Allah
Taala berfirman:
Ertinya :"Orang-orang yang
zalim itu tidak mempunyai sahabat setia dan penolong yang dipatuhi."
(Ghafir:
18)
Allah
Taala berfirman pula:
Ertinya :"Orang-orang yang menganiaya
itu tidak mempunyai penolong."
(al-Haj:
71)
Adapun
Hadis-hadisnya, maka di antaranya ialah Hadisnya Abu Zar r.a. yang sudah
disebutkan di muka dalam akhir bab Mujahadah atau Perjuangan, Lihat Hadis n.o
111.
204. Dari
Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya :"Takutlah engkau
semua(hindarkanlah dirimu semua) akan perbuatan menganiaya, sebab menganiaya
itu akan merupakan berbagai kegelapan pada hari kiamat. Juga
takutlah(hindarkanlah dirimu semua) akan sifat kikir, sebab kikir itu
menyebabkan rosak binasanya umat yang sebelummu semua. Itulah yang menyebabkan
mereka sampai suka mengalirkan darah sesamanya dan pula menyebabkan mereka
menghalalkan apa-apa yang diharamkan pada diri mereka.
(Riwayat
Muslim)
205. Dari
Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w., bersabda:
Ertinya :"Nescayalah engkau itu akan
menunaikan(memberikan) hak-hak itu kepada ahlinya (pemiliknya) pada hari
kiamat, sehingga dibimbinglah kambing yang tak bertanduk dari kambing yang
bertanduk yakni kambing tak bertanduk itu akan memberikan balasan menyakiti
kepada kambing yang bertanduk sesuai dengan perbuatan yang bertanduk itu ketika
di dunia."
(Riwayat
Muslim)
Keterangan:
Hadis ini
dengan jelas menerangkan bahawa semua binatang pada hari kiamat nanti akan
dikumpulkan di padang mahsyar dan dikembalikan tubuh dan ruhnya sebagaimana
waktu hidupnya di dunia. Jadi sama halnya dengan manusia, baik yang sudah
mukalaf, yang masih kanak-kanak, begitu pula yang gila.
206. Dari
Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Kita semua sedang mempercakapkan
perihal haji wada' (haji Nabi s.a.w. yang terakhir) dan sebagai mohon diri,
sedang Nabi s.a.w. ada di hadapan kita. Kita semua tidak mengetahui apa yang
sebenarnya disebut haji wada' itu sehingga Rasulullah s.a.w. bertahmid kepada
Allah serta memujiNya, kemudian menyebutkan perihal al-Masih Dajjal. Beliau
s.a.w. memperpanjang sekali dalam menguraikan tentang dajjal itu dan bersabda:
Ertinya : Dajjal adalah manusia penipu dan
pembohong, buta matanya yang sebelah kanan, memiliki berbagai keistimewaan dan mengaku
menjadi Tuhan. Banyak juga pengikutnya. Ia akan datang apabila hari kiamat
sudah hampir tiba. Jadi merupakan alamat kubra (alamat besar) perihal akar
segera datangnya hari kiamat itu. "Tiada seorang Nabipun yang diutus oleh
Allah, melainkan Nabi itu tentu menakut-nakuti umatnya tentang tibanya Dajjal.
Nuh dan semua Nabi yang datang sesudahnya sama menakut-nakuti umatnya tentang
Dajjal tersebut. Bahawasanya Dajjal itu akan keluar di kalangan engkau semua,
maka tidak akan tersamarkan perihal keadaannya itu atasmu semua dan persoalan
dirinyapun tidak samar-samar pula bagimu. Sesungguhnya Tuhanmu tidaklah buta
matanya sebelah, padahal sesungguhnya Dajjal itu adalah buta matanya sebelah
kanan, seolah-olah matanya itu sebagai sebuah buah anggur yang menonjol kemuka.
Ingatlah, sesungguhnya Allah mengharamkan atasmu semua darah-darahmu untuk
dialirkan serta harta-hartamu untuk dirampas, sebagaimana kesuciannya harimu
ini dalam negeri sucimu ini yakni negeri Mekah, Ingatlah, bukankah saya telah
menyampaikan? Para sahabat berkata: "Benar". Beliau s.a.w. bersabda:
"Ya Allah, saksikanlah", sampai tiga kali. "Celaka untukmu
semua", atau "Bencana untukmu semua", lihatlah perhatikanlah,
janganlah engkau semua kembali menjadi orang-orang kafir sepeninggalku nanti,
yang sebahagian memukul leher sebahagian yang lain yakni bunuh-membunuh tanpa
dasar kebenaran."
(Riwayat
Bukhari)
Imam
Muslim juga meriwayatkan sebahagiannya.
207. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Rasululiah s.a.w. bersabda:
Ertinya : "Barangsiapa yang menganiaya
yakni mengambil tanpa izin pemiliknya seukuran kira-kira sejengkal tanah, maka
tanah itu akan dikalungkan di lehernya dari tujuh lapis bumi sebagai siksanya
pada hari kiamat nanti."
(Muttafaq
'alaih)
208. Dari
Abu Musa r.a., katanya: "Rasululiah s.a.w. bersabda:
Ertinya : "Sesungguhnya Allah itu
menantikan untuk orang yang zalim tidak segera dijatuhi hukuman, tetapi apabila
Allah telah menghukumnya, maka tidak akan melepaskannya sama-sekali sampai
hancur sehancur-hancurnya. Selanjutnya beliau s.a.w. membaca ayat yang ertinya:
"Dan demikianlah hukuman yang diberikan oleh Tuhanmu jikalau Dia menghukum
negeri yang melakukan kezaliman. Sesungguhnya hukuman Tuhan itu adalah pedih
dan keras."
(Muttafaq
'alaih)
209. Dari
Mu'az r.a., katanya: "Saya diutus oleh Rasulullah s.a.w. lalu beliau
s.a.w. bersabda:
Ertinya : "Sesungguhnya engkau akan
mendatangi sesuatu kaum dari ahlul kitab Yahudi dan Nasrani, maka ajaklah
mereka itu kepada menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan
bahawasanya saya adalah pesuruh Allah. Jikalau mereka telah mentaati untuk
melakukan itu, maka beritahukanlah bahawasanya Allah telah mewajibkan atas
mereka akan lima kali solat dalam setiap sehari semalam. Jikalau mereka telah
mentaati yang sedemikian itu, maka beritahukanlah kepada mereka bahawasanya
Allah telah mewajibkan atas mereka sedekah(zakat) yang diambil dari kalangan
mereka yang kaya-kaya, kemudian dikembalikan(diberikan) kepada golongan mereka
yang fakir-miskin. Jikalau mereka mentaati yang sedemikian itu, maka jagalah
harta-harta mereka yang dimuliakan yakni yang menjadi milik peribadi mereka.
Takutlah akan permohonan(doa) orang yang dianiaya balk ia muslim atau
kafir, kerana sesungguhnya saja tidak ada tabir yang menutupi antara permohonannya
itu dengan Allah yakni doanya pasti terkabul."
(Muttafaq
'alaih)
210. Dari
Abu Humaid, iaitu Abdurrahman bin Sa'ad as-Sa'idi r.a., katanya:
Ertinya : "Nabi s.a.w. mempergunakan
seorang lelaki dari al-Azad sebagai petugas di sesuatu daerah. Orang itu
bernama Ibnul Lutbiyah untuk urusan pengambilan sedekah(zakat). Setelah ia
datang, lalu berkata: "Ini adalah untuk Tuan dan yang ini dihadiahkan
kepadaku." Rasulullah s.a.w. lalu berdiri di atas mimbar, bertahmid serta
memuji kepada Allah kemudian bersabda: "Amma ba'd. Sesungguhnya saya telah
mempergunakan seseorang di antara engkau semua untuk sesuatu tugas dari sekian
banyak tugas yang diserahkan oleh Allah kepadaku. Lalu ia datang kembali dan
berkata: "Ini adalah untuk Tuan zakat yang sebenarnya dan yang ini adalah
sebagai hadiah yang diberikan padaku." Cubalah ia duduk saja di rumah ayah
atau ibunya, apakah ada yang sampai kedatangan hadiah, jikalau ia berbuat
sebenarnya. Demi Allah, tiada sesuatupun yang diambil oleh seseorang dari
engkau semua yang tidak dengan haknya, melainkan ia akan menemui Allah Taala,
barang itu akan dibawanya pada hari kiamat. Sungguh-sungguh saya tidak akan
mengenal seseorang dari engkau semua yang menemui Allah itu dengan membawa
seekor unta(suapan) sambil bersuara, atau membawa seekor lembu sambil menguak
atau seekor kambing sambil mengembik." Selanjutnya beliau s.a.w.
mengangkat kedua tangannya sehingga terlihatlah putihnya kedua ketiak beliau
itu lalu bersabda: "Ya Allah, bukankah hal ini telah saya sampaikan."
(Muttafaq
'alaih)
211. Dari
Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
Ertinya : "Barangsiapa yang disisinya
ada sesuatu dari hasil penganiayaan untuk saudaranya, baik yang mengenai
keperwiraan saudaranya itu ataupun sesuatu yang lain, maka hendaklah meminta
kehalalannya pada hari ini semasa di dunia, sebelum tidak lakunya wang dinar
dan dirham. Jikalau tidak meminta kehalalannya sekarang ini, maka jikalau yang
menganiaya itu mempunyai amal soleh, diambillah dari amal solehhnya itu sekadar
untuk melunasi penganiayaannya, sedang jikalau tidak mempunyai kebaikan sama
sekali, maka diambillah dari keburukan-keburukan orang yang dianiayanya itu,
lalu dibebankan kepada yang menganiayanya tadi."
(Riwayat
Bukhari)
212. Dari
Abdullah bin Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w. sabdanya:
Ertinya : "Muslim ialah orang yang
semua orang Islam selamat dari kejahatan lidah (ucapan) dan kejahatan tangannya
(perbuatannya). Muhajir ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang
oleh Allah padanya."
(Muttafaq
'alaih)
213. Juga
dari Abdullah bin Amr bin al-'Ash, katanya:
Ertinya : "Adalah di atas beban Nabi
s.a.w. itu seorang lelaki yang namanya Kirkirah, kemudian ia meninggal dunia.
Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Ia masuk dalam neraka". Para
sahabat lalu pergi melihat orang yang mati itu dengan tujuan ingin mengetahui
apa sebab yang memasukkannya ke dalam neraka, kemudian mereka menemukan sebuah
baju kurung yang dikhianatinya yakni disembunyikan dari hasil rampasan
peperangan yang semestinya dikumpulkan."
(Riwayat
Bukhari)
214. Dari
Abu Bakrah, iaitu Nufai' bin al-Harits r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
Ertinya : "Sesungguhnya zaman itu
telah berputar sebagaimana keadaannya sejak hari Allah menciptakan semua langit
dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya ada empat bulan yang
suci, tiga berturut-turut, iaitu Dzulqa'dah, Dzulhijah dan Muharram dan
keempatnya ialah bulan Rajab Mudhar 22 yang jatuh antara Jumada dan Sya'ban.
Sekarang ini bulan apakah?" Kita(para sahabat) menjawab: "Allah dan
RasulNya adalah lebih mengetahui". Beliau s.a.w. berdiam diri, sehingga kita
menyangka bahawa beliau akan memberinya nama lain lagi selain dari nama yang
biasa. Kemudian beliau bersabda: "Bukankah ini bulan Dzulhijah." Kita
menjawab: "Benar". Beliau bersabda lagi: "Negeri manakah
ini?" Kita menjawab: "Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui.
"Beliau berdiam diri, sehingga kita menyangka seolah-olah beliau akan
memberinya nama lain lagi selain dari nama yang biasa. Kemudian beliau
bersabda: "Bukankah ini baldah haram negeri suci". Kita menjawab:
"Benar." Beliau bertanya lagi: "Hari apakah ini". Kita
menjawab: "Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui". Beliau
berdiam diri sehingga kita menyangka, seolah-olah akan memberinya nama lain
lagi selain dari namanya yang biasa. Lalu beliau bersabda: "Bukankah hari
ini hari Nahar(hari raya Korban)." Kita menjawab: "Benar".
Beliau bersabda pula: "Sesungguhnya darah-darahmu, harta-hartamu dan
keperwiraanmu adalah haram atasmu semua yakni wajib dilindungi, darah tidak
boleh dialirkan, harta tidak boleh dirampas dan keperwiraan tidak boleh
dipermalukan atau dihinakan, sebagaimana juga kesuciannya harimu ini, di
negerimu ini dan dalam bulanmu ini. Dan engkau semua akan menemui Tuhanmu lalu
Dia akan menanyakan kepadamu semua perihal amalan-amalanmu. Ingatlah, maka
janganlah engkau semua kembali menjadi orang-orang kafir sepeninggalku nanti,
yang sebahagian memukul leher sebahagian yang lain(bunuh-membunuh) tanpa dasar
kebenaran. Ingatlah, hendaklah yang menyaksikan hadir ketika itu menyampaikan
kepada yang tidak hadir. Barangkali orang yang diberi berita itu akan lebih
memahami dari sebahagian orang yang mendengar sendiri." Kemudian beliau
bersabda: "Ingatlah, bukankah aku telah menyampaikan ini? Ingatlah,
bukankah aku telah menyampaikan ini?" Kita menjawab: "Benar."
Beliau bersabda lagi: "Ya Allah, saksikanlah."
(Muttafaq
'alaih)
215. Dari
Abu Umamah, iaitu lyas bin Tsa'labah al-Haritsi r.a. bahawasanya Rasulullah
s.a.w.
bersabda:
Ertinya : "Barangsiapa yang mengambil
haknya seseorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah telah mewajibkan neraka
untuknya dan mengharamkan syurga atasnya." Kemudian ada seorang lelaki
yang bertanya: "Apakah demikian itu berlaku pula, sekalipun sesuatu benda
yang remeh, ya Rasulullah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Sekalipun
bendanya itu berupa setangkai kayu penggosok gigi."
(Riwayat
Muslim)
216. Dari
Adi bin Amirah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa
yang kita pergunakan di antara engkau semua sebagai petugas atas sesuatu
pekerjaan, kemudian menyembunyikan dari kita sebuah jarum, apalagi yang lebih
besar dari jarum itu, maka hal itu adalah sebagai pengkhianatan yang akan
dibawanya sendiri pada hari kiamat". Kemudian ada seorang lelaki berkulit
hitam dari kaum Anshar berdiri, seolah-olah saya pernah melihat padanya, lalu ia
berkata: "Ya Rasulullah terimalah kembali tugas yang Tuan serahkan itu
daripadaku maksudnya ia mohon dihentikan sebab takut akan berbuat serong
sebagai petugas. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa engkau?" Ia 22
Bulan Rajab diberi tambahan kala "Mudhar", sebabnya ialah kabilah
mudhar itu lebih sangat menghormati dan memuliakannya. kalau dibandingkan
dengan kabilah-kabilah Arab yang lain-lain.
menjawab:
"Saya mendengar Tuan bersabda demikian, demikian yakni sabda di atas
itu". Beliau s.a.w. lalu bersabda pula: "Saya berkata sekarang:
"Barangsiapa yang kami pergunakan sebagai petugas dari engkau semua untuk
melaksanakan sesuatu pekerjaan, maka hendaklah datang kepada kami dengan
membawa hasil sedikit atau hasil banyak kalau sebenarnya dapat banyak. Jadi apa-apa
yang diberikan padanya, ambillah itu dan apa-apa yang dilarang, janganlah
diambil".
(Riwayat
Muslim)
Keterangan:
Penggelapan
harta atau istilah pada zaman kita sekarang ini disebut korupsi, menilik Hadis
di atas adalah sangat besar dosanya bagi seorang pegawai yang diberi amanat dan
kepercayaan untuk memimpin dan melayani umat, sekalipun yang digelapkan itu
hanya sebuah jarum saja, apalagi kalau lebih besar nilainya. Oleh sebab itu
Hadis di atas adalah suatu ancaman yang sangat keras serta peringatan yang
tegas agar seseorang pegawai itu jangan berbuat pengkhianatan terhadap hak
milik negara. Dalam Hadis itu pula dijelaskan bahawa, seseorang yang memangku
suatu jabatan, baik yang tingkat tinggi, sedang atau rendah, apabila merasa
tidak sanggup memenuhi tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya, wajiblah
meminta berhenti sebagaimana yang dilakukan oleh seorang Anshar yang berkulit
hitam, yang dengan terang-terangan memberikan kepada Nabi s.a.w. agar diterima
kembali tugas yang diserahkan padanya.
217. Dari
Umar bin Alkhaththab r.a., katanya:
Ertinya : "Ketika terjadi perang
Khaibar, ada sekelompok dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w. datang menghadap
padanya, kemudian mereka mengatakan: "Fulan itu mati syahid dan Fulan itu
juga mati syahid", sehingga akhirnya mereka menyebutkan nama seseorang
lalu mereka berkata: "Fulan itupun mati syahid pula". Lalu Nabi
s.a.w. bersabda: "Tidak sama sekali, Fulan itu saya lihat masuk dalam
neraka kerana sebuah baju burdah atau baju kurung yang dikhianatkannya yakni
disembunyikan dari hasil rampasan peperangan."
(Riwayat
Muslim)
218. Dari
Abu Qatadah iaitu al-Harits bin Rib'i r.a. dari Rasulullah s.a.w. bahwasanya beliau s.a.w. berdiri
berkhutbah di muka orang banyak, kemudian menyebutkan kepada mereka bahawasanya
jihad fisabilillah dan beriman kepada Allah itu adalah seutama-utamanya amalan.
Kemudian ada seorang lelaki berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah,
bagaimana pendapat Tuan, jikalau saya terbunuh dalam peperangan fisabilillah,
apakah semua kesalahan saya akan dihapuskan?" Beliau s.a.w.
menjawab: "Benar, jikalau engkau dibunuh fisabilillah itu dalam
keadaan sabar, mengharapkan keredhaan Allah, sedang maju dan tidak mengundurkan
diri." Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apa
yang akan kau katakan sekarang?" Orang itu berkata lagi: "Bagaimanakah
pendapat Tuan, jikalau saya terbunuh dalam peperangan fisabilillah? Apakah
semua kesalahan saya dihapuskan?" Beliau s.a.w. menjawab: "Benar
demikian, asalkan engkau dalam keadaan sabar, mengharapkan keredhaan Allah,
sedang maju dan tidak mengundurkan diri, kecuali pula kalau engkau mempunyai
tanggungan hutang, kerana sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu
kepadaku."
(Riwayat
Muslim)
Keterangan:
Dalam
Hadis di atas ada suatu keterangan yang jelas bahawa sekalipun berjihad
fisabilillah sampai mati syahid itu, pahalanya amat besar sekali di sisi Allah,
namun tidak dapat menghapuskan tanggungan perihal haknya sesama manusia seperti
hutang. Jadi selama hutangnya itu belum dilunasi atau direlakan oleh yang
memberi hutang, tetap masih akan diperhitungkan di akhirat nanti sebagai suatu
dosa yang menjadi bebannya. Jadi yang dapat dihapus hanyalah hak-haknya Allah
yang berupa dosa-dosa kecil belaka. Inilah yang insya Allah akan diampuni.
219. Dari
Abu Hurairah r.a. bahawasanya s.a.w. bersabda:
Ertinya : "Adakah engkau semua tahu,
siapakah orang yang pailit bangkrup itu?" Para sahabat menjawab:
"Orang pailit di kalangan kita ialah orang yang sudah tidak memiliki lagi
sedirhampun atau sesuatu benda apapun." Beliau s.a.w. lalu bersabda:
"Orang pailit dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari
kiamat dengan membawa amalan solat, puasa dan zakatnya, tetapi kedatangannya
itu dahulunya ketika di dunia pernah mencaci maki si Anu, mendakwa serong
kepada si Anu, makan harta si Anu, mengalirkan darah si Anu tanpa dasar
kebenaran, pernah memukul si Anu. Maka orang yang dianiaya itu diberikan
kebaikan orang tadi dan yang lainpun diberi kebaikannya pula, Jikalau
kebaikan-kebaikannya sudah habis sebelum terlunas tanggungan penganiayaannya,
maka diambillah dari kesalahan-kesalahan orang-orang yang dianiayanya itu lalu
dibebankan kepada orang tersebut, selanjutnya orang itu dilemparkanlah ke dalam
neraka."
(Riwayat
Muslim)
220. Dari
Ummu Salamah radhiallahu 'anha bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya : "Hanyasanya saya ini adalah
seorang manusia seperti engkau semua pula dan sesungguhnya engkau semua akan
mengajukan perselisihanmu itu kepadaku, barangkali sebahagian dari engkau semua
ada yang lebih cerdik mengemukakan hujah alasannya dari sebahagian yang lain.
Maka saya akan memutuskannya sesuai dengan apa yang saya dengar. Maka
barangsiapa yang saya putuskan untuknya mendapat kemenangan sedangkan ia
mengetahui bahawa itu adalah hak saudaranya dimenangkan kerana kepandaian
bicaranya, maka sesungguhnya saja saya tentukan untuknya sepotong daripada api
neraka."
(Muttafaq
'alaih)
Alhanu, ertinya lebih mengerti atau lebih
pandai (dalam mengemukakan alasan dan lain-lain).
221. Dari
Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya : "Sentiasalah seseorang
mukmin itu ada di dalam kelapangan agamanya, selama ia tidak pernah memperoleh
darah yang haram yakni tidak pernah membunuh tanpa dasar kebenaran."
(Riwayat
Bukhari)
222. Dari
Khaulah binti Tsamir al-Anshariyah dan ia adalah isterinya Hamzah radhiallahu
'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya : "Sesungguhnya ada beberapa
orang yang membelanjakan harta Allah yakni harta milik kaum Muslimin tanpa
dasar kebenaran, maka bagi mereka itu adalah neraka pada hari kiamat."
(Riwayat
Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan