Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 12 Disember 2020

V 93 : ISTIMEWANYA UMAT NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM

 Yok kita ambil iktibar

Menangis saya bila baca, meremang bulu roma. "Yaa Allah, kau ampunilah dosa-dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia.'' 

Mohon baca jangan tak baca.

6 perkara Allah Subhanahu Wata'ala sembunyikan

Allah Subhanahu Wata'ala selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah Subhanahu Wata'ala menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara 

timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu 

Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?'

Lalu Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang bermaksud: 'Tidak' 

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

sallallahu 'alaihi wa sallam

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang bermaksud: 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorangpun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir 

zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'


Kemudian Jibrail as berkata: 'Yaa Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' 

Lalu Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang bermaksud: 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' 

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah Subhanahu Wata'ala untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin daripada Allah Subhanahu Wata'ala maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah Subhanahu Wata'ala lalu ia berkata dalam sujud: 

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?' 

Kemudian Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.'

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan enam perkara iaitu: 

Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam Al Quran. 

Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 

Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 

Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

Wahai keluargaku, kaum kerabatku, saudara maraku, sahabat-sahabatku,  rakan-rakanku yang dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kita kembali ke pangkal jalan, ikut Islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikan, pahala seseorang yang diajak kebaikan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. In Shaa Allah. 

Allah Subhanahu Wata'ala always with us. Aamiin...

C&P.



Ahad, 27 September 2020

V 92 : MENCARI KEREDHAAN ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA

1. Membaca Surah Al-Ikhlas

Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam sholat apabila kita mengejar masa. 

Rasulullah  ﷺ bersabda: "Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga." 

(Hadis Riwayat Ahmad). 

Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, In Shaa Allah kita akan memperolehi rumah di Syurga!

2. Berselawat Kepada Rasulullah ﷺ

Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Rasulullah   kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya. "Barangsiapa yang bersolawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda."

(Hadis Riwayat Muslim)


‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Di dalam masa satu minit, kita boleh bersolawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.

3. Beristighfar Memohon Keampunan

Setiap kali kita beristighfar, Allah Subhanahu Wata'ala akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. 

Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad ﷺ: "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." 

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad). 

Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek (أستغفر الله العظيم)

“Astaghfirullah hal adzhim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

4. Bertanya Khabar Keluarga

Dengan wujudnya perbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau WA sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang. Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim.

Sabda Nabi Muhammad ﷺ: "Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim." 

(Hadis Riwayat Bukhari)

5. Lafaz Tasbih

Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih yaitu:

‎– سبحان الله و بحمده – 

‎– سبحان الله العظيم – 

"Subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim." (Hadis Riwayat Muslim). Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

6. Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Allah Subhanahu Wata'ala.

Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad ﷺ juga ada bersabda: "Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga."

‎لا حول ولا قوة إلا بالله

(Hadis Riwayat Bukhari)

Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.

7. Mendoakan Orang Lain

Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, In Shaa Allah, Allah Subhanahu Wata'ala juga akan memberikan doa yang sama buat kita. Rasulullah bersabda ﷺ : "Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya." 

(Hadis Riwayat al-Thabarani)

8. Sebarkan Kebaikan

Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahalanya.

Moga bermanfaat

FB majlis ilmu




V 91 : ISTIQAMAH MENJAGA LISAN



عن أَبي سَعيدٍ الخُدْرِيِّ  عن النَّبيّ ﷺ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ ابْنُ آدَمَ فَإِنَّ اْلأََعْضَاءَ كُلَّهَا تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُوْلُ : اِتَّقِ اللهَ فِيْنَا فَإِنَّمَـا نَحْنُ بِكَ فَإِنِ اسْتَقَمْتَ  اِسْتَقَمْنَا  وَإِنِ اعْوَجَجْتَ  اِعْوَجَجْنَا


Daripada Abu Said al-Hudari daripada Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam baginda bersabda: “Jika anak keturunan Adam berada di pagi hari, seluruh organ tubuh tunduk kepada lidah dengan berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah Azza wa Jalla pada kami, kerana kami bersamamu. Jika engkau istiqâmah, kami juga istiqâmah. Jika engkau menyimpang, kami juga menyimpang.” 

(HR Tirmidzi No: 2407). Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Lidah boleh menjadi penyebab seseorang menjadi soleh juga kufur.

2.  Semua anggota tubuh manusia akan tunduk dan mengikuti amalan lidahnya. 

3.  Jika lisannya (termasuk tulisan) istiqâmah dalam ketaatan atau tidak mengucapkan perkataan yang mendatangkan dosa dan murka Allah Subhanahu Wata'ala,  maka seluruh anggota seseorang itu akan mengikuti amal ketaatan hingga ia selamat di sisi Allah Subhanahu Wata'ala.

4.  Lisan yang tidak dijaga malah menjadi kebiasaan mengumpat dan memfitnah, maka seluruh anggota lain akan mengikuti  perbuatan itu berterusan dan akan menyeret tuannya ke neraka.

5.  Setiap yang diucap mahupun ditulis sama ada yang baik mahupun yang buruk akan dicatat oleh Malaikat dan akan dihisab. Firman Allah Subhanahu Wata'ala:


مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ ١٨

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

[Qâf/50:18]

Ayuh jaga lidah dan istiqamah dengan amal baik agar anggota  lain juga menjadi baik.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera


V 90 : DOA HARIAN

.بِبِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


‎اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ  يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغَىْ لِجَلاَلِ وِجْهِكَ الكَرِيمِ  وَعَظِيْمِ سُلْطَانِك   اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ


Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, 

Wahai Tuhan Kami, Di Pagi Ini, 

Engkau Ampunkanlah Dosa Dosa Kami, 

Dosa Dosa Keluarga Kami, 

Dosa Dosa Kedua Ibu Bapa Kami, 

Dosa Dosa Kedua Ibu Bapa Mertua Kami, 

Dosa Dosa Sahabat Sahabat Kami, 

Dosa Dosa  Muslimin Dan Muslimat yang hidup mahupun yang telah mati.

Yaa Allah, Permudahkanlah Segala Urusan Duniawi Dan Ukhrawi Kami.

Yaa Allah, Kurniakanlah Kami Kesihatan Yang baik, 

Rezeki Yang Berterusan Dan Berkat 

Serta Kebahagiaan Dan Anugerahkan

Kasih Sayang Kepada Kami Dan Keluarga.

Yaa Allah, Jadikanlah Kami Semua Orang-Orang Yang Beriman, 

TAAT Dan PATUH Dengan SuruhanMU Dan Jauhkanlah Dari Segala LaranganMU.

Yaa Allah, Berilkanlah Kami Kekuatan Dalam Istiqomah Serta Meningkatkanlah Ibadah Sepanjang Hayat Kami, Dalam Mengsyukuri Nikmat Yang Engkau Berikan Kepada Kami.

Yaa Allah, Engkau Permudahkanlah 

Segala Urusan Sahabat Sahabat Kami

Yang Sedang diuji Dengan Ujian Cubaan Dan Dugaan. Berikanlah Ketabahan Untuk Kami Semua Menghadapi Apa Saja Ujian Cubaan Dan Dugaaan darimu. 

Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Kami Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam, Para Sahabat Sahabat 

Serta Ahli Keluarga Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

EngKau Kabulkanlah Segala Permintaan Kami, Hamba HambaMU Yang Lemah Ini.

Yaa Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun.


‎رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


‎وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْوَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ

~ Yaa Allah jangan Engkau bolak balikkan hati kami... ~

Tetapkan hati kami dalam meraih cintaMu. Setinggi mana amalan yang dilakukan menjadi sia-sia, Tanpa rahmat dan belasMu.

Yaa Rahim, satukan hati-hati umat Muhammad SAW ini dalam menegakkan ISLAM.

Yaa Rahman, jauhkan hati-hati kami dari penyakit "Wahn" (Cintakan Dunia Takutkan Mati).

Yaa Allah, jadikan kami tergolong dari golongan hambaMu yang memperjuangkan Islam, jauhi kami dari menjadi fitnah kepada Islam.

Jadikan kami hambaMu yang Izzah dengan Islam, tidak malu berpakaian Islam, tidak merasa ketinggalan dalam kemodenan. Jauhi kami dari berkiblatkan barat dengan mengikut cara berpakaian mereka, pemikiran mereka yang jauh dari Pencipta, makanan mereka yang merosakkan, keseronokan yang melalaikan hati.

Yaa Ghafur, ampuni dosa kami, dosa keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa rakan taulan kami, dan dosa seluruh umat Islam.

Yaa Allah…Yaa Rahman…Yaa Rahim…

Dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu yaa Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Yaa Fattahu Yaa 'alim…

Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu. Yaa Allah.. takdirkanlah yang baik-baik untuk kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami yaa Allah…

Yaa Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik, supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Yaa Allah.. ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Yaa Allah… Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru yaa Allah... ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu yaa Allah…

Yaa Allah…Yaa Rahman..Yaa Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami... kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu yaa Allah... yaa Rahman... pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezki kepada keluarga kami... kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu yaa Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan... Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu yaa Allah…..

Yaa Allah…. Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh… Golongkanlah mereka dlm golongan orang-orang yang Engkau redhai… Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU.. maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik… dalam keampunan dan rahmatMu Yaa Allah…

Yaa Allah Yaa Azizz…

Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram… Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab… Kau jauhkanlah kami sifat ujub, riak, takbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Yaa Rashid…Yaa Rahman…Yaa Rahim..

Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Yaa Allah… Agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Mengasihi…

Yaa Allah Yaa Malikal Mulk…

Yaa Razak..Yaa Fattahu Yaa 'Alim…

Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu.. sebaliknya,  janganlah kau jadikan kami daripads golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.

Yaa Allah….

Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang.

Yaa Allah Yaa Zal Jalali Wal Ikram…

Yaa Allah.. Jadikanlah kami seorang yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kami miliki, agar jadi modal untuk berubudiyah kepadaMu. 

Yaa Allah sedarkanlah bahawa hidup hanyalah masa yang dipinjamkan dan ada amanah yang dipertanggungjawabkan.

Yaa Allah, kami... 

1. Bersyukur atas nikmat nafas yang masih Engkau pernafaskan. 

2. Bersyukur atas keluarga yang Engkau anugerahkan.

3. Bersyukur atas setiap pekerjaan yang telah Engkau galaskan. 

4. Bersyukur atas kesihatan yang masih baik hingga saat ini. 

5. Bersyukur atas rahmat serta nikmat kesedaran dan kefahaman yang Engkau berikan. 

6. Bersyukur kerana dapat bersyukur walau masih ada lompang, agar Engkau pelihara kami dari sifat sombong dengan apa yang telah Engkau berikan.

7. Bersyukur atas apa yang telah Engkau perjalankan dalam hidup selama ini.  

Yaa Allah, jadikan kami sentiasa sedarkan bahawa semuanya bukan milik kami, semuanya milik Engkau Yaa Allah..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... 

Terima kasih yaa Allah, terima kasih yaa Allah, terima kasih yaa Allah....

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

        

اَللّٰهُمَ صَلِّى عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلىَ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلىَ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.

 

  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ    

ٍ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Alhamdulillah kami bersyukur dan berterima kasih kepadaMu Yaa Allah  di atas nikmat kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami, kebahagiaan kami, keselamatan kami, kesejahteraan kami, kesihatan kami, yang telah Engkau limpahkan kepada kami.         

Yaa Allah, janganlah Engkau sibukkan diri kami dan  lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepadaMu Yaa Allah.

Yaa Allah, berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.

Yaa Allah, jadikanlah hari ini penuh semangat buat kami, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.

Yaa Allah, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat denganMu Yaa Allah.

Yaa Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Yaa Allah, permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat. 

Yaa Allah, tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami sentiasa teguh.

Yaa Allah, kami berdoa Yaa Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Yaa Allah, kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah.

Yaa Allah, terimalah semua amal ibadah kami dan mudah-mudahan ia dapat menerangi kubur kami.

Yaa Allah, perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.

Yaa Allah, tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut. 

Yaa Allah, peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaranMu agar kami tidak disiksa di padang mashyarMu Yaa Allah.

Yaa Allah, sesungguhnya Engkaulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Yaa Allah,  janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Yaa Allah, Yaa Rahman, berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Yaa Allah Ya Rahman, tunjukkan kepada kami perkara yang benar itu adalah benar dan rezekikan kepada kami untuk kami melakukannya. Yaa Allah Yaa Aziz, tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil  itu adalah Bathil, dan rezekikan kepada kami agar kami  tidak melakukannya.

Yaa Allah Yaa Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa pasangan hidup kami, dosa anak-anak kami, dosa kaum keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat kami, pemimpin-pemimpin kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yang masih ada hidup atau telah meninggal dunia.  

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

                                                        

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ





Jumaat, 25 September 2020

V 89 : CARA MENGHAFAL SURAH AL KAHFI

Jom kita tengok langkah demi langkah menghafal 10 ayat awal dan akhir Surah Al Kahfi dengan cara mudah.

1. Pecahkan 10 ayat tersebut kepada blok-blok kecil. Ikut kreativiti masing-masing nak guna highlighter ke, nak kotak-kotakkan ke atau tulis semula mengikut blok.
Otak kita lebih mudah mengingat, menyerap dan menyimpan dalam kumpulan kecil.
Blok 1: ayat 1-4
Blok 2: ayat 5-7
Blok 3: ayat 8-10
2. Baca ayat 1 sehingga lancar, sekurang-kurangnya 5 kali.
3. Tutup al Quran dan
cuba hafalkan. Jika terlupa, ulang semula.
4. Dah ingat ayat 1, pindah ke ayat 2. Baca sehingga lancar dan cuba hafalkan.
5. Dah ingat ayat 2, ulang semula hafazan ayat 1&2 sehingga lancar dan ingat.
6. Dah ingat ayat 1&2, pindah pula ke ayat 3. Baca sehingga lancar dan cuba hafalkan.
7. Dah ingat ayat 3, ulang semula hafazan ayat 1,2&3 sehingga lancar dan ingat.
8. Dah ingat ayat 1,2&3, pindah pula ke ayat 4. Baca sehingga lancar dan cuba hafalkan.
9. Dah ingat ayat 4, ulang semula hafazan ayat 1,2,3&4 sehingga lancar dan ingat.
10. Alhamdulillah, selesai blok yang pertama. Teruskan hafazan sehingga ayat ke-10 menggunakan kaedah yang sama.
Andaikata kita mengambil masa 5 minit untuk hafazan 1 ayat, kita cuma perlukan 20 minit sahaja untuk hafazan blok pertama. Kalau bacaan dah lancar, kita akan lebih mudah mengingat, masa yang digunakan juga lebih cepat.
Baca 10 ayat alkahfi setiap hari pagi dan petang tanpa melihat al Quran. Buka akaun Quran jika lupa. Lebih mudah, pasangkan audio surah alkahfi sepanjang hari setiap hari supaya hafazan kita terakam kemas dalam memori.
Tak lengkap rasanya jika hanya 10 ayat awal sahaja. Teruskan pula hafazan untuk 10 ayat terakhir surah alkahfi menggunakan kaedah yang sama.
Kemudian, baca 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah alkahfi setiap hari pagi dan petang. Bila dah ingat, sambil basuh pinggan pun boleh baca, alhamdulillah. Baca keseluruhan surah pula pada hari jumaat.
Ustaz kata, orang yang membacanya sahaja yang akan dilindungi dari kedahsyatan fitnah dajjal. Jom kita ajak anak-anak dan ahli keluarga kita sama-sama membaca dan menghafal alkahfi. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala mempermudahkannya.
Allahu Musta'an



 

Jumaat, 11 September 2020

V88: BERSEGERALAH MEMOHON KEAMPUNAN

 Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ


Maksudnya: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa."
[Surah Ali Imran ayat 133]
Peluang terbesar yang Allah Subhanahu Wata'ala berikan kepada kita untuk meraih ampunan dan redhaNya dengan menabung segala amal kebaikan kita. Peluang ini yang patut kita syukuri dalam hidup kita adalah kerana kita masih diberi peluang hidup di dunia ini. Rebutlah peluang meraih ampunan dan redha Allah Subhanahu Wata'ala.





V 87: GANDAAN PAHALA

 Allah Subhanahu Wata'ala Menggandakan Pahala Kebaikan Meskipun Sekecil Zarah.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا


Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar."
[Surah An-Nisa' ayat 40]


Kita selalu menganggap bahawa sesuatu yang "kecil" sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mendatangkan apa-apa kesan jika melakukannya, baik ia berupa kebaikan ataupun keburukan. Mungkin kita lupa bahawa sesuatu yang besar itu diawali oleh sesuatu yang kecil.
Ada ketikanya amal kebaikan yang kecil, yang hanya dipandang sebelah mata, diberi penghormatan besar dan keselamatan bagi kebaikan manusia. Ada ketikanya pula, amalan yang hebat itu dibangga-banggakan, malah menjadi sebutan dan pujian ramai, tetapi tidak memberi manfaat, bahkan kadang-kadang mengundang fitnah pula.
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu Wata'ala melipatgandakan amalan kebaikan yang dilakukan oleh seorang manusia walaupun kebaikan itu hanyalah sekecil zarah.

-Wan Muhammad Firdaus




V 86: BERKAT HIDUP

 Berkat itu kita akan diperolehi bila kita:

Baik pada ibubapa.
Banyak istighfar.
Taat beribadat pada Allah Subhanahu Wata'ala.
Menghindari dosa.
Mendoa selalu dimurahkan rezeki.
Bersedekah.
Membantu golongan miskin.
Jaga silaturrahim.
Memuliakan tetamu.
Solat Dhuha dan solat sunat.
Bersyukur.
Berdoa.
Tawakal.




V 85: HITUNGLAH DOSA

 "Hitunglah dosa kita selagi nafas masih dikandung badan. Supaya datang keinsafan dan kesedaran.

Menghitung bukan untuk kesombongan dan merasa diri lebih baik dan suci dari orang lain. Namun untuk memperbaiki diri terus menerus agar menjadi hamba sentiasa syukur dan agar sentiasa dalam rendah diri serta tawaduk agar benar ucapan kita bahawa hidup dan mati hanya untuk Allah Subhanahu Wata'ala."




V 84: BERSYUKURLAH

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


Maksudnya: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih."
[Surah Ibrahim ayat 7]

Bagaimana melahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala?
1) Hendaklah memuji Allah Subhanahu Wata'ala di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Ini sepertimana ungkapan Nabi Sulaiman as:


هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ


Maksudnya: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya.”
2) Lakukanlah amalan-amalan sebagai satu bentuk dan tanda kesyukuran. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا


Maksudnya: "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!"
3) Bangun menunaikan solat malam
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah ra, Nabi SAW berdiri solat (malam) sehingga pecah kedua kaki Baginda. Lalu beliau bertanya kepada Baginda SAW: “Kenapa engkau lakukan ini, hai Rasulullah? Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan akan datang? Lalu Baginda SAW menjawab:


يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا


Maksudnya: “Wahai Aisyah! Tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang bersyukur.”

Wan Muhammad Firdaus




V 83: ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA MENJAMIN REZEKI SEMUA MAKHLUKNYA

 Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:

وَما مِن دابَّةٍ فِي الأَرضِ إِلّا عَلَى اللَّهِ رِزقُها وَيَعلَمُ مُستَقَرَّها وَمُستَودَعَها ۚ كُلٌّ في كِتابٍ مُبينٍ


Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata.”
[Surah Hud ayat 6]

Allah Subhanahu Wata'ala bukan sahaja menguruskan manusia, tetapi Allah Subhanahu Wata'ala menguruskan semua makhluk yang hidup dan bergerak di alam ini. Perkataan دَابَّةٍ bermaksud ‘yang bergerak’. Sama ada melata di bumi ataupun terbang di langit. Dari sekecil-kecil bakteria hingga kepada sebesar-besar makhluk ciptaanNya.
Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki mencakupi pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.

Wan Muhammad Firdaus




V 82: BERBUAT DOSA

 Dan berbuat dosalah kamu sekadar kesabaran kamu tinggal di dalam neraka."

Allah Subhanahu Wata'ala mencabar kita. Silakan derhaka atau berbuat maksiat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, tetapi ingat, sekadar kesanggupan kamu menahankan seksa neraka. Cubalah bakar jari telunjuk anda dengan api lilin selama satu minit. Cuba bayangkan pula panasnya api neraka. Bagaimana kalau anda diseksa di neraka selama satu hari, satu minggu, satu bulan atau satu tahun? Kalau begitu fikirlah dahulu sebelum berbuat dosa.




Sabtu, 30 Mei 2020

V 81 : ALLAH SWT TIDAK MENGAMPUNI DOSA SYIRIK


Di antara bahaya kesyirikan yang membuatnya menjadi perkara paling berbahaya bagi setiap manusia, adalah bahawa orang yang meninggal dunia dalam keadaan membawa dosa selain syirik maka boleh jadi Allah SWT adzab atau boleh jadi Allah SWT ampuni. Adapun dosa syirik, maka tidak Allah SWT ampuni. Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” 
(QS. An Nisa: 48)

Syaikh Abdul Aziz bin Baz berkata tentang ayat ini:

وقد دلت هذه الآية الكريمة على أن جميع الذنوب التي دون الشرك تحت مشيئة الله سبحانه، وهذا هو قول أهل السنة والجماعة، خلافا للخوارج والمعتزلة ومن سلك مسلكهما من أهل البدع

“Ayat yang mulia ini menunjukkan bahawa seluruh dosa selain syirik itu di bawah kehendak Allah SWT. Ini adalah keyakinan Ahlussunnah wal Jama’ah. Berbeza dengan keyakinan Khawarij dan orang-orang yang mengikuti manhaj Khawarij dari kalangan ahlul bid’ah.” 
(Majmu’ Fatawa Mutanawwi’ah, 10/70)

Allah SWT juga berfirman:

إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

“Sesungguhnya orang yang berbuat syirik terhadap Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.” 
(QS. Al Maidah: 72)

Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan ayat ini:

أي فقد أوجب له النار وحرم عليه الجنة كما قال تعالى ” إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء”

“Maksudnya, Allah SWT wajibkan mereka (orang yang berbuat syirik) masuk neraka dan Allah SWT haramkan mereka masuk syurga. Sebagaimana Allah SWT juga berfirman (yang ertinya): Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya.” 
(Tafsir Ibnu Katsir)

Sebagaimana juga dijelaskan dalam hadits dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

الظلمُ ثلاثةٌ ، فظُلمٌ لا يغفرُهُ اللهُ ، وظلمٌ يغفرُهُ ، وظلمٌ لا يتركُهُ ، فأمّا الظلمُ الذي لا يغفرُهُ اللهُ فالشِّركُ ، قال اللهُ : إِنَّ الْشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ ، وأمّا الظلمُ الذي يغفرُهُ اللَّهُ فَظُلْمُ العبادِ أنفسُهمْ فيما بينهُمْ وبينَ ربِّهمْ ، وأمّا الظلمُ الّذي لا يتركُهُ اللهُ فظُلمُ العبادِ بعضُهمْ بعضًا حتى يَدِينَ لبعضِهِمْ من بعضٍ

“Kezaliman ada tiga: kezaliman yang tidak Allah ampuni, kezaliman yang Allah ampuni dan kezaliman yang tidak mungkin dibiarkan oleh Allah.
Adapun kezaliman yang tidak Allah ampuni, itu adalah kesyirikan. Allah berfirman: kesyirikan adalah kezaliman yang paling fatal.
Adapun kezaliman yang Allah ampuni adalah kezaliman seorang hamba pada dirinya sendiri, antara ia dengan Allah.
Adapun kezaliman yang tidak mungkin dibiarkan oleh Allah adalah kezaliman hamba pada orang lain sampai kezaliman tersebut terbayar.” 
(HR. Abu Daud Ath Thayalisi [2223], Abu Nu’aim dalam Al Hilyah [6/ 309], dihasankan Al Albani dalam Shahih Al Jami’ no. 3961)

Allah SWT Ampuni Pelaku Kesyirikan Yang Bertaubat
Ayat-ayat dan hadits di atas adalah mengenai orang yang mati dalam keadaan belum bertaubat dari kesyirikan. Maka mereka wajib diazab di neraka. Adapun orang yang sudah bertaubat dari kesyirikan, tetap Allah SWT ampuni. Allah SWT berfirman:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 
(QS. Az Zumar: 53)

Sebagaimana dalam hadits daripada Jabir bin Abdillah radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:


مَن مات لا يشركُ باللهِ شيئًا دخل الجنةَ ، ومَن مات يشركُ باللهِ شيئًا دخل النارَ

“Barangsiapa yang mati, tanpa berbuat syirik kepada Allah sedikitpun, ia masuk syurga. Barangsiapa yang mati dalam keadaan membawa dosa syirik, maka ia masuk neraka.” 
(HR. Muslim no. 93)

Hadits ini menunjukkan ancaman neraka itu bagi orang yang mati dalam keadaan membawa dosa syirik. Syaikh As Sa’di menjelaskan surah An Nisa ayat 48 di atas:

وهذه الآية الكريمة في حق غير التائب، وأما التائب، فإنه يغفر له الشرك فما دونه كما قال تعالى: { قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا } أي: لمن تاب إليه وأناب.

Ayat yang mulia ini bicara tentang orang yang belum bertaubat. Adapun orang yang sudah bertaubat dari kesyirikan, maka Allah SWT ampuni dosa syiriknya dan dosa lainnya. Sebagaimana firman Allah SWT (yang ertinya):

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Az Zumar: 53)

Iaitu bagi orang yang bertaubat dan berinabah.” 
(Tafsir As Sa’di)

Sebagaimana para sahabat Nabi ridhwanullah ‘alaihim  ‘ajma’in, dahulu mereka berada dalam kesyirikan di masa jahiliyah. Namun mereka telah menerima Islam dan bertaubat dari kesyirikan, kemudian menjadi orang-orang yang Allah SWT redhai. Allah SWT berfirman tentang para sahabat Nabi:

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” 
(QS. At Taubah: 100)

Menunjukkan bahawa orang yang bertaubat dari kesyirikan sebelum ajalnya, akan Allah SWT ampuni dosanya, bahkan menjadi orang yang lebih mulia.

Pelaku Kesyirikan Ada Dua Macam
Berdasarkan hadits Jabir di atas, orang yang mati dalam keadaan membawa dosa syirik, wajib masuk neraka. Namun keadaan mereka dirinci. Jika kesyirikan yang mereka lakukan adalah syirik ashghar maka mereka akan dikeluarkan dari neraka, kerana syirik ashghar tidaklah menafikan tauhid secara total. Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin mengatakan:

كل عمل قولي أو فعلي أطلق عليه الشارع وصف الشرك لكنه لا ينافي التوحيد منافاة مطلقة

“Syirik ashghar adalah setiap amalan, baik berupa perkataan atau perbuatan, yang disebut sebagai kesyirikan oleh syariat, atau disifati dengan kesyirikan, namun tidak menafikan tauhid secara total.” 
(Syarah Kasyfusy Syubuhat dan Al Ushul As Sittah, hal. 115)

Sedangkan Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

يَخْرُجُ مِن النارِ مَن قال: لا إلهَ إلا اللهُ ، وفي قلبِه وزنُ شعيرةٍ مِن خيرٍ ، ويَخْرُجُ مِن النارِ مَن قال: لا إله إلا الله ، وفي قلبِه وزنُ بُرَّةٍ مِن خيرٍ ، ويَخْرُجُ مِن النارِ مَن قال: لا إلهَ إلا اللهُ ، وفي قلبِه وزنِ ذرَّةٍ مِن خيرٍ

“Akan dikeluarkan dari neraka orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dan di dalam hatinya ada sebiji gandum kebaikan, akan dikeluarkan dari neraka orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dan di dalam hatinya ada sebiji burr kebaikan, akan dikeluarkan dari neraka orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dan di dalam hatinya ada sebiji sawi kebaikan.” 
(HR. Bukhari no. 44)

Maka orang yang mati dalam keadaan membawa dosa syirik, wajib diazab di neraka sebagaimana ditunjukkan oleh ayat-ayat dan hadits-hadits. Namun jika kesyirikan yang ia lakukan adalah syirik ashghar, mereka tidak kekal di neraka. Adapun jika syirik akbar –wal ‘iyyadzu billah– maka mereka kekal di neraka. Syaikh Muhammad bin Abdil Aziz Al Qar’awi rahimahullah menjelaskan:

من مات على الشرك دخل النار فإن كان شركا أكبر خلد فيها و إن كان شركا أصغر عذب ما شاء الله له أن يعذب ثم يخرج

“Orang yang mati membawa dosa syirik maka ia masuk neraka. Jika syiriknya syirik akbar maka ia kekal di neraka, jika syiriknya syirik asghar maka ia diazab sesuai kehendak Allah SWT kemudian ia dikeluarkan dari neraka.” 
(Al Jadid Syarah Kitab At Tauhid, 59)




V 80 : SYIRIK DALAM ISLAM – HUKUM, JENIS DAN BAHAYANYA


Syirik merupakan perbuatan yang paling dibenci oleh Allah SWT kerana orang yang berbuat syirik bererti mensejajarkan Allah SWT dengan hal lain. Dengan kata lain, orang yang syirik tidak mengakui keEsaan Allah SWT, sehingga dalam hidupnya ia bergantung pada apa selain Allah Yang Maha Esa. Syirik juga bererti menyamakan Allah SMT dengan hal-hal lain.

Hukum Syirik
Syirik jelas adalah perbuatan dosa besar, terutama jika sampai keluar daripada agama Islam sehingga jelas bahawa hukumnya adalah haram. Merupakan dosa besar jika seseorang berbuat syirik terhadap Allah SWT. Jika seseorang benar-benar memiliki iman yang kuat, tidak mungkin ia berbuat sehina itu dengan menyekutukan Allah SWT dengan apapun. Sungguh orang yang syirik adalah mereka yang sudah sangat tersesat dan tak mendapatkan petunjuk.
Orang yang berbuat syirik adalah benar-benar sudah buta mata hatinya. Padahal, Allah SWT memiliki tiga (3) kekhususan yang tidak boleh disetarakan, disejajarkan, ataupun dibandingkan dengan makhluk, benda, serta apapun yang ada di seluruh jagat raya ini. Tiga kekhususan tersebut adalah;

Kekhususan dalam Rububiyyah Allah

Allah SWT adalah pencipta dari seluruh yang ada di jagat raya, yang memberikan rezeki, menghidupkan dan mematikan makhluk. Allah SWT adalah satu-satunya yang mengatur seluruh alam semesta.

Kekhususan dalam Uluhiyyah Allah
Satu-satunya tujuan kita beribadah adalah hanya kepada Allah SWT. Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan yang berhak dan wajib kita sembah. Tiada ada yang lain selain Allah SWT, Tuhan semesta alam. Oleh sebab itu, segala bentuk ibadah yang kita lakukan baik itu solat wajib lima waktu, puasa, zakat, solat sunat, sedekah, zikir, doa, dan lain sebagainya hanya boleh kita tujukan ke hadrat Allah SWT saja.

Kekhususan dalam Asma’ dan Sifat Allah
Ada 99 Asma’ Allah dan 20 sifat wajib yang harus kita ketahui, serta bahawasanya kesemua sifat itu tidaklah boleh kita persamakan dengan makhluk atau benda apapun di jagat raya ini.

Jenis – Jenis Syirik

1. Syirik Akbar
Hakikat daripada syirik akbar adalah menjadikan selain daripada Allah SWT sebagai tujuannya dalam beribadah, misalnya; memohon dan bernazar sesuatu kepada selain Allah SWT, takut kepada kuburan, jin, atau syaitan serta percaya bahawa semua itu boleh memberi bahaya. Syirik ini menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam sehingga jika ia mati dalam keadaan demikian maka akan kekal di dalam neraka.
Syirik ini menjadi penyebab keluarnya seseorang dari agama Islam, dan orang yang bersangkutan jika mati dalam keadaan demikian, akan kekal di dalam neraka. Macam-macam syirik akbar:

a. Syirik saat berdoa
Yakni orang yang meminta, memohon, dan memanjatkan hajatnya dalam doa dengan tujuan kepada selain Allah SWT. Padahal tiada yang kuasa mengabulkan semua doa kecuali Allah SWT. Allah SWT berfirman yang ertinya;

“Dan orang-orang yang kamu seru selain Allah tiada mempunyai apa-apa meskipun setipis kulit ari. Jika kamu meminta kepada mereka, mereka tiada mendengar seruanmu, dan kalau mereka mendengar mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu.” 
(Q. S. Faathir : 13-14)

b. Syirik dalam sifat Allah SWT
Salah satu sifat wajib pada zat Allah SWT adalah Allah Maha Mengetahui. Segala sesuatu yang ada di jagat raya, baik yang kecil mahupun besar, terlihat mahupun tak nampak, Allah SWT mengetahui kesemuanya. Ketika seseorang percaya bahawa peramal boleh melihat masa depan dan ia mempercayainya, maka itu adalah syirik.
Sama halnya kita seseorang mempercayai bahawa Nabi dan Rasul mengetahui perkara-perkara ghaib yang tidak boleh diketahui oleh manusia seperti halnya Allah SWT. Padahal, sudah jelas ditegaskan bahawa sifat wajib Allah SWT bererti hanya Allah SWT yang memilikinya. Tidak pada Nabi, mahupun Rasul.

c. Syirik dalam Kecintaan
Allah SWT itu pencemburu sehingga Ia tidak menyukai jika hambaNya mencintai selain kepadaNya. Baik itu orang tua, saudara, suami, isteri, sahabat, pimpinan, atau siapapun. Janganlah mencintai secara berlebihan selain kepada Allah SWT. Cinta kepada sesama mahkluk ciptaan Allah SWT tidak boleh disetarakan apalagi kurang dibandingkan dengan kecintaan kepada Allah SWT. Adapun firman Allah SWT yang ertinya;

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.”  
(Q. S. Al-Baqarah: 165)

d. Syirik dalam ketaatan
Yakni patuh dan tunduk kepada selain Allah SWT, baik itu ilmuan, ulama, atau siapapun. Tindakan seperti ini sangat mirip dengan perbuatan menyembah berhala. Adapun firman Allah SWT yang ertinya;

“Mereka menjadikan orang-orang alim, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah.” 
(Q. S. At-Taubah: 31)

e. Syirik khauf (takut)
Ketakutan yang dimaksud tentu adalah takut kepada selain Allah SWT misalnya takut pada mayat, kuburan, syaitan, dan menganggap bahawa kesemua itu boleh menyebabkan bahaya atau mudharat pada dirinya. Termasuk juga takut pada seseorang secara berlebihan sampai menyebabkan kelalaian terhadap kewajipannya sendiri. Hal ini biasa terjadi pada seorang yang bekerja dan takut pada atasannya, sampai meninggalkan solatnya.

2. Syirik Ashghar
Merupakan semua perbuatan mahupun ucapan yang oleh syarak dinyatakan sebagai perbuatan syirik namun tidak sampai menyebabkan keluar daripada agama Islam, namun boleh menjadikan sebagai pengantar daripada dosa syirik akbar. Macam-macam syirik asghar:

Zhahir (nyata)
Yakni ketika seseorang mengucap sumpah atas selain kerana Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda yang ertinya;

“Barangsiapa yang bersumpah dengan selain nama Allah, maka ia telah berbuat syirik.”
(H. R. Ahmad, Shahih)

Selain itu, menggunakan benda-benda atau tangkal (jimat) seperti gelang atau kalung yang dipakai dengan niat sebagai penangkal bahaya atau penyakit juga termasuk dalam syirik asghar.

Khafi (tersembunyi)
Syirik jenis ini sumbernya berada di dalam hati seseorang, boleh saja berupa niatan semata atau memang kepercayaan namun tak ditunjukkan oleh perbuatan (hanya di dalam hati), misalnya riak yang tersembunyi dalam hati.

Bahaya dari Perbuatan Syirik

1. Syirik Ashghar
Amal ibadahnya rosak. Sungguh rugi orang yang berbuat syirik kerana sesungguhnya amal ibadah yang telah ia kerjakan menjadi rosak akibat perbuatan syiriknya. Adapun firman Allah SWT yang ertinya;

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi) sebelummu jika kamu berbuat syirik nescaya akan terhapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.”
(Q. S. Az-Zumar : 65 )
Syirik asghar atau boleh juga disebut syirik kecil tetap akan terkena nampak daripada dalil-dalil mengenai perbuatan syirik sehingga orang yang berbuat hanya akan terus menumpuk dosa jika tidak segera bertaubat.
Menjadikan jembatan menuju perbuatan dosa besar yang tak akan termaafkan (syirik akbar).

2. Syirik Akbar
Merupakan perkara pertama yang diharamkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang ertinya;

“Katakanlah: Rabbku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” 
(Q.S. Al-Araaf : 33)

Merupakan sebuah tindakan zalim yang teramat besar yang menghancurkan seluruh amal ibadah. Allah SWT berfirman yang ertinya; 

“Sesungguhnya syirik itu kezaliman yang besar.” 
(Q. S. Luqman : 13)

Merupakan dosa besar yang tak terampuni oleh Allah SWT sehingga apabila meninggal dalam keadaan syirik besar, maka ia akan diharamkan untuk masuk syurga. Allah SWT berfirman yang ertinya;

“Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah, maka pasti Allah mengharamkan jannah (syurga) baginya dan tempatnya adalah neraka, dan tidak ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.” 
(Q. S. Al-Maidah : 72)

Orang yang berbuat syirik akbar akan kekal di neraka sesuai dengan firman Allah SWT yang ertinya;

“Sesungguhnya orang kafir, yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka jahannam, mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk.” 
(Q. S. Al-Bayyinah: 6)

Yang melakukan perbuatan syirik akbar merupakan orang-orang yang termasuk ke dalam golongan yang kotor akidahnya. Allah SWT berfirman yang ertinya; 

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.” 
(Q. S. At-Taubah : 28)