Definasi
seorang Ulama
Seorang
Ulama layak dipanggil sekiranya dia ada ciri-ciri berikut :
1.
Aqidahnya adalah Aqidah Rasulullah, para sahabat, ulama Imam 4 Mazhab, Ulama
Salafusolleh, Aqidah Ahlul sunnah Waljamaah Iaitu Aqidah Asya'irah &
Makhturidi'ah.
2.
Ilmunya yang bersanad ( rujukan daripada guru kepada guru, sehinggalah Ulama
salafusolleh, sahabat dan sehingga datang daripada Rasulullah Sallallahu^alaihi
Was^sallam).
Sumber rujukkan kitab-kitabnya adalah sumber Ulama Mukhtabar (Ahlul Sunnah Waljamaah)
Sumber rujukkan kitab-kitabnya adalah sumber Ulama Mukhtabar (Ahlul Sunnah Waljamaah)
3.
Amanah dengan Ilmu, lidahnya tidak lepas daripada Ilmu, amanah dengan ilmunya,
yang batil tetap batil, yang Haq tetap Haq. Bila dia tidak tahu menjawab
sebarang pertanyaan muridnya dia akan berkata "nanti saya akan rujuk
semula." Dia tidak sewenang-wenangnya menyampaikan pada umum sekiranya dia
was-was atau tidak tahu dengan jawapannya.
4.
Akhlaknya, dia sentiasa menyemai akhlak terpuji. Bersikap tawaduk, merendah
diri, Menjaga lisannya tidak mengutuk salah orang lain, Tidak mendoakan
kecelakaan orang, malah mendoakan kebaikan orang walaupun orang itu mengutuk
dan mencacinya. Tidak terlibat dengan duniawi yang menjerumus kepada fitnah
mengfitnah, aib mengaibkan, malah menjauhinya daripada terlibat dengan sebarang
yang memudaratkan dirinya dan akidahnya. Sentiasa berpesan-pesan ke arah
kebaikan, malah mengajak umat bersatu, berkasih sayang seperti mana yang
dituntut Rasulullah Sallallah^ualaihi wassalam.
5.
Memuliakan dan mencintai Rasulullah Sallallah^ualaihi wassalllam, dia akan
menyemai cinta pada Rasul dengan Mengamalkan Sunnah, dia akan mengajak
masyarakat agar bersama memuliakan Rasulullah Sallallahu^alaihi wassallam,
dengan Sirah-sirah, atau maulid atau qosidah dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan