Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 12 Januari 2022

V 182 : ASMAUL HUSNA ( 89. AL MUGHNI)

AL MUGHNI ( المغنى )

 ALLAH Yaa Mughni Yang Maha Pemberi Kekayaan suka memberi kekayaan kepada hamba-hambaNYA, tetapi kekayaan ALLAH bukan hanya dalam bentuk harta benda, tetapi juga DIA mampu memberi kekayaan jiwa sehingga sesiapa yang dikurniakan kekayaan jiwa, mereka akan menjadi seorang yang redha dan tenang dalam hidupNYA.

Menghayati sifat Yaa Mughni akan melahirkan insan yang suka membahagikan kekayaan yang ALLAH Yaa Mughni berikan kepadaNYA kepada orang lain yang memerlukan. Mereka sama sekali tidak merasakan yang mereka ini kaya dan mempunyai sifat dermawan, kerana menyedari semua datang daripada ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA.

 

BICARA HATI

 Allahumma Yaa Mughni, sesungguhnya Engkau Maha Memberi Kekayaan, Engkau memberi kekayaan ilmu makrifah kepada sesiapa yang Engkau dekatkan, Engkau Yaa Mughni memberi kekayaan Syurga Akhirat kepada sesiapa yang Engkau sayangi, Engkau Yaa Mughni memberi kekayaan dunia yang hina melimpah ruah kepada sesiapa yang Engkau hinakan.

Yaa Mughni, Engkau memberi rasa kaya dalam jiwa hambaMu yang Engkau cintai sehingga hidupnya setiap saat memberi kepada orang yang memerlukan, tiada disimpan, tiada dikumpul, kekayaanMu hanya lalu seperti lalunya air sungai, memberi manfaat kepada manusia sekeliling.

 Yaa Allah Yaa Mughni, kurniakan kami kekayaan makrifah dan saat indah bertemu denganMu di Akhirat nanti, jauhkan kami dari kekayaan dunia yang melalaikan yang hina dan rendah disisiMu, jadikan setiap sen duit yang lalu melalui diri kami memberi manfaat kepada ummah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan