Baru-baru ini saya ada mendengar ceramah
Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, di dunia ini, jangan
asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk
selesa di kubur.
Amalkan 3 perkara ini:
1. Baca Al Quran sebelum subuh
Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini,
malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua
amalan yang kita pernah amalkan kecuali Al Quran yang dibaca sebelum subuh. Al
Quran akan jadi peguambela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.
2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam
Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di
dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula
dikabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang,
rupanya itu suara Al Quran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.
3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat
Keadaan kubur akan menghijau dan luas
asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan
solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?
Saudara/saudari/adik kakak,
Saya, anda dan kita semua memang selalu
leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Ingat, kita
tengah menunggu giliran. Ramai sudah kaum kerabat, saudara mara, jiran
tetangga, rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita yang telah meninggalkan kita.
Telah ke alam yang kekal abadi. Alam Barzah. Giliran kita ke berapa? Kita tidak
tahu. Adakah giliran yang ke 1 juta atau tinggal beberapa sahaja lagi. Tunggu
giliran. Malaikat maut semakin menghampiri kita, hanya menunggu masa untuk
mencabut nyawa.
Tapi tulah, dah
bersediakah kita?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan