Meski
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA melarang kita mendoakan orang
lain agar celaka / dapat bencana, namun khusus terhadap orang-orang yang
dizalimi / dianiaya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
membolehkannya. Jadi saat seseorang dizalimi dan disakiti dan dia mendoakan
orang yang menyakitinya agar ditimpa musibah, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan mengabulkannya.
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA telah berfirman :
لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا
عليما
"ALLAH tidak suka seseorang
mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan
orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan ALLAH
itu maha mendengar dan maha mengetahui."
(148 : an-Nisa)
Jadi
meski ada orang yang kafir atau jahat, hendaknya kita tetap berlaku adil. Tidak
berlebihan dan menzalimi mereka. Sebab doa orang yang teraniaya meski mereka
itu kafir dan jahat, tetap dikabulkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA.
Daripada
Mu'az ra berkata: Aku diutus oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM lalu Beliau bersabda :
Sesungguhnya
engkau akan mendatangi sesuatu kaum dari ahli kitab, maka ajaklah mereka untuk
bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan bahawa aku adalah utusan ALLAH.
Jika mereka telah patuh untuk melakukan itu, maka beritahukanlah bahawa ALLAH
telah mewajibkan atas mereka solat lima waktu dalam setiap sehari semalam. Jika
mereka telah patuh untuk melakukan itu, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa
ALLAH mewajibkan atas mereka zakat yang diambil dari orang-orang kaya di antara
mereka, kemudian diberikan kepada yang miskin. Jika mereka telah patuh untuk
melakukan itu, jauhilah harta mereka. Peliharalah diri kalian dari doa orang
yang terzalimi, kerana sesungguhnya tidak ada penghalang antara doa tersebut
dengan ALLAH.
(Muttafaq
'alaih)
Daripada
Abu Hurairah ra berkata: RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :
Ada tiga doa mustajab
(dikabulkan) yang tidak ada keraguan di dalamnya, iaitu: doa orang yang
teraniaya, doa musafir, dan doa buruk orang tua kepada anaknya.
(HR Abu Daud dan al-Tirmizi. al-Tirmizi berkata:
Hadis hasan)
http://masuksurga.pusatkajianhadis.com/id/index.php/kajian/temadetail/796/doa-orang-yang-dizalimi
Hadis
daripada Anas ra , RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:
اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب
"Hendaklah kamu waspada
terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya
tidak ada penghalang di antaranya untuk diterima oleh ALLAH."
Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan
Hadis
daripada Abu Hurairah ra, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :
دعوة المظلوم مستجابة وإن كان فاجرا ففجوره على نفسه
"Doa orang yang dizalimi
adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu
memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi."
(Hadis hasan riwayat at-Tayalasi)
Hadis
daripada Ibnu Umar ra, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :
اتق دعوة المظلوم
فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة
"Hendaklah kamu waspada
terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat
pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan