1.
Kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
2.
Kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
3.
Adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
4.
Lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
5.
Satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas
yang tidak disengajakan
6.
Kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
7.
Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
8.
Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
9.
Bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
10.
Terlalu banyak bergurau dan bersenda.
11.
Suka menghina orang lain.
12.
Menyebarkan rahsia.
13.
Berjanji lalu mendustai janji itu.
14.
Akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
15.
Mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
16.
Menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
17.
Memuji yang melampau-lampau.
Anda
sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata
dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan.
Salah
satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.
Kerana
lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun
kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.
Kerana
lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan
mengumpat-umpat, ramai di antara kita ditimpa dengan masalah yang tak
berkesudahan.
Masalah
itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah.
Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk
sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.
Jika
hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai
Anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan