السلام عليكم
بِسْمِ ٱللَّهِ
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Tolong
sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah
mati.
“Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan
apa jua yang kamu lakukan.”
(Surah
2, AL BAQARAH : ayat 237)
Ali
bin Abi Talib r.a berkata : “Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para
sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan
orang-orang Yahudi, lalu berkata: ‘Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang
tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.’”
Lalu
Rasullullah S.A.W. bersabda: ‘Silakan bertanya.’
Berkata
orang Yahudi: ‘Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan
oleh Allah ke atas umatmu.’
Sabda
Rasullullah S.A.W.:
Solat
Zuhur – jika tergelincir ia matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada
Tuhannya,
Solat
Asar – itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,
Solat
Maghrib – itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap
mukmin yang bersolat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu
pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Solat
Isyak – itu ialah solat yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku,
Solat
Subuh – adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbitnya,
terbit di antara 2 tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.’
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
‘Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah
pahala yang akan di dapati oleh orang yang solat.
Rasullullah S.A.W bersabda:
‘Jagalah
waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat
itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan solat
pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari
Kiamat.’
Sabda
Rasullullah S.A.W. lagi: Manakala Solat Asar, adalah
saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang
mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang
baru lahir.’
Setelah
itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: ‘Jagalah waktu-waktu solat
terutama sekali solat yang pertengahan, Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi
Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan
solat Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
‘Sabda
Rasullullah S.A.W. Solat Isya’. Katakan
kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang
mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak
berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya
cahaya untuk menyeberangi titi sirath.’
Sabda
Rasullullah S.A.W. seterusnya Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan
solat subuh selama 40 hari secara berjamaah,
diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan
dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W maka mereka berkata:
‘Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan
pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas
umatmu?’
Sabda
Rasullullah S.A.W.:
‘Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.’
Kata
orang Yahudi: ‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini
terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’
Sabda
Rasullullah S.A.W.
‘Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T tujuh perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya
(daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.’
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.’
Kata
orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami
kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.’
Sabda
Rasullullah S.A.W.: ‘Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan
umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi
syafaat pada umat saya di hari kiamat).’
Kata
orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui
dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah,wa annaka Rasulullah (kami percaya
bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).’
Sumber: http://ummiadam.teratakrindu.net/
Otak
manusia seperti orang sedang bersujud. Tak percaya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan