Selawat
dan Salam teratur pada Baginda Rasulullahi Shallallahu 'Alaihi Wasallam beserta
keluarga, sahabat dan seluruh pengikutnya (umat) sampai akhir zaman.
Akhlak
adalah cerminan diri, di mana pada hakikatNya adalah kunci dari keperibadian
yang beriringan dalam jalan penghambaan pada Allah.
Sedikit
kisah tentang Hasan bin Ali ra. Hasan adalah seorang tokoh Islam yang sangat
dicintai oleh umat Islam. Sebagai seorang cucu Rasulullah saw, Hasan ibarat
permata, kerana memiliki budi pekerti yang mulia dan terpuji.
Dikisahkan
pada suatu hari, Hassan sedang duduk di muka pintu rumahnya. Tiba-tiba datang
seorang pemuda Badwi. Ia (pemuda itu) lalu mencacinya dan juga kedua ibu
bapanya.
Anehnya,
Hasan hanya mendengar tanpa sedikitpun berubah wajahnya atau membalas
kata-katanya itu.
Hasan
berkata kepada orang itu:
"Wahai
Badwi, apakah kamu lapar atau haus? Atau adakah sesuatu yang merisaukan
hatimu?"
Si
Badwi tidak mempedulikan perkataan Hasan. la terus memaki Hasan. Akhirnya,
Hasan menyuruh pembantu rumahnya membawa bungkusan yang berisi wang perak.
Bungkusan itu lalu diberikan kepada Badwi sambil berkata:
"Wahai
Badwi, maafkanlah saya. Ini saja yang saya miliki. Jika ada yang lebih tidak
akan saya sembunyikannya darimu."
Sikap
Hasan itu akhirnya melembutkan hati Badwi. la menangis terisak-isak dan sujud
di kaki Hasan sambil berkata:
"Wahai
cucu Baginda Rasulullah saw, maafkanlah aku berlaku kasar terhadapmu.
Sebenarnya aku sengaja melakukan ini untuk menguji kebaikan budi pekertimu
sebagai cucu baginda Rasul yang aku kasihi. Sekarang aku yakinlah bahawa engkau
mempunyai budi pekerti yang sangat mulia."
SubhanALLAH..!!
Betapa
keburukan akan tunduk bersimpuh pada kebaikan, sebagaimana api padam oleh air.
Mudah-mudahan
Allah Subhanahu Wa-Taala mengkurniai kebaikan dan bagusnya Akhlak pada hati
kita dan segenap diri ini, agar dapat kita gunakan pada kehidupan dunia yang
sangat singkat ini.
Semoga
ada manfaatnya dari tulisan ini, sebagai pengingat juga pembelajaran diri, dan
semoga Allah Subhanahu WaTaala membuka pintu hati kita yang telah lama
terkunci.
Aamiin
yaa Rabbal'alamin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan