1.
Suami WAJIB memelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB MENDAHULUKAN DOKTOR PEREMPUAN TERUTAMANYA DOKTOR ISLAM.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.
Selain
itu, pesanan mereka dalam Semanis Kurma TV9, apabila dalam keadaan isteri
terlalu SAKIT sangat sehingga menyebabkan hilang punca dan tak boleh berfikir
maka :
1.
PERANAN SUAMI sangat penting dan mustahak kerana suami perlu membuat keputusan
berkaitan aurat dan maruah isteri.
2.
Suami WAJIB menjaga dan memelihara aurat isteri ketika dalam wad, bilik
bersalin (Labour Room) dan di lain-lain tempat.Antaranya seperti isteri tidak
memakai tudung, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu bayi
dalam keadaan suasana terbuka sehingga orang lain boleh nampak aurat dada
isteri dan perlu di ingatkan ada juga staff lelaki yang mana tugasnya memberi
makanan kepada pesakit di dalam wad.
3.
WAJIB, WAJIB, dan WAJIB ada MAHRAM yang menemani isteri ketika datangnya
darurat yang mengizinkan aurat terbuka.
> Pertama SUAMI
>
kedua SAUDARA PEREMPUAN
>
ketiga jururawat perempuan
*
Di hospital kerajaan, biasanya terdapat doktor pelatih lelaki dan jururawat
pelatih lelaki yang berada di dalam bilik bersalin. Ingat peranan anda sebagai
suami. Apa yang lebih penting : Menjaga aurat isteri atau doktor pelatih?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan