Tahukah anda bahawa untuk tiga amalan di bawah ini Allah azza
wa jalla tidak menetapkan kadar pahala yang tetap bagi pelakunya. Mengapa?
Karena ketiganya merupakan amalan yang agung di sisi Allah SWT dan bagi pelakunya ada pahala tanpa batas.
1. Memaafkan.
Allah SWT berfirman:
ﻓَﻤَﻦْ ﻋَﻔَﺎ ﻭَﺃَﺻْﻠَﺢَ ﻓَﺄَﺟْﺮُﻩُ
ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪِ
"Maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka
pahalanya berada di atas (tanggungan) Allah.”
(asy-Syura: 40)
2. Bersabar
Allah SWT berfirman:
ﺇﻧﻤﺎ ﻳﻮﻓﻰ ﺍﻟﺼﺎﺑﺮﻭﻥ ﺃﺟﺮﻫﻢ ﺑﻐﻴﺮ ﺣﺴﺎﺏ
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan
pahala mereka tanpa batas."
(QS Az Zumar : 10)
3. Puasa
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
ﻛُﻞُّ ﻋَﻤَﻞِ ﺍﺑْﻦِ ﺁﺩَﻡَ ﻳُﻀَﺎﻋَﻒُ ﺍﻟْﺤَﺴَﻨَﺔُ ﻋَﺸْﺮُ ﺃَﻣْﺜَﺎﻟِﻬَﺎ ﺇِﻟَﻰ ﺳَﺒْﻌِﻤِﺎﺋَﺔِ ﺿِﻌْﻒٍ ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪُ
ﻋَﺰَّ ﻭَﺟَﻞَّ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﺼَّﻮْﻡَ ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﻟِﻰ ﻭَﺃَﻧَﺎ ﺃَﺟْﺰِﻯ ﺑِﻪِ ﻳَﺪَﻉُ ﺷَﻬْﻮَﺗَﻪُ ﻭَﻃَﻌَﺎﻣَﻪُ ﻣِﻦْ ﺃَﺟْﻠِﻰ ﻟِﻠﺼَّﺎﺋِﻢِ
ﻓَﺮْﺣَﺘَﺎﻥِ ﻓَﺮْﺣَﺔٌ ﻋِﻨْﺪَ ﻓِﻄْﺮِﻩِ ﻭَﻓَﺮْﺣَﺔٌ ﻋِﻨْﺪَ ﻟِﻘَﺎﺀِ ﺭَﺑِّﻪِ . ﻭَﻟَﺨُﻠُﻮﻑُ ﻓِﻴﻪِ ﺃَﻃْﻴَﺐُ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ
ﺭِﻳﺢِ ﺍﻟْﻤِﺴْﻚِ
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan
dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali
lipat. Allah SWT berfirman (yang ertinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa
tersebut adalah untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia
telah meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan
mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan
kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa
lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”
(HR. Muslim no. 1151)
Semoga Allah azza wa jalla memberi kita taufik agar boleh mengamalkan ketiga amal mulia di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan