AL GHONIY ( الغنى )
ALLAH Yaa Ghoniy Yang Maha Kaya memiliki
seluruh kekayaan langit dan bumi. Kekayaan yang ada pada orang kaya itu adalah
kekayaanNYA. DIA mampu memberi kekayaan kepada sesiapa yang DIA kehendaki dan
mengambil kembali kekayaan tersebut. Kekayaan ALLAH tidak mampu dilihat dengan
mata kasar kerana yang nampak itu hanyalah terlalu sedikit dari kekayaanNYA
yang ada.
Menghayati sifat ALLAH Yaa Ghoniy akan
melahirkan manusia yang sentiasa merasa cukup dengan rezeki dan anugerah ALLAH
kepadaNYA yang menyebabkan mereka tidak meminta-minta kepada manusia.
Sebahagian hamba ALLAH yang ALLAH lantik sebagai wakil Yaa Ghoniy ketika
diberikan kekayaanNYA, mereka akan mengalirkan kekayaan itu kepada mereka yang
memerlukan.
BICARA HATI
Allahumma Yaa Ghoniy yang Maha Kaya,
sesungguhnya seluruh kekayaan di alam buana ini adalah kekayaanMu, selain dari
Mu adalah fakir. Sesungguhnya kekayaan yang ada pada manusia adalah kekayaanMu,
tiada sezarah pun kekayaan manusia, semuanya amanah dariMu Yaa Ghoniy untuk
digunakan bagi mengerjakan amal soleh dan amal ibadah. Setiap kekayaanMu, Yaa
Ghoniy yang dipinjamkan kepada manusia akan dihitung dan dihisab olehMu Yaa
Ghoniy Yaa Muhsyi Yaa Hasib. Dan Engkau Yaa Ghoniy Yaa Hakam akan menghukum
bagi setiap salahlaku terhadap kekayaanMu.
Yaa Ghoniy, kekayaanMu terdapat di dalam
bumi, tujuh lapisan bumi, di atas langit yang tujuh lapis. KekayaanMu di alam
nyata dan alam ghaib, kekayaanMu tidak mampu dihitung oleh manusia dan
dibayangkan dengan akal yang cetek ini. Allahumma Yaa Ghoniy, bimbing kami
untuk menggunakan kekayaanMu ini untuk agendaMu Yaa Baari'. Yaa Ghoniy, jauhkan
kami kekayaan yang membuat kami lalai kepadaMu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan