Soalan:
Wanita-wanita berpurdah itu SEMPURNA ke? Jawapannya tidak...apabila dia sudah
berpurdah, itu bukan maksudnya dia sudah Sempurna. Dia masih manusia biasa yang
kadang-kadang terbuat silap dalam sedar atau tidak sedar. Tetapi apabila dia
sudah berpurdah, dia sebaik-baiknya mengelak dari membuat kesilapan-kesilapan
yang "membatalkan" tujuan asal purdah itu. Maksudnya, dia eloklah
faham dengan konsep hijab, konsep bukan mahram dan beberapa benda lain yang
berkaitan dengan tujuan Purdah itu. Namun jika anda melihat dia membuat silap
dalam hal-hal sebegini, cubalah bersangka baik bahawa mungkin dia masih belum
faham konsep-konsep itu secara menyeluruh.
Contohnya, seorang Muslimah mungkin mendapat hidayah memakai niqab pada usia 16
tahun. Seawal usia itu dia sudah nampak kebaikan niqab kepada dirinya. Namun,
itu tidak bermakna dia sudah faham dengan konsep "hijaab" secara
menyeluruh. Konsep hijab adalah sangat mendalam, adakalanya wanita-wanita yang
sudah berkahwinpun belum dapat memahaminya dengan sempurna. Justeru, niqabis
itu membuat benda-benda yang TIDAK sepatutnya dibuat oleh seorang yang
berpurdah (contohnya berinteraksi bebas dengan lelaki ajnabi) itu mungkin
kerana dia belum faham sepenuhnya konsep-konsep asas di atas walaupun dia suka
dengan niqab. Adakalanya juga, seseorang niqabi itu terbuat kesilapan yang
tidak disedarinya sehinggalah rakan tolong mengingatkan. Kesimpulan: Berpurdah
bukan bermakna seorang Muslimah itu telah mencapai kesempurnaan, malah selepas
berpurdah pun dia masih bekerja keras untuk memperbaiki dirinya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan