini perlu turun ke padang. Cardinal penjaga di wilayah
matahari terbit pernah berkata kepada saya peperangan yang dijanjikan tuhan
Nabi Muhammad nanti, penderitaan manusia itu sama seperti penderitaan yang
dihimpunkan sejak terciptanya manusia. Kemudian dicampakkan untuk pengikut Nabi
Muhammad sebagaimana Nabi Muhammad telah menjadi wakil kepada kerja-kerja nabi
terdahulu. Maka begitu juga pengikutnya akan menjadi wakil dan merasa kesakitan
umat nabi-nabi terdahulu. Ya. 200 kali ganda lebih dahsyat dari Perang Salib.
Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) perlu menentang 200 orang cardinal ini.
Jika tidak, usah bermimpi untuk berdepan dengan Paus Roman Peter II.
Aku ;
Tapi bukankah Imam Mahdi akan berkuasa selama 7 tahun? Maksudnya dia akan
menewaskan Paus Roman Peter II dalam masa tujuh tahun ke?
Bishop ;
SETELAH 700 TAHUN KAMI MELAKSANAKANYA, dengan mudah saja tuhan Nabi Muhammad
ingin menghancurkanya dalam 7 tahun saja? Saya ingin lihat bagaimana Muhammad
akan melakukannya nanti.
Segala
apa yang dibentangkan ini adalah sebagai bahan fikir kita untuk kita renungkan,
saya tidak memaksa untuk anda mempercayainya 100% tetapi anda sendiri
boleh bayangkan dan fikirkan akan kebenarannya.
Seperti
mana yang telah diceritakan di atas, seandainya kita hendak menulis dengan
pena tentang perancangan mereka, sememangnya kita tidak dapat menghuraikan
sepenuhnya di atas kertas atau pena maya ini. Perhatikanlah sedikit demi
sedikit tentang apa yang telah dipaparkan melalui artikel ini, dan juga
nasihat baik terus menyusuli perjalanan orang-orang terdahulu beriman dengan
Allah s.w.t.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan