Kesederhanaan peribadi
Rasulullah SAW dan para sahabat dikisahkan oleh Abu Hurairah ra. Demi Allah
yang tidak ada sekutu baginya terkadang aku tidur di atas tanah dengan perut
lapar dan terkadang aku ikatkan sebuah batu ke perutku untuk menahan lapar.
Tidak saja soal makanan
Rasulullah SAW dalam hal tidur beralaskan tikar dan rumahnya sangat sederhana
kalau ada pakaian yang sobek dan koyak beliau sendiri yang menambalnya, tidak
menyuruh isterinya beliau juga memerah sendiri susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun dijual.
Setiap kali pulang ke rumah
bila dilihat tiada makanan yang siap untuk dimakan sambil tersenyum Rasulullah
SAW menyisingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatuna
Aisyah mengisahkan kalau nabi berada di rumah beliau selalu membantu urusan
rumahtangga jika mendengar azan beliau cepat-cepat berangkat ke masjid dan
cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai solat.
Pernah Rasulullah SAW
pulang ada waktu pagi dan tentulah amat lapar saat itu, namun dilihatnya tiada
apapun yang ada untuk sarapan, yang mentah pun tidak ada kerana Aisyah belum ke
pasar maka nabi SAW bertanya belum ada sarapan ya Humaira? (Humaira adalah panggilan
mesra untuk sayidatuna Aisyah yang bererti wahai yang kemerah merahan) Aisyah
lantas menjawab dengan agak serba salah belum ada apa-apa wahai Rasulullah,
Rasulullah SAW lantas berkata kalau begitu aku puasa saja hari ini tak
sedikitpun tergambar rasa kesal di wajahnya.
Sayidatuna Aisyah
mengisahkan kesederhanaan Rasulullah SAW tidak pernah memenuhi perutnya bersama
keluarganya beliau tidak pernah minta makan kepada isteri-isterinya jika mereka
menghidangkan makanan beliau-pun makan. Beliau makan apa yang dihidangkan
mereka dan meminum apa yang dihidangkan oleh mereka.
Walau nabi Muhammad SAW
penuh kesederhanaan bahkan terkadang tak jarang makan. Beliau tetap tegar
menjalankan risalah kenabian yang melekat pada dirinya. Pernah suatu ketika
saat beliau menjadi imam solat para sahabat melihat gerakan Rasulullah SAW
antara satu rukun ke rukun yang lain amat sukar sekali, dan mereka mendengar
bunyi menggerutuk seolah-olah sendi-sendi pada tubuh manusia yang paling mulia
itu bergeser.
Selesai solat, sayidina Umar
bin Khatab yang tidak tahan melihat keadaan nabi langsung bertanya, Ya
Rasulullah kami melihat seolah olah engkau menanggung penderitaan yang amat
berat, Apakah engkau sakit Ya Rasulullah?
Tidak Ya Umar. Alhamdulilah
aku sihat bugar! Jawab Rasulullah SAW.
Begitulah salah satu
gambaran kisah kehidupan baginda Rasulullah SAW, yang penuh dengan
kesederhanaan. Bahkan Sungguh, sangat sederhana untuk ukuran seorang pemimpin
sekaliber beliau, amirul muknimin dengan kekuasaan sebesar beliau. Semoga kisah
Rasulullah SAW ini boleh bermanfaat banyak bagi kita, terutama kita sebagai
seorang pemimpin. Aamiin…
Redaktur : Aminatul Jannah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan