Empat tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah
Rasulullah s.a.w. :
PERTAMA:
Umur
1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk memanjakan,
mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan
anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Berdasarkan
pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk
menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah
seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan
Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa
setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan
mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.
Dalam
kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul
itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama
sekali.
Ada
orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar
dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja
enggan melakukannya malah marah kepada ibubapanya. Jika kewajipan yang
tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan
apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibubapanya.
Kesimpulannya,
masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi
kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu
bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan
yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat
perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya
membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibubapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan