Jika suami memberi saya saranan agar memakai bedak dan
lipstik jika pergi keluar bersamanya. Apakah
itu termasuk tabarruj?
Daripada : D.
Jawapan:
Apa itu Tabarruj?
Kata tabarruj Allah sebutkan dalam al Quran di surat al Ahzab,
Daripada : D.
Jawapan:
Apa itu Tabarruj?
Kata tabarruj Allah sebutkan dalam al Quran di surat al Ahzab,
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“Hendaklah
kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj dan
seperti tabarruj orang-orang Jahiliyah yang dahulu…”
(QS. Al-Ahzab: 33)
Al-Qurthubi menjelaskan makna at-tabarruj secara bahasa, beliau mengatakan,
Al-Qurthubi menjelaskan makna at-tabarruj secara bahasa, beliau mengatakan,
وَالتَّبَرُّجُ: التَّكَشُّفُ وَالظُّهُورُ لِلْعُيُونِ، وَمِنْهُ: بُرُوجٌ مُشَيَّدَةٌ. وَبُرُوجُ السَّمَاءِ وَالْأَسْوَارِ، أَيْ لَا حَائِلَ دُونَهَا يَسْتُرُهَا
Tabarruj ertinya menyingkap dan menampakkan
diri sehingga terlihat pandangan mata. Contohnya kata: ’buruj musyayyadah’
(benteng tinggi yang kukuh), atau kata: ’buruj sama’ (bintang langit), ertinya
tidak penghalang apapun di bawahnya yang menutupinya.
(Tafsir al-Qurthubi,
12/309).
Sementara makna tabbaruj seperti yang disebutkan dalam ayat, Ibnul Jauzi dalam tafsirnya menyebutkan dua keterangan ulama tentang makna tabarruj,
Sementara makna tabbaruj seperti yang disebutkan dalam ayat, Ibnul Jauzi dalam tafsirnya menyebutkan dua keterangan ulama tentang makna tabarruj,
Pertama, Abu ubaidah,
التبرُّج: أن يُبْرِزن محاسنهن
“Tabarruj: wanita
menampakkan kecantikannya (di depan lelaki yang bukan mahram).”
Kedua, keterangan az-Zajjaj,
Kedua, keterangan az-Zajjaj,
التبرُّج: إِظهار الزِّينة وما يُستدعى به شهوةُ الرجل
“Tabarruj: menampakkan bahagian
yang indah (aurat) dan segala yang mengundang syahwat lelaki (non mahram).”
[Zadul Masir fi Ilmi at-Tafsir, 3/461].
[Zadul Masir fi Ilmi at-Tafsir, 3/461].
Berdasarkan keterangan di atas maka
segala upaya wanita menampakkan kecantikannya di depan lelaki lain yang bukan
mahram, termasuk bentuk tabarruj yang dilarang dalam ayat di atas. Kerana itu,
memakai pakaian ketat, pakaian transpren, atau menutup sebagian aurat, namun
aurat lainnya masih terbuka, atau obral make up ketika keluar rumah, semuanya
termasuk bentuk tabarruj yang dilarang dalam syariat.
Kecantikan wanita bukan untuk diumbar, sehingga dinikmati banyak mata lelaki jelalatan, namun kecantikan menjadi hak suami, sang imam bagi isterinya.
Dan bagi anda para suami, jadilah suami yang memiliki rasa cemburu, kerana itu bukti bahawa anda mencintai isteri anda.
Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina KonsultasiSyariah.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan