Abu
Darda' berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewasiatkan sembilan
perkara kepadaku iaitu:
1-
Janganlah engkau mempersekutukan Allah meskipun lehermu akan dipenggal atau
dirimu akan dibakar.
2-
Jangan sekali-kali meninggalkan solat wajib dengan sengaja, (kerana)
barangsiapa yang melakukannya dengan sengaja, nescaya jaminan Allah akan
terlepas darinya.
3-
Jangan meminum minuman keras, kerana itu adalah kunci segala keburukan.
4-
Dan taatilah kedua orang tuamu, apabila mereka menyuruhmu untuk menyerahkan
seluruh harta yang engkau miliki maka serahkanlah hartamu kepada keduanya.
5- Janganlah menentang pemimpin
walaupun engkau tahu bahawa engkaulah yang benar.
6- Jangan lari dari medan pertempuran, meskipun engkau akan terbunuh dan teman-temanmu melarikan diri.
6- Jangan lari dari medan pertempuran, meskipun engkau akan terbunuh dan teman-temanmu melarikan diri.
7- Infakkanlah sebahagian harta yang
engkau miliki kepada keluargamu.
8- Jangan lalai mengawasi keluargamu
(dalam mendidik mereka)
9- Dan ajarkanlah kepada mereka untuk
bertakwa kepada Allah.”
(HR.
Bukhari dalam Adabul Mufrod no. 18. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits
ini hasan. Lihat Al Irwa’ 2026, disebutkan dalam Ibnu Majah no. 4034)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan