Allah
Taala berfirman:
"Sesungguhnya Allah itu memerintahkan kepada engkau semua supaya
engkau semua Menunaikan(memberikan)
amanat kepada ahlinya(pemiliknya)."
(an-Nisa':
58)
Allah
Taala berfirman pula:
"Sesungguhnya Kami telah memberikan amanat kepada langit, bumi dan
gunung-gunung, tetapi mereka enggan memikulnya dan merasa takut terhadap itu,
sedang manusia suka memikulnya, sesungguhnya manusia itu amat menganiaya serta
bodoh sekalian.”
(al-Ahzab:
72)
200. Dari
Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tanda orang munafik itu tiga macam iaitu jikalau berkata dusta,
jikalau berjanji menyalahi( tidak menepati) dan jikalau diamanati(dipercaya
untuk memegang sesuatu Amanat) lalu berkhianat."
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
riwayat lain disebutkan-dengan tambahan: "Sekalipun ia berpuasa,
bersolat dan menyangka bahawa ia seorang muslim."
201. Dari
Hudzaifah bin al-Yaman r.a. katanya:
"Rasulullah s.a.w., memberitahukan kepada kita dua Hadis, yang
sebuah sudah saya ketahui sedang yang lainnya saya menanti-nantikan. Beliau
s.a.w. memberitahukan kepada kita bahawasanya amanat itu turun dalam dasar asli
dari hati orang-orang, kemudian turunlah Al-Quran. Orang-orang itu lalu
mengetahuinya dari Al-Quran dan mengetahuinya pula dari as-Sunnah. Selanjutnya
beliau s.a.w. memberitahukan kepada kita tentang lenyapnya amanat itu, beliau
s.a.w. bersabda: “Seseorang itu tidur setiduran, lalu diambillah amanat itu
dari hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya itu bagaikan bekas yang ringan.
Selanjutnya ia tidur seketiduran lagi, lalu diambillah amanat itu dari hatinya,
kemudian tertinggallah bekasnya bagaikan lepuhnya tangan sehabis mengerjakan
sesuatu. Jadi seperti suatu bara api yang engkau gelindingkan pada kakimu,
kemudian melepuhlah, engkau lihat ia meninggi, tetapi tidak ada apa-apanya".
Di kala menceritakan ini beliau s.a.w. mengambil sebuah kerikil lalu
digelindingkan ke arah kakinya. "Kemudian berpagi-pagi orang-orang sama
berjual-beli, maka hampir saja tiada seorangpun yang suka menunaikan amanat,
sampai-sampai dikatakan: "Bahawasanya di kalangan Bani Fulan itu ada
seorang yang amat baik memegang amanat(terpercaya), sehingga kepada orang
tersebut dikatakan: "Alangkah giatnya ia bekerja, alangkah indah
pekerjaannya, alangkah pula cerdiknya. Padahal dalam hatinya sudah tidak ada
lagi keimanan sekalipun hanya seberat timbangan biji sawi. "Niscayalah
akan datang padaku suatu zaman, sayapun tidak memperdulikan, manakah di antara
engkau semua yang saya beri bai'at. Jikalau ia seorang muslim, hendaklah
kembali saja agamanya itu kepadaku supaya tidak berkhianat dan jikalau ia
seorang Amanat, ertinya segala sesuatu yang diamanatkan atau diperintahkan
untuk melaksanakannya, baik berupa perintah larangan, urusan keagamaan atau
keduniaan. Nasrani atau Yahudi, baiklah walinya saja yang kembali padaku supaya
amanat itu dipikulnya dan lenyaplah tanggungan beliau s.a.w. daripadanya.
Adapun pada hari ini, maka saya tidak pernah membai'at seseorang di antara
engkau semua, melainkan si Fulan dan si Fulan itu saja".
(Muttafaq
'alaih)
202. Dari
Hudzaifah dan Abu Hurairah radhiallahu 'anhuma, keduanya berkata:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah Tabarakawa Taala mengumpulkan seluruh manusia lalu
berdirilah kaum mukminin sehingga didekatkanlah syurga untuk mereka. Mereka
mendatangi Adam shalawatullah 'alaih, lalu berkata: "Hai bapa kita,
mohonkanlah untuk kita supaya syurga itu dibuka". Adam menjawab:
"Bukankah yang menyebabkan keluarnya engkau semua dari syurga itu, tiada
lain kecuali kesalahan bapamu semua ini. Bukan aku yang dapat berbuat sedemikian
itu. Pergilah ke tempat anakku Ibrahim, kekasih Allah". Beliau s.a.w.
meneruskan: "Selanjutnya Ibrahim berkata: "Bukannya aku yang dapat
berbuat sedemikian itu, hanyasanya aku ini sebagai kekasih dari belakang itu,
dari belakang itu maksudnya untuk sampai ke tingkat yang setinggi itu
tidak dapat aku melakukannya. Pergilah menuju Musa yang Allah telah berfirman
kepadanya secara langsung". Mereka mendatangi Musa, lalu Musa berkata:
"Bukannya aku yang dapat berbuat sedemikian itu. Pergilah ke tempat Isa,
sebagai kalimatullah disebut demikian kerana diwujudkan dengan firman
Allah: Kunduna abin ertinya "Jadilah tanpa ayah dan juga sebagai ruhullah
maksudnya mempunyai ruh dari Allah dan dengannya dapat menghidupkan orang mati
atau hati yang mati". Seterusnya setelah didatangi Isa berkata:
"Bukan aku yang dapat berbuat sedemikian itu". Kemudian mereka
mendatangi Muhammad s.a.w., lalu Muhammad berdiri di bawah 'Arasy dan untuknya
diizinkan memohonkan sesuatu. Pada saat itu amanat dan kekeluargaan dikirimkan,
keduanya berdiri di kedua tepi Ash-Shirath(jembatan), iaitu sebelah kanan dan
kiri. Maka orang yang pertama-tama dari engkau semua itu melaluinya sebagai
cepatnya kilat". Saya yang merawikan Hadis bertanya: "Bi-abi wa ummi,
bagaimanakah benda yang berlalu secepat kilat?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Tidakkah engkau semua mengetahui, bagaimana ia berlalu dan kemudian
kembali dalam sekejap mata. Kemudian yang berikutnya dapat melalui AshShirath
sebagai jalannya angin, kemudian sebagai terbangnya burung, lalu sebagai
seorang yang berlari kencang. Bersama mereka itu berjalan pulalah amalan-amalan
mereka sedang Nabimu ini Muhammad s.a.w. berdiri di atas Ash-Shirath tadi
sambil mengucapkan: "Ya Tuhanku, selamatkanlah, selamatkanlah."
Demikian itu hingga hamba-hamba yang lemah amalan-amalannya, sampai-sampai ada
seorang lelaki yang datang dan tidak dapat berjalan melainkan dengan merangkak
sebab ketiadaan kekuatan amalnya untuk membuat ia dapat berjalan baik".
Pada kedua tepi Ash-shirath itu ada beberapa kait yang digantungkan dan
diperintah untuk menyambar orang yang diperintah untuk disambarnya. Maka dari
itu ada orang yang tergaruk tubuhnya, tetapi lepas lagi(selamat) dan ada yang
terpelanting ke dalam neraka yang sebahagian menindihi sebahagian orang yang
lain.
Demi Zat
yang jiwa Abu Hurairah ada di dalam genggaman kekuasaanNya,
sesungguhnya
dasar bawah neraka Jahanam nescayalah sejauh tujuh puluh tahun
perjalanan".
(Riwayat
Muslim)
Kata-kata
sedemikian itu diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s. sebagai tanda merendahkan diri.
Ucapannya Waraa-a, Waraa-a, itu dibaca dengan fathahnya kedua
hamzah dan ada yang mengatakan bahawa kedua hamzahnya didhammahkan tanpa
ditanwinkan. Adapun maknanya ialah: "Bukannya aku yang dapat menempati darjat yang
setinggi itu". Ini adalah kata-kata yang disebutkan untuk menyatakan tawaduk
yakni merendahkan diri. Hal ini telah saya (Imam an-Nawawi) kupas maknanya
dalam syarahan kitab Shahih Muslim.
Wallaahu
a'lam.
203. Dari
Abu Khubaib, dengan dhammahnya kha' mu'jamah, iaitu Abdullah bin Zubair
radhtallahu 'anhuma, katanya:
"Ketika
Zubair berdiri(menghadapi musuh) di waktu hari perang Jamal antara sesama kaum
Muslimin yakni pasukan Ali r.a. dan Aisyah radhiallahu 'anha yang saat itu
mengendarai unta, maka disebut perang Jamal – Zubair memanggil saya lalu
sayapun berdiri didekatnya. fa berkata: "Hai anakku, sesungguhnya saja
pada hari ini tidak ada seorangpun yang terbunuh, melainkan ia adalah seorang
yang menganiaya atau seorang yang dianiaya dan bahawasanya aku merasakan bahawa
aku akan dibunuh pada hari ini sebagai seorang yang dianiaya kerana
membela yang benar dan ia ada di barisan Ali r.a. 20. Sesungguhnya salah satu
daripada kedukaanku yang terbesar adalah hutangku. Adakah engkau menyangka
bahawa hutangku itu akan masih dapat meninggalkan sesuatu harta kita? maksudnya
kerana amat banyak sekali, maka apakah kiranya masih ada yang tertinggal
jikalau semua itu digunakan untuk melunasinya", Zubair melanjutkan ucapannya:
"Hai anakku, jual sajalah harta kita itu dan lunasilah seluruh
hutangku". Zubair mewasiatkan dengan sepertiga, dan sepertiga dari
sepertiga diperuntukkan anak-anak Abdullah yakni bahawa yang diwasiatkan untuk
anak-anaknya Abdullah bin Zubair ialah sepertiganya sepertiga (sepersembilan).
Zubair berkata: "Jikalau ada kelebihan dari harta kita setelah digunakan
melunasi hutangnya, maka yang sepertiganya sepertiga adalah untuk
anak-anakmu". Hisyam berkata: "Anak Abdullah itu ada yang menentang
tidak sesuai dalam sesuatu hal kepada anak-anaknya Zubair, yakni Khubaib
dan 'Abad, sedang Zubair pada hari itu mempunyai sembilan orang anak lelaki dan
sembilan orang anak perempuan". Abdullah bin Zubair berkata: "Maka
mulailah Zubair mewasiatkan kepadaku perihal hutangnya dan ia berkata:
"Hai anakku, jikalau engkau merasa lemah untuk melaksanakan sesuatu
daripada melunasi hutang itu ertinya tidak ada lagi harta untuk mencukupinya
maka mintalah pertolongan kepada Yang menguasai diriku?" Abdullah berkata:
"Demi Allah, saya tidak mengerti sama sekali apa yang dimaksudkan olehnya
dengan kata-kata yang menguasainya itu, maka saya berkata: "Hai ayahku,
siapakah yang menguasai ayah ini?" Ia berkata: "Iaitu Allah".
Abdullah berkata: "Maka demi Allah, tiada satu waktupun saya merasa jatuh
dalam kedukaan kerana memikirkan hutang ayah itu, melainkan saya tentu berkata:
"Wahai Yang menguasai Zubair, tunaikanlah hutang Zubair ini!" Maka
Tuhan menunaikannya. Abdullah berkata: "Selanjutnya Zubair terbunuh dalam
peperangan dan ia tidak meninggalkan sedinar atau sedirhampun melainkan ada
beberapa bidang tanah, di antaranya ialah Ghabah sebidang tanah yang terkenal
namanya di dekat Madinah, yakni di sebelah utaranya, sebelas buah rumah di
Madinah, dua buah rumah di Bashrah dan sebuah rumah di Kufah, juga sebuah rumah
di Mesir".
20 Imam
Ibnul Tin berkata: "Sebabnya ada yang dianggap penganiaya atau teraniaya,
kerana dua pihak seagama yang berperang itu ada yang termasuk golongan
sahabat-5ahabat Nabi s.a.w. yang dengan ikhlas hendak membela kebenaran
kemudian terbunuh, Inilah yang dianggap orang yang teraniaya. Ada pula golongan
yang bukan termasuk sahabat Nabi s.a.w. yang dapat membunuh lawannya, sedang
tujuan ikut berperang hanyalah semata-mata mengharapkan harta dunia. Maka
itulah yang dianggap penganiaya. Abdullah berkata: "Sebenarnya saja
sebabnya Zubair mempunyai hutang itu ialah kerana apabila ada seorang lelaki
datang padanya dengan membawa harta, lalu harta itu dimaksudkan olehnya akan
dititipkan kepada Zubair, tetapi Zubair lalu berkata: "Jangan dititipkan,
tetapi bolehlah itu menjadi pinjaman saja, kerana sesungguhnya saya sendiri
takut kalau harta itu hilang. Zubair tidak pernah menjabat sebagai penguasa
negara sama sekali, tidak pula pernah mengusahakan pengulahan tanah ataupun
memperoleh hasil pertanian, bahkan tidak pernah juga bekerja sesuatu apapun,
melainkan ia pernah mengikuti peperangan beserta Rasulullah s.a.w. atau bersama
Abu Bakar, Umar atau Usman radhiallahu 'anhum dan dengan demikian memperoleh
bahagian harta rampasan perang atau ghanimah".
Abdullah
berkata: "Kemudian saya menghitung hutang yang menjadi tanggungannya. Lalu
saya dapatkan itu adalah sebanyak dua juta dua atus ribu dirham." Hakim
bin Hizam lalu menemur Abdullah bin Zubair dan berkata: "Hai anak saudaraku,
berapa jumlahnya hutang yang menjadi tanggungan saudaraku yakni Zubair
itu?" Saya(Abdullah) menyembunyikannya jumlah itu dan saya berkata:
"Seratus ribu". Hakim berkata: "Demi Allah, saya mengira bahawa
hartamu tidak akan mencukupi untuk melunas hutang sebanyak itu". Abdullah
berkata: "Kalau begitu, bagaimana pengiraanmu, jikalau hutangnya yang
sebenarnya itu ada dua juta dua ratus ribu?" Ia berkata: "Saya kira,
anda tidak akan kuat melunasi itu semua, tetapi jikalau anda merasa lemah
(kesukaran) untuk melunasi sesuatu dari hutang Zubair itu, hendaklah meminta
pertolongan padaku". Abdullah berkata: "Zubair itu pernah membeli
tanah Ghabah dengan harga seratus tujuh puluh ribu". Tanah Ghabah lalu
dijual oleh Abdullah dengan harga sejuta enam ratus ribu, kemudian ia berkata
kepada umum -: "Barangsiapa yang merasa memberikan hutang kepada Zubair,
hendaklah suka kamu lunasi dengan perhitungan harga tanah Ghabah".
Kemudian datanglah Abdullah bin Ja'far dan ia pernah memberi hutang kepada
Zubair sebanyak empat ratus ribu. Abdullah bin Ja'far berkata kepada Abdullah
bin Zubair: "Jikalau anda suka, hutang itu saya tinggalkan untuk anda
yakni tidak usah dikembalikan". Abdullah bin Zubair berkata: 'Tidak yakni
hutang itu akan dilunasi". Abdullah bin Ja'far berkata: 'Sekiranya anda
suka, pelunasan itu hendak anda belakangkan juga boleh anda belakangkan yakni
tidak tergesa-gesa dikembalikan". Abdullah bin Zubair menjawab:
"Jangan yakni akan segera dilunasi". Katanya lagi: "Kalau
begitu., potongkan sajalah sebahagian dari tanah Ghabah itu!" Abdullah bin
Zubair berkata: "Untuk anda ialah tanah dari batas ini sampai ke batas
itu". Dengan demikian Abdullah bin Zubair telah menjual sebahagian tanah
Ghabah itu dan ia melunasi sebagian hutang ayahnya. Kini yang tertinggal ialah
empat setengah bahagian. Ia datang kepada Muawiyah dan di sisinya terdapatlah
Amr bin Usman, Mundzir bin Zubair dan Ibnu Zam'ah. Muawiyah bertanya padanya:
"Berapa diperkirakan harga tanah Ghabah itu?" Abdullah berkata:
"Tiap sebahagian berharga seratus ribu". Ia bertanya pula: "Kini
tinggal berapa bahagiannya". Jawabnya: "Empat setengah
bahagian". Mundzir bin Zubair berkata: "Baiklah, untuk saya ambil
satu bahagiannya dengan harga seratus ribu". Amr bin Usman juga berkata:
"Saya ambil satu bahagiannya pula dengan harga seratus ribu". Ibnu
Zam'ah juga berkata: "Saya ambil satu bahagiannya dengan harga seratus
ribu". Selanjutnya Mu'awiyah berkata: "Berapa bahagian kini yang
tertinggal?" Jawabnya: "Satu setengah bahagian". Ia berkata:
"Baiklah, saya ambil satu setengah bahagian dengan harga seratus limapuluh
ribu". Abdullah bin Zubair berkata: "Abdullah bin Jaafar menjual
bahagiannya kepada Mu'awiyah dengan harga enam ratus ribu".
Setelah
Abdullah bin Zubair menyelesaikan pelunasan hutang ayahnya, lalu anak-anaknya
Zubair berkata: "Bahagikanlah bahagian warisan kita masing-masing".
Tetapi Abdullah bin Zubair menjawab: "Demi Allah, saya tidak akan
membahagi-bahagikan itu antara engkau semua, sehingga saya memberitahukan
secara umum pada setiap musim, yakni selama empat tahun, iaitu dengan ucapan:
"Ingatlah, barangsiapa yang pernah memberikan hutang kepada Zubair,
hendaklah datang di tempat kita dan kita akan melunasinya". Demikianlah setiap
tahunnya pada waktu musim haji itu diumumkan pemberitahuannya. Setelah selesai
empat tahun, lalu harta warisan itu dibahagi-bahagikan antara anak-anaknya
Zubair dan dikurangi sepertiganya. Zubair ketika wafatnya mempunyai empat orang
isteri, maka setiap isteri itu memperoieh sejuta dua ratus ribu. Jadi semua
harta Zubair itu ialah lima puluh juta dua ratus ribu. (Riwayat Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan