Syaqiq Ibnu Ibrahim ditanya,
“Bagaimana dapat mengetahui sayakah orang soleh tersebut. Apakah disebabkan orang-orang
berkata, ‘Saya orang soleh?”
Syaqiq Ibnu Ibrahim menjawab, “Tunjukkan
rahsiamu pada orang soleh bila mereka reda kamu termasuk golongan mereka.”
Tawarkan dunia pada nuranimu. Jika kau menolaknya, itulah salah satu tanda.
Hadapkanlah maut pada dirimu.
Apabila kau berani menerima, maka kaulah orang soleh itu.
Bila ketiganya ada pada dirimu
mintalah pada Tuhan selalu jauhkanlah riak dari amalmu supaya tak dirosak dan
lebur jadi debu.”
Orang yang soleh tersebut
bukanlah orang yang hanya sekadar dikatakan soleh oleh orang lain. Apalagi
belum tentu seseorang yang bernama soleh. Kesolehannya seseorang adalah
disamping terlihat dari amal perbuatannya, juga harus dapat memenuhi kriteria
yang diajukan sebagaimana oleh Syaqiq Ibnu Ibrahim di
bawah ini.
Apabila di antara mereka/
orang yang soleh, kita membuka rahsia hidup yang selama ini kita
jalani, apa-pun bentuknya, apabila mereka reda maka kita termasuk di
antara golongan mereka. Ini ertinya perbuatan kita sama halnya atau tidak jauh
berbeza dengan perilaku mereka.
Apabila
terdapat kemaksiatan yang masih kita lakukan, sementara mereka tersebut
tidak pernah melakukannya, jelas mereka tidak akan reda. Mereka akan
menyingkirkan kita dari komunitinya. Misalnya pada suatu jamaah zikir kita
bercerita kepada jamaah zikir tersebut perihal hal buruk kita, yakni bahawasanya
kalau tiap malam kita sering pergi ke nite club. Pastinya jamaah
zikir tersebut akan berusaha mengambil jarak dengan kita. Akan
tetapi apabila kita menceritakan kebiasaan baik, kita melakukan puasa Isnin
Khamis atau kita mengelola TPA (Taman Pengajian Al Quran) dan lain sebagainya
sebagainya, maka kita akan dianggap kelompoknya.
Apabil datang kepada kita
seseorang untuk menawarkan sesuatu pekerjaan, dengan fasiliti dan gaji yang
jauh lebih baik, tapi pekerjaannya amat menyita waktu dan berhubungan dengan
hal-hal yang sifatnya subahah. Apakah kita akan menerima pekerjaan tersebut?
Sedangkan pada saat ini kita bekerja di sebuah perusahaan di mana gaji dan
tunjangannya tersebut sebetulnya sudah sangat cukup. Lalu kita masih punya
waktu untuk ketemu dengan anak dan isteri. Juga masih ada waktu
luang untuk dakwah di perusahaan saat ini kerana ada Kerohanian Islam
(Rohis)nya.
Memang tawaran yang
sangat duniawi tersebut memang sangatlah mengiurkan. Akan
tetapi orang yang soleh akan mempertimbangkan apakah pekerjaan yang
baru tersebut lebih mendekatkan atau justeru menjauhkan dirinya (sebagai
seorang hamba) daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Sudah jelas apabila
tawarannya seperti di atas, maka automatik nurani orang yang soleh tersebut
akan mengatakan ‘”Tidak, Terima kasih.”
Ciri orang yang soleh
adalah mereka tidak takut akan mati. Sebab mati bagi orang yang soleh
adalah gerbang yang harus ia lalui untuk berjumpa dengan Sang kekasih sejati
yakni ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Seperti misal, Bagaimana
mungkin kita bertemu dengan seorang gadis di dalam rumah tanpa kita mengetuk
pintu, masuk, dan menemuinya. Kadangkala, kerana badan kita masih kotor dengan
baju berpalit lumpur kita belum siap menemui seorang gadis pujaan
tersebut kita membersihkan diri terlebih dulu agar pertemuan berlangsung
demikian indah. Seperti Itulah halnya orang yang soleh. Ia akan mempersiapkan
kesucian hatinya sehingga, Ia tidak saja tidak takut akan mati, tapi justeru
siap Ia menyongsong kematian untuk berjumpa dengan yang Maha Indah.
Satu lagi syarat yang
sebagaimana telah dikemukakan oleh Syaqiq Ibnu Ibrahim, iaitu janganlah riak.
Apabila kita sudah berada dalam golongan orang yang soleh, kita sudah tidak
tergiur dengan tawaran dunia yang menghambat dan menjauhkan kita dalam
beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, juga tidak takut mati, jangan hal
tersebut dipamerkan kepada orang lain. Cukup itu tulus
ikhlas semata-mata untuk mendapatkan keredaan daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
semata.
Janganlah sampai hanya kerana
kita ingin dianggap sebagai orang yang soleh kerana berkumpul dengan orang
yang soleh, juga bukan kerana kita menolak tawaran sehingga
datanglah pujian, terlebih ingin dipuji bahawa kita siap mati. Untuk
itulah saudaraku yang kami cintai, marilah mulai dari sekarang kita perbaiki
diri ini dengan selalu menegakkan ibadah kita dan selalu berdoa
kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA agar kita beserta keluarga kita dijauhkan dari
dari penyakit riak.
Semoga ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA selalu menjadikan kita golongan Hamba yang soleh dan selalu dalam keredaanNya. Aamiin.
Oleh : Ning Silviana Sholeha
Redaktur : Aminatul Jannah
Redaktur : Aminatul Jannah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan