Allah Taala berfirman:
"Apa saja yang diberikan oleh Rasul kepadamu semua, maka ambillah
itu yakni lakukanlah dan apa saja yang dilarang olehnya, maka hentikanlah
itu."
(al-Hasyr: 7)
Allah
Taala berfirman lagi:
"Ia yakni Muhammad itu tidaklah berkata-kata dengan kemahuannya
sendiri. Itu tiada lain kecuali wahyu yang diwahyukan kepadanya."
(an-Najm:
3-4)
Juga
Allah Taala berfirman pula:
"Katakanlah hai Muhammad, jikalau engkau semua mencintai Allah,
maka ikutilah aku, maka Allah tentu mencintai engkau semua dan akan mengampuni
dosa-dosamu."
(ali-lmran: 31)
Allah
Taala berfirman pula:
"Dan nescayalah di dalam peribadi Rasulullah itu merupakan ikutan,
teladan yang baik bagimu semua, juga bagi orang yang mengharapkan menemui Allah
dan hari akhir."
(al-Ahzab:
21)
Allah
Taala berfirman lagi
"Tetapi tidak, demi Tuhanmu. Mereka belum beriman benar-benar sebelum mereka
meminta keputusan kepadamu dalam perkara-perkara yang mereka perselisihkan,
kemudian mereka tidak menaruh keberatan dalam hatinya terhadap putusan yang
engkau berikan itu dan mereka menyerah dengan penyerahan yang
bulat-bulat."
(an-Nisa':
65)
Juga
Allah Taala berfirman:
"Jikalau engkau semua memperselisihkan dalam sesuatu persoalan,
maka kembalikanlah itu kepada Allah dan RasulNya, apabila engkau semua benar-benar
beriman kepada Allah dan hari akhir."
(an-Nisa':
59)
Para alim-ulama
berkata: "Maksudnya itu ialah supaya dikembalikan sesuai dengan Al-Kitab
(Al-Quran dan as-Sunnah Al-Hadis)."
Allah
Taala berfirman pula:
"Barangsiapa mentaati Rasul ia telah benar-benar mentaati
Allah."
(an-Nisa')
Lagi
Allah Taala berfirman:
"Dan sesungguhnya engkau itu nescayalah memberikan petunjuk ke jalan yang lurus
iaitu jalan Allah.”
(asy-Syura:
52-53)
Allah
Taala berfirman:
"Hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul itu menjadi
takut, supaya jangan sampai tertimpa oleh kefitnahan atau tertimpa oleh siksa
yang pedih".
(an-Nur: 63)
Juga
Allah Taala berfirman:
"Dan ingat-ingatlah olehmu semua(kaum wanita) apa-apa yang dibaca
dalam rumah-rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmat ilmu pengetahuan".
(al-Ahzab:
34)
Ayat-ayat
dalam bab ini amat banyaknya.
Adapun
Hadis-hadisnya ialah:
156.
Pertama: Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda:
"Tinggalkanlah apa yang saya tinggalkan untukmu semua maksudnya:
Jangan ditanyakan apa yang tidak saya terangkan kepadamu semua, kerana
hanyasanya yang menyebabkan kerosakan orang-orang(umat) yang sebelumnya itu
ialah sebab banyaknya mereka bertanya-tanya yang tidak berfaedah, lagi pula
mereka suka menyalahi kepada Nabi-nabi mereka. Oleh sebab itu jikalau saya
melarang padamu akan sesuatu hal, maka jauhilah itu dan jikalau saya memerintah
padamu semua akan sesuatu perkara, maka lakukanlah itu sekuat usahamu".
(Muttafaq
'alaih)
Keterangan:
Isi yang
terkandung dalam Hadis ini ialah:
Sesuatu
yang merupakan larangan, maka sama sekali jangan dilakukan, tetapi kalau berupa
perintah, cubalah lakukan sedapat-dapatnya dan jangan putus asa untuk
memperbaiki dan menyempurnakannya. Misalnya solat di waktu sakit: Tidak dapat
dengan berdiri, lakukan dengan duduk; tidak dapat dengan duduk, boleh dengan
berbaring dan pendek kata sedapat mungkin, asal jangan ditinggalkan sekalipun
hanya dengan isyarat memejamkan serta membuka mata dalam melakukan solat itu.
Allah telah berfirman:
"Allah tidak memaksa pada seseorang melainkan menurut
kekuatannya".
Umatnya
Nabi Musa 'alaihissalam yang meminta pada beliau sebagaimana kata mereka yang
diuraikan dalam Al-Quran:
"Tampakkanlah pada kita Allah hu dengan terang-terangan".
Bukankah
ini permintaan yang melampaui batas dan tidak bermanfaat sedikitpun? Juga
seperti umatnya Nabi Isa 'alaihissalam sebagaimana yang diterangkan dalam
Al-Quran pula. Mereka berkata:
"Adakah Tuhan Tuan dapat menurunkan pada kita hidangan dari
langit?"
Mereka
menyangka bahawa Allah tidak kuasa melakukannya. Tetapt setelah dikabulkan
permintaan mereka, tetap masih banyak yang ingkar dan kufur. Bukankah ini
keterlaluan yang luarbiasa? Menyalahi Nabi-nabinya sendiri sehingga menyebabkan
timbul bidaah yang bermacam-macam dan lain-lain lagi. Adapun kalau berselisih
dalam memahamkan hukum cabang (furu'iyah), maka itu tidaklah menjadi bahaya
sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:
"Perselisihan umatku adalah rahmat".
Tetapi
perselisihan yang berbahaya dan tercela ialah apabila soal-soal cabang atau
perincian-perincian itu dibesar-besarkan hingga menjadi retaknya barisan umat
Islam dalam menghadapi lawannya. Ini sungguh terlarang dalam agama sebagaimana
firman Allah:
"Dan janganlah engkau semua bercerai-berai, maka akan lemahlah
engkau semua dan lenyaplah kekuatanmu".
157.
Kedua: Dari Abu Najih al-'Irbadh bin Sariyah r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. pernah memberikan wejangan kepada kita semua,
iaitu suatu wejangan yang mengesankan sekali, hati dapat menjadi takut
kerananya, matapun dapat bercucuran. Kita lalu berkata: "Ya Rasulullah,
seolah-olah itu adalah wejangan seseorang yang hendak bermohon diri. Oleh sebab
itu, berilah wasiat kepada kita semua!" Beliau s.a.w. bersabda:
"Saya berwasiat kepadamu semua, hendaklah engkau semua bertakwa
kepada Allah, juga suka mendengarkan dan mentaati(pemerintahan) sekalipun yang
memerintah atasmu itu seorang hambasahaya Habsyi. Kerana sesungguhnya saja,
barangsiapa yang masih hidup panjang di antara engkau semua itu ia akan melihat
berbagai perselisihan yang banyak sekali. Maka dari itu hendaklah engkau semua
menetapi sunnahku dan sunnah para Khalifah Arrasyidun yang memperoleh petunjuk
Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali radhiallahu 'annum; gigitlah sunnah-sunnah itu
dengan gigi-gigi taringmu yakni pegang teguhlah itu sekuat-kuatnya. Jauhilah
olehmu semua dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana
sesungguhnya segala sesuatu kebidaahan itu adalah sesat".
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis
hasan shahih.
Keterangan:
Banyak
sekali hal-hal penting yang terkandung dalam Hadis ini, di antaranya ialah:
(a) Orang
yang berpamit yakni hendak meninggal dunia, sebab isi nasihatnya itu sangat
mendalam.
(b)
Memang kita wajib taat pada pemimpin-pemimpin kita yang memegang pemerintahan
itu, apabila mereka itu tetap menjalankan pemerintahan sebagaimana yang
diredhai oleh Allah.
(c)
Sunnahku yakni perjalanan dan sari hidupku.
(d)
Khalifah-khalifah Arrasyidun yakni pengganti-pengganti Nabi yang bijaksana dan
sentiasa mengikuti kebenaran. Mereka itu ialah Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali
radhiallahu 'anhum.
(e)
Gigitlah teguh-teguh yakni peganglah selalu sekuat-kuatmu dan jangan sampai
terlepas sedetikpun.
(f) Apa
yang disabdakan Nabi s.a.w. ini agaknya kini telah tampak benar, bukanlah
bermacam-macam perselisihan yang kita hadapi sekarang, baik kerana banyak faham
yang tumbuh atau memang percekcokan sesama umat Islam sendiri dan lain-lain
sebab lagi. Kerana itu satu-satunya jalan agar kita tetap selamat di dunia dan
akhirat ialah dengan berpegang teguh pada sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah
khalifah-khalifah Arrasyidun, yang pokok kesemuanya itu ialah dalam kandungan
al Quran dan Hadis.
(g)
Bidaah yakni sesuatu yang tidak ada dalam agama lalu diada-adakan sehingga
seolah-olah itu juga termasuk dalam agama. Bidaah yang sedemikian inilah yang
sesat dan setiap yang sesat pasti ke neraka sebagaimana dalam Hadis lain
disebutkan:
"Maka sesungguhnya setiap sesuatu yang diada-adakan, itu bidaah dan
setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan adalah di dalam neraka".
(h)
Tetapi kalau yang diada-adakan itu baik (bidaah hasanah), maka tentu saja tidak
terlarang seperti mendirikan sekolah-sekolah (madrasah), pondok-pondok,
pesantren-pesantren dengan cara yang serba moden. Semua tidak terlarang
sekalipun dalam zaman Rasulullah s.a.w. belum ada.
158.
Ketiga: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Semua umatku itu dapat memasuki syurga, melainkan orang yang
enggan yakni tidak suka". Beliau ditanya: "Siapakah orang yang enggan
itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Barangsiapa yang taat
kepadaku, maka ia dapat memasuki syurga dan barangsiapa yang bermaksiat padaku
menyalahi ajaranku, maka dialah orang yang benar-benar enggan".
(Riwayat
Bukhari)
159.
Keempat: Daripada Abu Muslim; ada yang mengatakan, dari Abu lyas, iaitu Salamah
bin 'Amr bin al-Akwa' r.a., bahawasanya ada seorang lelaki disisi Rasulullah
s.a.w. makan dengan tangan kirinya. Kemudian beliau s.a.w. bersabda padanya:
"Makanlah dengan tangan kananmu!" Orang itu berkata: "Aku tidak dapat". Beliau s.a.w. bersabda: "Jadi engkau tidak dapat?" Sebenarnya ia berbuat demikian itu hanyalah kerana terdorong oleh kecongkaannya belaka. Akhirnya ia benar-benar tidak dapat mengangkat tangan kanannya ke mulutnya untuk selama-lamanya".
(Riwayat
Muslim)
160.
Kelima: Dari Abu Abdillah iaitu an-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma,
katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hendaklah engkau semua benar-benar meratakan barisan-barisanmu dalam
solat, atau kalau tidak suka meratakan barisan, pastilah Allah akan membalikkan
antara wajah-wajahmu semua maksudnya ialah bahawa Allah akan memasukkan rasa
permusuhan, saling benci-membenci dan perselisihan pendapat dalam hatimu
semua".
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
riwayat Imam Muslim disebutkan:
"Rasulullah s.a.w. itu meratakan barisan-barisan kita sehingga
seolah-olah beliau itu meratakan letaknya anak panah, sampai-sampai beliau
meyakinkan bahawa kita semua telah mengerti betul-betul akan meratakan barisan
itu. Selanjutnya pada suatu hari beliau keluar untuk bersolat kemudian berdiri
sehingga hampir-hampir beliau akan bertakbir. Tiba-tiba beliau melihat ada
seorang yang menonjol dadanya agak ke muka sedikit dari barisannya lalu beliau
bersabda: "Hai hamba-hamba Allah, hendaklah engkau semua benar-benar
meratakan barisanmu, atau kalau tidak suka meratakan barisan, pastilah Allah
akan membalikkan antara wajah-wajahmu semua".
Keterangan:
Dalam
Hadis di atas terdapat anjuran yang sangat keras agar di waktu solat, barisan
itu benar-benar dilempangkan, diratakan dan diluruskan sekencang-kencangnya.
Selain itu
terdapat
keterangan pula perihal dibolehkannya berkata-kata dalam waktu antara
selesainya iqamah dengan akan dilakukannya solat, tetapi kata-kata itu
hendaknya yang bermanfaat dan berguna.
161.
Keenam: Daripada Abu Musa r.a. katanya:
"Ada sebuah rumah di Madinah yang terbakar mengenai
penghuni-penghuninya di waktu malam. Setelah hal mereka itu diberitahukan
kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya api
itu adalah musuhmu semua. Maka dari itu, jikalau engkau semua tidur, padamkan
sajalah api itu dari padamu".
(Muttafaq
'alaih)
162.
Ketujuh: Dari Abu Musa r.a. juga, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya perumpamaan dari petunjuk dan ilmu yang dengannya
saya diutus oleh Allah itu adalah seperti hujan yang mengenai bumi. Di antara
bumi itu ada bahagian yang baik, iaitu dapat menerima air, kemudian dapat pula
menumbuhkan rumput dan lalang yang banyak sekali, tetapi di antara bumi itu ada
pula yang gersang, menahan masuknya air dan selanjutnya dengan air yang
tertahan itu Allah lalu memberikan kemanfaatan kepada para manusia, kerana
mereka dapat minum daripadanya, dapat menyiram dan menanam. Ada pula hujan itu mengenai
bahagian bumi yang lain, yang ini hanyalah merupakan tanah rata lagi licin.
Bahagian bumi ini tentulah tidak dapat menahan air dan tidak pula dapat
menumbuhkan rumput. Jadi yang sedemikian itu adalah contohnya orang yang pandai
dalam agama Allah dan petunjuk serta ilmu yang dengannya itu saya diutus, dapat
pula memberikan kemanfaatan kepada orang tadi. Maka orang itupun mengetahuinya,
mempelajarinya, kemudian mengajarkannya yang ini diumpamakan bumi yang dapat
menerima air atau dapat menahan air, dan itu pulalah contohnya orang yang tidak
suka mengangkat kepala untuk menerima petunjuk dan ilmu tersebut. Jadi ia
enggan menerima petunjuk Allah yang dengannya itu saya dirasulkan ini contohnya
bumi yang rata dan licin".
(Muttafaq
'alaih)
Faquha, dengan dhammahnya qaf adalah
menurut yang masyhur digunakan. Ada pula
yang
mengatakan dengan dikasrahkan berbunyi Faqiha), ertinya
menjadi pandai atau ahli fiqih.
163. Dari
Jabir r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Perumpamaanku dan perumpamaan engkau semua itu adalah seperti
seorang lelaki yang menyalakan api, kemudian banyaklah belalang dan kupu-kupu
yang jatuh dalam api tadi, sedang orang itu mencegah binatang-binatang itu
jangan sampai terjun di situ. Saya ini yakni Rasulullah s.a.w. adalah seorang
yang mengambil(memegang) pengikat celana serta sarungmu semua agar tidak sampai
engkau semua terjun dalam neraka, tetapi engkau semua masih juga hendak lari
dari peganganku".
(Riwayat
Muslim)
Al-janadib ialah seperti belalang dan
kupu-kupu (dari golongan binatang kecil yang terbang), sedang Al-hujaz adalah
jamaknya Hujzah, ertinya tempat mengikatkan sarung atau
celana.
164.
Kesembilan: Dari Jabir r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh
menjilat
tangan-tangan
dan piring; beliau juga bersabda:
"Sesungguhnya engkau semua tidak tahu di tempat manakah yang ada berkahnya".
(Riwayat
Muslim)
Dalam
riwayat Imam Muslim disebutkan lagi:
Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Jikalau suapan seseorang dari engkau semua itu jatuh, maka baiklah
diambil kembali, kemudian hendaklah disingkirkan kotoran yang melekat di situ,
selanjutnya hendaklah memakannya dan janganlah itu dibiarkan(ditinggalkan)
untuk dimakan oleh syaitan. Jangan pula seseorang itu mengusap tangannya dengan
saputangan sehabis makan itu sehingga jari-jarinya dijilat-jilatnya dulu, sebab
seseorang itu tentulah tidak mengetahui di dalam makanan yang mana letaknya
keberkahan".
Dalam
riwayat Imam Muslim pula:
Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu mendatangi seseorang di antara engkau
semua di waktu ia melakukan segala sesuatu dari pekerjaannya, sampai-sampai
syaitan itupun mendatangi orang itu di waktu ia makan. Maka dari itu jikalau
suapan itu jatuh dari seseorang di antara engkau semua, maka hendaklah
menyingkirkan kotoran yang melekat di situ, kemudian makanlah dan jangan
dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan".
165.
Kesepuluh: Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah
s.a.w. berdiri di hadapan kita semua untuk memberikan nasihat. Beliau bersabda:
"Hai sekalian manusia, sesungguhnya engkau semua itu akan
dikumpulkan kepada Allah Taala dalam keadaan telanjang kaki, telanjang badan
dan kuncup(tidak dikhatan), sebagaimana firman Allah Taala yang ertinya:
"Sebagaimana Kami memulai membuat makhluk untuk pertama kalinya, maka
itulah yang Kami ulangkan kembali. Sedemikian adalah janji atas Kami sendiri,
sesungguhnya Kami akan melaksanakan yang sedemikian itu".
(al-Anbiya':
104)
"Ingatlah,
bahawasanya pertama-tama makhluk yang diberi pakaian pada hari kiamat ialah
Ibrahim a.s. Ingatlah, bahawasanya Ibrahim itu akan didatangkan dengan disertai
beberapa orang dari umatku, kemudian orang-orang itu diseret ke sebelah kiri
maksudnya ke arah neraka. Saya berkata: "Ya Tuhanku, mereka adalah
sahabat-sahabatku". Lalu kepadaku dikatakan: "Sesungguhnya engkau
tidak mengetahui apa yang mereka ada-adakan sepeninggalmu". Oleh sebab itu
saya berkata sebagaimana yang diucapkan oleh seseorang hamba yang soleh yakni
Nabiullah Isa a.s.: "Dan saya dapat menyaksikan perbuatan mereka selagi
aku ada di kalangan mereka (semasih sama-sama di dunia)", hingga ucapannya
"Maha Mulia Serta Bijaksana".
Lengkapnya
ucapan Nabiullah Isa a.s. itu tersebut dalam sebuah ayat yang ertinya:
"Dan saya dapat menyaksikan perbuatan mereka selagi aku ada di kalangan mereka. Tetapi setelah Engkau menghilangkan diriku, maka Engkaulah yang mengamat-amati atas kelakuan-kelakuan mereka itu dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. Jikalau Engkau menyiksa mereka, maka mereka itupun hamba-hambaMu, tetapi jikalau Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Bijaksana".
(al-Maidah:
117-118)
"Setelah
itu lalu dikatakan kepadaku: "Sebenarnya mereka itu tidak henti-hentinya
kembali pada kaki-kakinya(maksudnya menjadi murtad dari agama Allah)
sejak engkau berpisah dengan mereka itu".
(Muttafaq
'alaih)
166.
Kesebelas: Dari Abu Said iaitu Abdullah bin Mughaffal r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. itu melarang berkhadzaf iaitu melemparkan
kerikil dengan jari telunjuk dan ibu jari yakni kerikil itu diletakkan di jari
yang satu yakni ibu jari lalu dilemparkan dengan jari yang lain yakni jari
telunjuk.
Selanjutnya ia berkata: "Sesungguhnya berkhadzaf itu tidak dapat
membunuh binatang buruan, tidak dapat pula membunuh musuh. Dan bahawasanya
berkhadzaf itu dapat melepaskan mata (membutakannya) dan dapat juga merontokkan
gigi".
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
riwayat lain disebutkan: Bahawasanya ada seorang keluarga dekat dari Ibnu
Mughaffal berkhadzaf, lalu olehnya orang tersebut dilarang dan berkata
bahawasanya Rasulullah s.a.w. melarang berkhadzaf itu dan berkata:
"Sesungguhnya berkhadzaf itu tidak dapat membunuh
binatang buruan". Kemudian orang yang dilarangnya itu masih mengulangi
lagi perbuatannya. Lalu Ibnu Mughaffal berkata: "Saya telah memberitahukan
kepadamu bahawasanya Rasulullah s.a.w. melarang berkhadzaf itu, tetapi engkau
masih juga mengulangi perbuatanmu. Mulai sekarang saya tidak akan berbicara
lagi padamu selama-lamanya".
Keterangan:
Hadis ini
menjelaskan bolehnya tidak menyapa atau tidak berbicara dengan para ahli pelaku
kebidaahan, orang-orang fasik serta para penentang dan pelanggar sunnah
Rasulullah s.a.w., sekalipun hal itu dilakukan untuk selama-lamanya. Tetapi
keadaan sedemikian itu wajib diakhiri, manakala mereka yang tersebut di atas
itu sudah mengubah sikapnya dan suka mentaati ajaran-ajaran agama sebagaimana
yang semestinya dilakukan oleh seorang muslim dan mukmin.
167. Dari
'Abis bin Rabi'ah, katanya:
"Saya melihat Umar bin Alkhaththab r.a. mencium batu hitam(hajar
aswad) dan ia berkata: "Saya mengetahui bahawa engkau itu adalah batu,
engkau tidak dapat memberikan kemanfaatan dan tidak pula dapat membahayakan.
Andaikata saya tidak melihat Rasulullah s.a.w. sendiri menciummu, pastilah aku
juga tidak suka menciummu".
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan