Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 19 Februari 2014

P 13 : INILAH KELEMAHAN WANITA YANG FATAL

Kaum "Feminis" bilang susah jadi wanita, lihat saja peraturan di bawah ini:

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak Ada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA."

PADAHAL.. Pernahkah Kita lihat sebaliknya (kenyataannya)?

1. Benda yang Mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2.Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, Ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal dunia kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

SUBHANALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH SWT pada wanita.

KELEMAHAN WANITA ITU ADALAH:
"Wanita selalu lupa betapa berharga dirinya."

Semoga ALLAH sentiasa membimbing kita dalam keadaan iman dan takwa kepadaNya, dan mudah-mudahan ALLAH menjadikan yang sudah menikah menjadi pasangan yang Sakinah, Mawaddah, warahmah, untuk taat kepada suami, dan menyayangi isterinya. Dan yang belum menikah semoga ALLAH pertemukan jodohnya, dan segera menikah dengan pasangan yang dikehendaki.

Ya Allah Ya Rabb, kurniakanlah kami hati yang tulus, ikhlas dan sabar, berikan kami hati yang pemaaf, penyayang dan selalu bersyukur..

Kuatkan hati kami dalam agama, keimanan dan ketakwaan padaMu, kupasrahkan segenap hati ini padaMu ya Rabb, Engkau yang Maha Membolak-balik kan hati...

Aamiin Ya Rabbal'alamiin...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan