Kisah nyata
Saya mengenal seseorang, beliau adalah pedagang. Beliau masih mengontrak di rumah petak. Tiada banyak kepunyaannya. Cuma motor satu, dan isi kontrakan seadanya. Tidak ada yang istimewa lagi mewah di dalamnya.
Pandangan
saya cuma satu tertuju pada celengan(tabung) agak besar di atas almarinya.
Ketika ditanya, tabungan itu untuk apa? Nabung berapa? Sudah dapat berapa? Dia
hanya menjawab.
“Saya ingin
bangun masjid di kampung saya, Mas. Saya menabung sekian Mas, biar cepat, nanti
kalau wangnya sudah cukup, saya boleh beli tanah, kalau sudah terkumpul lagi,
saya belikan bahan bangunan, kalau sudah terkumpul lagi, saya bayar tukang
untuk membangunkan masjid tersebut.”
Saya
tertonjok, “Apa yang sudah saya infaqkan selama ini?”
Dulu, saya selalu
berharap buku tabungan saya boleh saya penuhi dengan wang untuk diri saya, isteri
saya, anak-anak saya. Rumah saya, saya bangun dan terus bangun, saya belikan
mobil sebanyak-banyaknya untuk memenuhi garasi rumah saya, saya belikan emas,
kontrakan, tanah, untuk pelaburan, agar anak cucu saya kelak tak hidup susah.
Saya tak berfikir,
bahawa ada hak orang lain di dalam harta saya. Saya pun tak berfikir, kelak
ketika saya tiada, itu akan menjadi rebutan anak cucu saya. Yang saya bawa apa?
Dan saya meninggalkan anak cucu saya suatu perkara yang menyebabkan banyaknya
manusia berada di neraka juga.
Benarlah apa
yang Nabi Muhammad shallaallahu alaihi wasallam sabdakan, bahawa dunia ini tak
lebih baik dari bangkai anak kambing. Dan setiap yang menginginkannya, akan
selalu merasa haus dan haus. Hanya segelintir orang yang mampu memaknai hakikat
ia hidup.
Saya iri
dengan dia.
Coretan Sahabat FB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan