Syirik merupakan perbuatan yang paling dibenci oleh Allah SWT
kerana orang yang berbuat syirik bererti mensejajarkan Allah SWT dengan hal
lain. Dengan kata lain, orang yang syirik tidak mengakui keEsaan Allah SWT,
sehingga dalam hidupnya ia bergantung pada apa selain Allah Yang Maha Esa.
Syirik juga bererti menyamakan Allah SMT dengan hal-hal lain.
Hukum Syirik
Syirik jelas adalah perbuatan dosa besar, terutama
jika sampai keluar daripada agama Islam sehingga jelas bahawa hukumnya adalah
haram. Merupakan dosa besar jika seseorang berbuat syirik terhadap Allah SWT.
Jika seseorang benar-benar memiliki iman yang kuat, tidak mungkin ia berbuat
sehina itu dengan menyekutukan Allah SWT dengan apapun. Sungguh orang yang
syirik adalah mereka yang sudah sangat tersesat dan tak mendapatkan petunjuk.
Orang yang berbuat syirik adalah benar-benar sudah
buta mata hatinya. Padahal, Allah SWT memiliki tiga (3) kekhususan yang tidak
boleh disetarakan, disejajarkan, ataupun dibandingkan dengan makhluk, benda,
serta apapun yang ada di seluruh jagat raya ini. Tiga kekhususan tersebut
adalah;
Kekhususan dalam Rububiyyah Allah
Allah SWT adalah pencipta dari seluruh yang ada di
jagat raya, yang memberikan rezeki, menghidupkan dan mematikan makhluk. Allah SWT
adalah satu-satunya yang mengatur seluruh alam semesta.
Kekhususan dalam Uluhiyyah Allah
Satu-satunya tujuan kita beribadah adalah hanya
kepada Allah SWT. Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan yang berhak dan wajib
kita sembah. Tiada ada yang lain selain Allah SWT, Tuhan semesta alam. Oleh
sebab itu, segala bentuk ibadah yang kita lakukan baik itu solat wajib lima
waktu, puasa, zakat, solat sunat, sedekah, zikir, doa, dan lain sebagainya
hanya boleh kita tujukan ke hadrat Allah SWT saja.
Kekhususan dalam Asma’ dan Sifat Allah
Ada 99 Asma’ Allah dan 20 sifat wajib yang harus
kita ketahui, serta bahawasanya kesemua sifat itu tidaklah boleh kita
persamakan dengan makhluk atau benda apapun di jagat raya ini.
Jenis – Jenis Syirik
1. Syirik Akbar
Hakikat daripada syirik akbar adalah menjadikan
selain daripada Allah SWT sebagai tujuannya dalam beribadah, misalnya; memohon
dan bernazar sesuatu kepada selain Allah SWT, takut kepada kuburan, jin, atau syaitan
serta percaya bahawa semua itu boleh memberi bahaya. Syirik ini menyebabkan
seseorang terkeluar daripada agama Islam sehingga jika ia mati dalam keadaan
demikian maka akan kekal di dalam neraka.
Syirik ini menjadi penyebab keluarnya seseorang
dari agama Islam, dan orang yang bersangkutan jika mati dalam keadaan demikian,
akan kekal di dalam neraka. Macam-macam syirik akbar:
a. Syirik saat berdoa
Yakni orang yang meminta, memohon, dan memanjatkan
hajatnya dalam doa dengan tujuan kepada selain Allah SWT. Padahal tiada yang
kuasa mengabulkan semua doa kecuali Allah SWT. Allah SWT berfirman yang ertinya;
“Dan
orang-orang yang kamu seru selain Allah tiada mempunyai apa-apa meskipun
setipis kulit ari. Jika kamu meminta kepada mereka, mereka tiada mendengar
seruanmu, dan kalau mereka mendengar mereka tidak dapat memperkenankan
permintaanmu.”
(Q. S. Faathir : 13-14)
b. Syirik dalam sifat Allah SWT
Salah satu sifat wajib pada zat Allah SWT adalah
Allah Maha Mengetahui. Segala sesuatu yang ada di jagat raya, baik yang kecil
mahupun besar, terlihat mahupun tak nampak, Allah SWT mengetahui kesemuanya.
Ketika seseorang percaya bahawa peramal boleh melihat masa depan dan ia
mempercayainya, maka itu adalah syirik.
Sama halnya kita seseorang mempercayai bahawa Nabi
dan Rasul mengetahui perkara-perkara ghaib yang tidak boleh diketahui oleh
manusia seperti halnya Allah SWT. Padahal, sudah jelas ditegaskan bahawa sifat
wajib Allah SWT bererti hanya Allah SWT yang memilikinya. Tidak pada Nabi, mahupun
Rasul.
c. Syirik dalam Kecintaan
Allah SWT itu pencemburu sehingga
Ia tidak menyukai jika hambaNya mencintai selain kepadaNya. Baik itu orang tua,
saudara, suami, isteri, sahabat, pimpinan, atau siapapun. Janganlah mencintai
secara berlebihan selain kepada Allah SWT. Cinta kepada sesama mahkluk ciptaan
Allah SWT tidak boleh disetarakan apalagi kurang dibandingkan dengan kecintaan
kepada Allah SWT. Adapun firman Allah SWT yang ertinya;
“Dan
di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain
Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun
orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.”
(Q. S. Al-Baqarah: 165)
d. Syirik dalam ketaatan
Yakni patuh dan tunduk kepada selain Allah SWT,
baik itu ilmuan, ulama, atau siapapun. Tindakan seperti ini sangat mirip dengan
perbuatan menyembah berhala. Adapun firman Allah SWT yang ertinya;
“Mereka
menjadikan orang-orang alim, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain
Allah.”
(Q. S. At-Taubah: 31)
e. Syirik khauf (takut)
Ketakutan yang dimaksud tentu adalah takut kepada selain
Allah SWT misalnya takut pada mayat, kuburan, syaitan, dan menganggap bahawa
kesemua itu boleh menyebabkan bahaya atau mudharat pada
dirinya. Termasuk juga takut pada seseorang secara berlebihan sampai
menyebabkan kelalaian terhadap kewajipannya sendiri. Hal ini biasa terjadi pada
seorang yang bekerja dan takut pada atasannya, sampai meninggalkan solatnya.
2. Syirik Ashghar
Merupakan semua perbuatan mahupun ucapan yang oleh
syarak dinyatakan sebagai perbuatan syirik namun tidak sampai menyebabkan
keluar daripada agama Islam, namun boleh menjadikan sebagai pengantar daripada
dosa syirik akbar.
Macam-macam syirik asghar:
Zhahir (nyata)
Yakni ketika seseorang
mengucap sumpah atas selain kerana Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda yang ertinya;
“Barangsiapa
yang bersumpah dengan selain nama Allah, maka ia telah berbuat syirik.”
(H. R. Ahmad, Shahih)
Selain itu, menggunakan benda-benda atau tangkal (jimat)
seperti gelang atau kalung yang dipakai dengan niat sebagai penangkal bahaya
atau penyakit juga termasuk dalam syirik asghar.
Khafi (tersembunyi)
Syirik jenis ini sumbernya berada di dalam hati
seseorang, boleh saja berupa niatan semata atau memang kepercayaan namun tak
ditunjukkan oleh perbuatan (hanya di dalam hati), misalnya riak yang
tersembunyi dalam hati.
Bahaya dari
Perbuatan Syirik
1. Syirik Ashghar
Amal ibadahnya rosak. Sungguh rugi orang yang
berbuat syirik kerana sesungguhnya amal ibadah yang telah ia kerjakan menjadi rosak
akibat perbuatan syiriknya. Adapun firman Allah SWT yang ertinya;
“Dan
sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi) sebelummu jika kamu
berbuat syirik nescaya akan terhapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk
orang-orang yang merugi.”
(Q. S. Az-Zumar : 65 )
Syirik asghar atau boleh juga disebut syirik kecil
tetap akan terkena nampak daripada dalil-dalil mengenai perbuatan syirik
sehingga orang yang berbuat hanya akan terus menumpuk dosa jika tidak segera
bertaubat.
Menjadikan jembatan menuju
perbuatan dosa besar yang tak akan termaafkan (syirik akbar).
2. Syirik Akbar
Merupakan perkara pertama yang diharamkan oleh
Allah SWT. Firman Allah SWT yang ertinya;
“Katakanlah:
Rabbku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun
tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar,
(mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan
hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang
tidak kamu ketahui.”
(Q.S. Al-Araaf : 33)
Merupakan sebuah tindakan zalim yang teramat besar
yang menghancurkan seluruh amal ibadah. Allah SWT berfirman yang ertinya;
“Sesungguhnya
syirik itu kezaliman yang besar.”
(Q. S. Luqman : 13)
Merupakan dosa besar yang tak terampuni oleh Allah
SWT sehingga apabila meninggal dalam keadaan syirik besar, maka ia akan
diharamkan untuk masuk syurga. Allah SWT berfirman yang ertinya;
“Sesungguhnya
barang siapa menyekutukan Allah, maka pasti Allah mengharamkan jannah (syurga)
baginya dan tempatnya adalah neraka, dan tidak ada bagi orang-orang zalim itu
seorang penolong pun.”
(Q. S. Al-Maidah : 72)
Orang yang berbuat syirik akbar akan kekal di
neraka sesuai dengan firman Allah SWT yang ertinya;
“Sesungguhnya
orang kafir, yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka
jahannam, mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk.”
(Q. S. Al-Bayyinah: 6)
Yang melakukan perbuatan syirik akbar merupakan
orang-orang yang termasuk ke dalam golongan yang kotor akidahnya. Allah SWT
berfirman yang ertinya;
“Hai
orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.”
(Q. S. At-Taubah : 28)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan