Kembali pada
hadits daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَمَنْ سَلَكَ
طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى
الْجَنَّةِ.
“Siapa yang
menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan
menuju syurga.”
(HR. Muslim,
no. 2699)
Makna Allah SWT akan mudahkan baginya jalan menuju syurga, ada empat makna sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Rajab Al-Hambali:
Pertama:
Dengan menempuh jalan mencari ilmu, Allah SWT akan memudahkannya masuk syurga.
Kedua: Menuntut ilmu adalah sebab seseorang mendapatkan hidayah. Hidayah inilah yang menghantarkan seseorang pada syurga.
Ketiga: Menuntut suatu ilmu akan menghantarkan pada ilmu lainnya yang dengan ilmu tersebut akan menghantarkan kepada syurga.
Sebagaimana kata sebahagian ulama kala suatu ilmu diamalkan,
مَنْ عَمِلَ
بِمَا عَلِمَ أَوْرَثَهُ اللهُ عِلْمَ مَا لَمْ يَعْلَمْ.
“Siapa yang mengamalkan suatu ilmu yang telah ia pelajari, maka Allah akan mewarisinya ilmu yang tidak ia ketahui.”
Sebagaimana kata ulama lainnya,
ثَوَابُ
الحَسَنَةِ الحَسَنَةُ بَعْدَهَا.
“Balasan dari
kebaikan adalah kebaikan selanjutnya.”
Begitu juga dalam ayat disebutkan,
وَيَزِيدُ
اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى.
“Dan Allah
akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk.”
(QS. Maryam:
76)
Juga pada
firman Allah SWT,
وَالَّذِينَ
اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآَتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ.
“Dan
orang-orang yang mahu menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka
dan memberikan balasan ketakwaannya.”
(QS.
Muhammad: 17)
Keempat: Dengan ilmu, Allah SWT akan memudahkan jalan yang nyata menuju syurga iaitu saat melewati shirath (sesuatu yang terbentang di atas neraka menuju syurga).
Sampai-sampai
Ibnu Rajab simpulkan, menuntut ilmu adalah jalan paling ringkas menuju syurga.
(Jami’
Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2: 297-298)
Semoga dengan ilmu agama, kita dimudahkan untuk masuk syurga.
Penyusun:
Ustaz Muhammad Abduh Tuasikal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan