Selama Ramadan, Imam Syafie
menghatamkan al Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.
Inilah ‘rahsia 40 Keajaiban Ramadan’
Selama Ramadan, ALLAH SWT memerintahkan seluruh penghuni syurga berhias.
Selama Ramadan, ALLAH SWT memerintahkan seluruh penghuni syurga berhias.
RASULULLAH SAW. bersabda:
“Adapun
yang keempat, sesungguhnya ALLAH ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurgaNya, Ia
berfirman:
“Bersiap-siaplah
dan hiasilah dirimu untuk para hambaKu, sehingga mereka boleh segera beristirehat
dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeriKu dan kemuliaanKu…”
[HR. Baihaqi].
Itulah sisi menarik keajaiban bulan
Ramadan yang tak banyak orang tahu.
1. Ramadan jalan menuju ketakwaan
ALLAH SWT berfirman:
Ertinya : “Wahai
orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas kaum sebelum kalian, agar kalian bertakwa.”
(Surah 2, AL BAQARAH : ayat 183)
Ayat di atas menerangkan bahawa puasa
adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketakwaan, kerana puasa
mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan
Imam Al Qurthubi, yang bersesuaian kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang
menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.
2.
Ramadan bulan mujahadah
Para ulamak salaf adalah suri teladan
bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadan amat perlu dicontoh.
Seperti Imam Asyafi’i, dalam bulan Ramadan beliau menghatamkan al Quran dua
kali dalam semalam, dan ini dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan
Ramadan beliau menghatamkan al Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu
Hanifah juga menghatamkan al Quran dua kali dalam sehari selama Ramadan.
3.
Puasa Ramadan menumbuhkan sifat amanah
Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh
Al Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di
hadapan ALLAH SWT, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi.
Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal
yang dilarang dalam berpuasa kecuali ALLAH SWT.
4.
Puasa Ramadan melatih disiplin diri
Puasa juga melatih displin diri,
Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum
dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasapun harus disegerakan.
5.
Puasa Ramadan menumbuhkan rasa solidariti sesama muslim
Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa
puasa Ramadan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan
ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan
puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, dikeranakan mereka
memiliki Rabb yang satu.
Seorang yang merasa lapar dan dahaga
akhirnya juga boleh merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan
atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang terhadap
umat Islam yang lain.
6.
Puasa Ramadan melatih kesabaran
Bulan Ramadan adalah bulan puasa di
mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya
halal, terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu
kita. RASULULLAH SAW. bersabda:
Ertinya : “Bila
seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata ‘Sesungguhnya aku
sedang puasa.”
(HR. Bukhari)
7.
Puasa Ramadan menyihatkan
RASULULLAH SAW bersabda:
Ertinya : “Berpuasalah,
maka kamu akan sihat.”
(HR. Ibnu Sunni),
Ada yang menyatakan bahawa hadits ini
dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai
dengan tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).
Tapi makna matan hadist boleh
diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah, tabib Arab
yang pernah mengabdi kepada RASULULLAH SAW. juga pernah menyatakan:
Ertinya : “Perut
adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya.”
8.
Lailatul Qadar adalah hadiah dari ALLAH
SWT untuk umat ini
Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al
Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah
mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada RASULULLAH
SAW., atau apa yang telah ALLAH SWT kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia
umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat
sebelumnya, maka ALLAH SWT memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik
daripada seribu bulan.”
(HR. Malik).
9. Ramadan bulan ampunan
Bulan Ramadan adalah bulan ampunan, RASULULLAH
SAW. bersabda:
Ertinya : “Dan
siapa yang berpuasa Ramadan dengan didasari keimanan dan pengharapan redha ALLAH,
diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”
(HR. Bukhari)
10. Siapa yang dilihat ALLAH SWT,
maka ia terbebas dari azabNya
Dari Jabir bin Abdullah ra. RASULULLAH
SAW. bersabda:
Ertinya : “Pada
bulan Ramadan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada
nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika ALLAH melihat mereka di
awal malam dari bulan Ramadan, dan barang siapa yang telah dilihat ALLAH maka
Ia tidak akan mengazabnya selamanya…”
(HR. Baihaqi).
11.
Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari misk di hadapan ALLAH SWT
RASULULLAH SAW. bersabda:
“…Yang
kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika petang hari lebih harum di hadapan ALLAH
daripada bau misk…”
(HR. Baihaqi).
12.
Di Bulan Ramadan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini
RASULULLAH SAW. bersabda:
“…Adapun
yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan
malam…”
(HR. Baihaqi).
13.
Di bulan Ramadan syurga berbenah diri
RASULULLAH SAW. bersabda:
Ertinya : “…Adapun
yang keempat, sesungguhnya ALLAH ‘AZZA WA JALLA memerintahkan syurgaNya, Ia
berfirman: “Bersiap-siaplah dan hiasilah dirimu untuk para hambaKu, sehingga
mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeriKu
dan kemuliaanKu…”
(HR. Baihaqi).
14.
Di malam akhir Ramadan ALLAH
SWT mengampuni umat ini
RASULULLAH SAW. bersabda:
Ertinya : “…Adapun
yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadan ALLAH memberi ampun
kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah
itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal
orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka
imbalannya akan dipenuhi.”
(HR. Baihaqi)
15.
Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu
RASULULLAH SAW. Bersabda:
Ertinya : “Jika
Ramadan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta
syaitan-syaitan dibelenggu.”
(HR. Bukhari).
Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi
Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna hakiki, iaitu
pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara hakiki,
sebagai tanda datangnya Ramadan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh
juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan
itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.
16.
Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajipan dan menghidupkan Ramadan
Datanglah seorang lelaki kepada NABI
SAW. Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi
bahawa tidak ada ilah selain ALLAH dan sesungguhnya anda adalah utusan ALLAH,
aku juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta
aku telah berpuasa Ramadan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah
saya? RASULULLAH SAW. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan
syuhada.”
(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
17.
Pahala amalan bulan Ramadan berlipat ganda
Dari Salman ra., bahawasannya RASULULLAH
SAW. berkhutbah di hari terakhir bulan Syaaban:
Ertinya : “Wahai
manusia, telah datang kepada kalian bulan agung yang penuh berkah. Bulan yang
terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang
ALLAH jadikan puasa di dalamnya sebagai kewajipan, dan qiyamul lail sebagai hal
yang disunnahkan, barangsiapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat
kebajikan, maka ia seperti mengerjakan kewajipan selainnya dan barangsiapa
mengerjakan kewajipan di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh
kewajipan selainnya…”
(HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
18.
Seluruh hari dalam Ramadan memiliki keutamaan
RASULULLAH SAW. bersabda:
Ertinya : “…Dia
adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan,
serta paripurnanya adalah pembebasan dari neraka…”
(HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
19.
Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa
Allah akan memberi minum kelak di
akhirat RASULULLAH SAW. bersabda:
Ertinya : “Dan
barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka ALLAH akan memberinya
dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga.”
(HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).
20.
Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadan
RASULULLAH SAW bersabda:
Ertinya : “Sebaik-baik
sedekah iaitu sedekah di bulan Ramadan.”
(HR.Tirmidzi).
21.
Doa mustajab di bulan Ramadan
Diriwatkan daripada Abu Umamah Ra, bahawa
RASULULLAH SAW. bersabda:
Ertinya : “…Dan
untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadan) doa yang
mustajab.”
(HR. Bazar).
RASULULLAH SAW juga bersabda:
Ertinya : “Tiga
yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil dan
doa orang yang terzalimi.”
(HR. Tirmidzi)
22.
Pahala umrah Ramadan sama dengan haji
RASULULLAH SAW. bersabda kepada
seorang wanita Anshar:
“Jika
datang Ramadan maka lakukanlah umrah, kerana sesungguhnya umrah dalam bulan itu
setaraf dengan haji.”
(HR. An Nasa’i).
23.
Pahala iktikaf di bulan Ramadan sama dengan pahala 2 haji dan umrah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Husain Ra. menyatakan, bahawa RASULULLAH SAW. telah bersabda:
Ertinya : “Barangsiapa
menjalankan iktikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadan maka amalan itu
seperti dua haji dan umrah.”
(HR. Baihaqi)
24.
Dalam Ramadan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)
ALLAH SWT berfirman:
Ertinya : “Lailatul
Qadar lebih baik daripada seribu bulan.”
(Al Qadr : 3).
Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili
menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadan dan melakukan amalan di dalamnya lebih
baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadan.
25.
Al Quran diturunkan pada bulan Ramadan
ALLAH SWT berfirman:
Ertinya : “Bulan
Ramadan yang diturunkan di dalamnya al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil.”
(Al Baqarah: 185)
Ibnu Katsir mengatakan bahawa ALLAH
SWT menyanjung bulan Ramadan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan
memilihnya sebagai bulan di mana al Quran diturunkan di dalamnya.
26.
Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadan
Rasulullah Saw. bersabda:
Ertinya : “Shuhuf
Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadan, dan Taurat turun pada hari
keenam bulan Ramadan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadan…”
(HR. Ahmad).
27.
RASULULLAH SAW mendapat wahyu pertama di bulan Ramadan
Ketika RASULULAH SAW mendekati umur 40
tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk
mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan
minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat
beruzlah, yang berjarak dua batu dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan
tiga tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun
ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al
Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada RASULULLAH SAW.
28.
Perang Badar terjadi pada bulan Ramadan
Perang Badar adalah pemisah antara
yang haq dan yang batil dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan,
meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekafiran dan kebodohan.
Peperangan terjadi pada hari Jumaat, 27 Ramadan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Taala berfirman:
Ertinya : “Dan
benar-benar ALLAH telah menolong kalian di Badar sedangkan kalian dalam keadaan
terhina, maka takutlah kalian kepada ALLAH, semoga kalian bersyukur.”
(Surah 3, ALI IMRAN : ayat 123)
Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari Jumaat, 27 Ramadan, dan saat itu juga terbunuh Firaun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.
29.
Mekah dikuasai pada bulan Ramadan
Fathul Mekah adalah peristiwa besar, ALLAH
SWT berfirman:
Ertinya : “Sesungguhnya
Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.”
(Surah Al Fath : ayat 1)
Sebagian mufasirin berpendapat bahawa
yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathul Mekah, walau ada sebahagian
ulamak yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiyah dan penaklukan negeri
Rom.
Peristiwa itu terjadi pada hari,
tanggal 20 atau 21 Ramadan, tahun kelapan hijrah. Saat itulah semua berhala
yang berada di sekitar Kaabah dihancurkan.
30.
Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadan
Tahun ke sepuluh hijriah pada bulan
Ramadhan RASULULAH SAW menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin
sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi
ajakan untuk memeluk Islam.
31.
Sebagian peristiwa dalam perang Tabuk terjadi pada bulan Ramadan
Ibnu Hisyam dalam Sirahnya menyebutkan
bahawa persiapan perang Tabuk dilakukan sejak bulan Rajab, tahun ke 9 hijriah
untuk mengadapi Rom. Saat itu adalah masa-masa sulit bagi kaum Muslimin di
Madinah, kerana mereka sedang dilanda masa paceklik, serta cuaca panas yang
amat menyengat, sehingga ada beberapa orang yang merasa berat hati untuk ikut
serta dalam peperangan, seperti Ka’ab bn Malik.
Walau banyak hambatan, pada akhirnya
kaum Muslimin pun berangkat ke Tabuk dengan jumlah yang cukup besar, iaitu
sekitar 30.000 tentera.
Namun setelah pasukan kaum Muslimin
sampai di Syam yang saat itu berada dalam kekuasaan Rom, pasukan musuh
berlindung di dalam benteng-benteng mereka dan enggan keluar. Sehingga Syam mampu
dikuasai dengan mudah oleh pasukan Islam dan kewajiban membayar jizyah
berlakukan kepada penduduk Syam yang saat itu beragama Nasrani.
32.
Penghancuran berhala Uzza di Bulan Ramadan
Ibnu Katsir menyebutkan dalam Al
Bidayah wa An Nihayah bahawa pada 5 hari terakhir di bulan Ramadan tahun ke
lima hijrah RASULULAH SAW mengutus sejumlah pasukan yang dipimpin oleh Khalid
bin Walid guna menghancurkan rumah peribadatan yang digunakan untuk menyembah
Uzza. Dan RASULULAH SAW bersabda: “Uzza itu tidak akan diibadahi selamanya!”
33.
Penghancuran Latta di Bulan Ramadan
Ibnu Katsir menyebutkan dalam Al
Bidayah wa An Nihayah, bahawa pada tahun ke sembilan hijrah di bulan Ramadan
datanglah utusan kabilah Tsaqif dari Thaif kepada RASULULAH SAW untuk
menyatakan keislaman.
Kerana kabilah Tsaqif sudah memeluk
Islam maka RASULULAH SAW dan para sahabat berinisiatif untuk menghancurkan
berhala Latta yang biasa mereka sembah, akan tetapi mereka minta izin untuk
menghancurkan berhala mereka sendiri, akhirnya RASULULAH SAW pun mengizinkan.
Tak lama kemudian, kabilah Tsaqif menghancurkan berhala mereka sendiri.
34.
Andalus ditaklukkan pada bulan Ramadan
Pada 27 Ramadan tahun 92 H, pasukan
Islam yang dipimpin oleh Thariq bin Ziyad berhasil memasuki Andalus dari arah
pesisir, ini adalah hal yang diluar dugaan, sehingga Roderick, penguasa
Visigoth Sepanyol segera mempersiapkan pasukannya yang berjumlah 25.000.
Setelah menguasai Jabal Thariq dan
membakar kapal-kapal yang telah digunakannya, Thariq bin Ziyad berkhutbah di
depan pasukannya: “Lautan di belakang kalian! Musuh di depan kalian!…”. Lalu
pecahlah pertempuran antara 12.000 pasukan Muslimin melawan 100.000 tentara
Roderick. Yang berakhir dengan tercerai-berainya pasukan Visigoth dan tewasnya
Roderick.
35.
Pasukan Islam di Andalus mengalahkan Faranjah di bulan Ramadan
Di pagi hari Jumaat 20 Ramadan 479 H
terjadi peristiwa Zalaqah (iaitu dataran dekat wilayah Portugis). Di mana pasukan
Islam yang melakukan penjagaan di wilayah Andalus yang dipimpinan Yusuf
bin Tasyifin berhasil mengalahkan pasukan Faranjah (Franks) yang berjumlah
80.000 tentara yang dipimpin oleh Alfons VI yang juga tewas dalam pertempuran
itu.
36.
Pasukan Monggol dihancurkan di Palestin pada bulan Ramadan
Hari Jumaat 15 Ramadan 658 H pasukan
Muslim yang dipimpin Saifuddin Qutuz, penguasa dinasti Mamalik di Mesir,
berhasil menghancurkan 20.000 tentara Mongol yang dipimpin oleh Qitbuqa.
Para sejarawan menganggap bahawa
peristiwa ini amat penting dalam sejarah penaklukan Bangsa Monggol di Asia
Tengah, di mana pasukan Monggol mengalami kekalahan telak atas kaum Muslimin
dan tidak mampu membalas kekalahan itu, sebagaimana yang biasa mereka alami,
hingga panglima perangnya Qitbuqa berhasil dieksekusi.
Peperangan ini terjadi di ‘Ain Jalut, iaitu
sebuah desa yang terletak antara Bisan dan Nablus. Sehingga peperangan ini
dikenal dengan peristiwa ‘Ain Jalut.
37. Pengepungan 60 ribu pasukan Rusia digagalkan oleh 15 ribu pasukan
Utsmani 23 Ramadan 1270 H
Pada hari ini kekuatan militer Rusia
di bawah pimpinan Marsyal Bernes menghentikan kepungannya terhadap kota
Selestriya yang terletak di wilayah Qorum, pengepungan yang terjadi selama 35
hari ini tidak membawa dampak yang bererti bagi kekuatan Khalifah Utsmaniyah, walaupun
kekuatan militer Rusia mencapai 60 ribuan tentara berhadapan 15 ribu
tentara Utsmaniyah yang kebanyakan berasal dari Mesir. Pelajaran yang dapat
dipetik adalah kekuatan yang sedikit mampu mengalahkan kekuatan yang besar.
38.
Anthokiah jatuh ke tangan kaum Muslimin di bulan Ramadan
Pemerintahan Anthokiah didirikan oleh
Pangeran Wormandi Buwaihimund pada tahun 491 H. Kota ini merupakan kota
termegah dengan dikelilingi benteng yang sangat kuat dan dijaga oleh
ribuan pasukan secara bergiliran siang dan malam. Walaupun kondisinya demikian
kaum Muslimin berhasil menaklukan daerah ini dengan izin Allah Taala di bawah
panglima perang Dhohir Bibris. Terhitung empat puluh ribuan mati dan tertawan
dari pihak musuh. Kemenangan ini merupakan kemenangan terbesar setelah
kemenangan Hitthin. Peristiwa ini terjadi pada tanggal 14 Ramadan 666 H.
39.
Mesir menghancurkan kekuatan Isreal di Suez pada bulan Ramadan
Pada tanggal 10 Ramadan yang
bertepatan dengan 6 Oktober 1973 tentara Mesir mampu menembus terusan Suez dan
menghancurkan benteng Berlif serta menghancurkan kekuatan tentara Israel.
Begitu pula tentara Suriah mampu membebaskan beberapa wilayahnya dari tangan
Israel. Rakyat Mesir mengenang peperangan ini dengan peristiwa Abour.
Setelah peristiwa ini Israel mulai
menyadari kekuatan Mesir dan dataran Sinai kembali ke pangkuan Mesir.
40. Proklamasi kemerdekaan Indonesia
dikumandangkan dalam bulan Ramadan Dan kemerdekaan Negara Malaysia tercinta
telah diistiharkan pada bulan Ramadan yang Mulia.
Suntingan dari blog Islamik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan