MANDI
WAJIB. Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya? Jangan Pandang Remeh Bab ni..... Kita
berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. Mandi wajib yang betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang
mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah
air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya
dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia
mesti dilakukan dalam kedua-kedua keadaan bagi membolehkan seseorang itu
meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49,
menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di
Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam
yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah
kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air ke seluruh
anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan
oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan
mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri
Keramat Kuala Lumpur. Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah
tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya
mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib
seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat.
Kedua, menghilangkan najis di badan.
Ketiga, meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat
hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah
Taala.” Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana-mana bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi
wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala
bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku
mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala.” Niat itu jika dilambatkan atau
ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota
badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah
memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota
badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga
tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang
ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat
Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh
dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu
boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air
ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada
di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau
sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib
dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu
bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada
kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah
kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula
boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yang diwarnakan pula selain
inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan
dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu,
seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak
mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.
Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya.
Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya
tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai
ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi
pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi
dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika
dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,
bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan
bahawa solat dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang
berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah
atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh
umat Islam. Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz
Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab
melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar
air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum
perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada
air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang
bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi
diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia
dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya
ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum
tidur adalah makruh.
Panduan
Tambahan :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri
dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan langsung
dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat,
berzikir, dan berdoa.
2. Untuk menghilangkan stress,
perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita
mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir
dan doa.
3. Untuk pelembab, agar awet muda,
gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan
‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah
sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan
kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak
menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang
teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih
bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal,
perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan
salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu
atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Solat Sebenarnya memeliharakan
taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati
dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya,
sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang
indah-indah di dalam kubur.
5. Rukuk Sebagai tikar kita di dalam
kubur.
6. Ikhtidal Akan memberi minuman air
dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika
menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung
panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi
kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi
soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api
neraka di dalam kubur.
12. Salam Memelihara kita di dalam
kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan
Allah S.W.T.
“Senarai di atas adalah salah satu sebab
mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “FRIDAY
the 13th” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka
yang memberi manfaat kepada manusia lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan