Di antara bahaya
kesyirikan yang membuatnya menjadi perkara paling berbahaya bagi setiap
manusia, adalah bahawa orang yang meninggal dunia dalam keadaan membawa dosa
selain syirik maka boleh jadi Allah SWT adzab atau boleh jadi Allah SWT ampuni.
Adapun dosa syirik, maka tidak Allah SWT ampuni. Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ
يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ
بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
“Sesungguhnya Allah tidak akan
mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik)
itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah,
maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”
(QS.
An Nisa: 48)
Syaikh Abdul Aziz bin Baz
berkata tentang ayat ini:
وقد دلت هذه الآية الكريمة على
أن جميع الذنوب التي دون الشرك تحت مشيئة الله سبحانه، وهذا هو قول أهل السنة
والجماعة، خلافا للخوارج والمعتزلة ومن سلك مسلكهما من أهل البدع
“Ayat yang mulia ini
menunjukkan bahawa seluruh dosa selain syirik itu di bawah kehendak Allah SWT. Ini adalah keyakinan Ahlussunnah
wal Jama’ah. Berbeza dengan keyakinan Khawarij dan orang-orang yang mengikuti
manhaj Khawarij dari kalangan ahlul bid’ah.”
(Majmu’ Fatawa Mutanawwi’ah, 10/70)
Allah SWT juga
berfirman:
إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ
فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا
لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
“Sesungguhnya orang yang
berbuat syirik terhadap Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga,
dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang
penolongpun.”
(QS.
Al Maidah: 72)
Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan ayat
ini:
أي فقد أوجب له النار وحرم عليه
الجنة كما قال تعالى ” إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء”
“Maksudnya, Allah SWT wajibkan
mereka (orang yang berbuat syirik) masuk neraka dan Allah SWT haramkan
mereka masuk syurga. Sebagaimana Allah SWT juga berfirman (yang ertinya):
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala
dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya.”
(Tafsir
Ibnu Katsir)
Sebagaimana juga dijelaskan
dalam hadits dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu,
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
الظلمُ ثلاثةٌ ، فظُلمٌ لا
يغفرُهُ اللهُ ، وظلمٌ يغفرُهُ ، وظلمٌ لا يتركُهُ ، فأمّا الظلمُ الذي لا يغفرُهُ
اللهُ فالشِّركُ ، قال اللهُ : إِنَّ الْشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ ، وأمّا الظلمُ
الذي يغفرُهُ اللَّهُ فَظُلْمُ العبادِ أنفسُهمْ فيما بينهُمْ وبينَ ربِّهمْ ،
وأمّا الظلمُ الّذي لا يتركُهُ اللهُ فظُلمُ العبادِ بعضُهمْ بعضًا حتى يَدِينَ
لبعضِهِمْ من بعضٍ
“Kezaliman ada tiga: kezaliman
yang tidak Allah ampuni, kezaliman yang Allah ampuni dan
kezaliman yang tidak mungkin dibiarkan oleh Allah.
Adapun kezaliman yang tidak
Allah ampuni, itu adalah kesyirikan. Allah berfirman:
kesyirikan adalah kezaliman yang paling fatal.
Adapun kezaliman yang Allah ampuni adalah
kezaliman seorang hamba pada dirinya sendiri, antara ia dengan Allah.
Adapun kezaliman yang tidak mungkin
dibiarkan oleh Allah adalah kezaliman hamba pada orang lain sampai kezaliman
tersebut terbayar.”
(HR.
Abu Daud Ath Thayalisi [2223], Abu Nu’aim dalam Al Hilyah [6/ 309], dihasankan
Al Albani dalam Shahih Al Jami’ no. 3961)
Allah SWT Ampuni Pelaku Kesyirikan Yang
Bertaubat
Ayat-ayat dan hadits di atas
adalah mengenai orang yang mati dalam keadaan belum bertaubat dari kesyirikan.
Maka mereka wajib diazab di neraka. Adapun orang yang sudah bertaubat dari
kesyirikan, tetap Allah SWT ampuni.
Allah SWT berfirman:
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ
أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ
اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah: Hai hamba-hambaKu
yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa
dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS.
Az Zumar: 53)
Sebagaimana dalam hadits daripada
Jabir bin Abdillah radhiallahu’anhu,
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
مَن مات لا يشركُ باللهِ شيئًا
دخل الجنةَ ، ومَن مات يشركُ باللهِ شيئًا دخل النارَ
“Barangsiapa yang mati, tanpa
berbuat syirik kepada Allah sedikitpun, ia masuk syurga. Barangsiapa yang mati
dalam keadaan membawa dosa syirik, maka ia masuk neraka.”
(HR. Muslim
no. 93)
Hadits ini menunjukkan ancaman
neraka itu bagi orang yang mati dalam keadaan membawa dosa syirik. Syaikh
As Sa’di menjelaskan surah An Nisa
ayat 48 di atas:
وهذه الآية الكريمة في حق غير
التائب، وأما التائب، فإنه يغفر له الشرك فما دونه كما قال تعالى: { قُلْ يَا
عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ
اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا } أي: لمن تاب إليه وأناب.
Ayat yang mulia ini bicara
tentang orang yang belum bertaubat. Adapun orang yang sudah bertaubat dari
kesyirikan, maka Allah SWT ampuni dosa syiriknya dan dosa lainnya. Sebagaimana
firman Allah SWT (yang ertinya):
“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu
yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa
dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Az Zumar: 53)
Iaitu bagi orang yang bertaubat
dan berinabah.”
(Tafsir
As Sa’di)
Sebagaimana para sahabat
Nabi ridhwanullah ‘alaihim
‘ajma’in, dahulu mereka berada dalam kesyirikan di masa jahiliyah. Namun
mereka telah menerima Islam dan bertaubat dari kesyirikan, kemudian menjadi
orang-orang yang Allah SWT redhai.
Allah SWT berfirman tentang
para sahabat Nabi:
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ
مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي
تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“Orang-orang yang terdahulu
lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan
orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan
merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga yang
mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya.
Itulah kemenangan yang besar.”
(QS.
At Taubah: 100)
Menunjukkan bahawa orang yang
bertaubat dari kesyirikan sebelum ajalnya, akan Allah SWT ampuni dosanya, bahkan menjadi orang yang lebih mulia.
Pelaku Kesyirikan Ada Dua Macam
Berdasarkan hadits Jabir di
atas, orang yang mati dalam keadaan membawa dosa syirik, wajib masuk neraka.
Namun keadaan mereka dirinci. Jika kesyirikan yang mereka lakukan adalah syirik
ashghar maka mereka akan dikeluarkan dari neraka, kerana syirik ashghar
tidaklah menafikan tauhid secara total. Syaikh Muhammad bin Shalih Al
Utsaimin mengatakan:
كل عمل قولي أو فعلي أطلق عليه
الشارع وصف الشرك لكنه لا ينافي التوحيد منافاة مطلقة
“Syirik ashghar adalah setiap
amalan, baik berupa perkataan atau perbuatan, yang disebut sebagai kesyirikan
oleh syariat, atau disifati dengan kesyirikan, namun tidak menafikan tauhid
secara total.”
(Syarah Kasyfusy Syubuhat dan Al Ushul As
Sittah, hal. 115)
Sedangkan Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
يَخْرُجُ مِن النارِ مَن قال: لا
إلهَ إلا اللهُ ، وفي قلبِه وزنُ شعيرةٍ مِن خيرٍ ، ويَخْرُجُ مِن النارِ مَن قال:
لا إله إلا الله ، وفي قلبِه وزنُ بُرَّةٍ مِن خيرٍ ، ويَخْرُجُ مِن النارِ مَن
قال: لا إلهَ إلا اللهُ ، وفي قلبِه وزنِ ذرَّةٍ مِن خيرٍ
“Akan dikeluarkan dari neraka
orang yang mengucapkan Laa ilaaha
illallah dan di dalam hatinya ada sebiji gandum kebaikan, akan dikeluarkan
dari neraka orang yang mengucapkan Laa
ilaaha illallah dan di dalam hatinya ada sebiji burr kebaikan, akan dikeluarkan
dari neraka orang yang mengucapkan Laa
ilaaha illallah dan di dalam hatinya ada sebiji sawi kebaikan.”
(HR.
Bukhari no. 44)
Maka orang yang mati dalam
keadaan membawa dosa syirik, wajib diazab di neraka sebagaimana ditunjukkan
oleh ayat-ayat dan hadits-hadits. Namun jika kesyirikan yang ia lakukan adalah
syirik ashghar, mereka tidak kekal di neraka. Adapun jika syirik akbar –wal ‘iyyadzu
billah– maka mereka kekal di neraka. Syaikh Muhammad bin Abdil Aziz Al
Qar’awi rahimahullah menjelaskan:
من مات على الشرك دخل النار فإن
كان شركا أكبر خلد فيها و إن كان شركا أصغر عذب ما شاء الله له أن يعذب ثم يخرج
“Orang yang mati membawa dosa
syirik maka ia masuk neraka. Jika syiriknya syirik akbar maka ia kekal di
neraka, jika syiriknya syirik asghar maka ia diazab sesuai kehendak Allah SWT kemudian ia dikeluarkan dari
neraka.”
(Al Jadid Syarah Kitab At Tauhid, 59)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan