Jangan
sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar
najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan
makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia
membahayakan.
Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan
mewarisi kepapaan.
Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka
pintu berkat).
Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi
syaitan.
Jangan
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Jangan
pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi
kepapaan.
Jangan
biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan
menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila
masa.
Jangan
ego untuk memohon maaf pada ibubapa dan sesama manusia andainya kita memang
berdosa.
Jangan
mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan.
Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong
bila berjaya, andai gagal tidak kecewa.
Jangan
bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki
melimpah.
Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih
orang kepada kita.
Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan