Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam
banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami
dengannya yakni ayat-ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu
melihat dengannya (al-Quran atau bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai
telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya (al Quran, ajaran dan nasihat);
mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka
itulah orang-orang yang lalai.”
(Al-A’raf 7: 179)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka
mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka itu
hanyalah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi.”
(Al-Furqan 25: 44)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang
beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai; dan sebaliknya orang-orang yang kafir menikmati
kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang
ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.
(Muhammad 47: 12)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan