Apakah engkau merukukkan badan lahir engkau
sahaja di waktu solat?
Sedangkan batin engkau, engkau tidak terasa
rukuk?
Kalau
jasad lahir engkau sahaja yang rukuk, rukuk itu engkau tidak hayati, rukuk
engkau tidak ada erti apa-apa.
Di waktu engkau sujud. Apakah hati engkau sujud sama? Anggota lahir sahaja? Tidak terasa apa-apa?
Ia hanya
sekadar exercise sahaja, ertinya engkau bersenam. Kalau hati engkau tidak ikut
berserta sujud.
Di kala engkau berdiri solat, terasakah engkau berdiri di hadapan Tuhan yang tidak bercara?
Terasa
Tuhan melihat, tahu, mendengar dan berkuasa di atas engkau. Di waktu itu engkau
malu kepadaNya. Hingga terpaku hati dan fikiran engkau dengan Tuhan, tidak
sempat engkau mengingati perkara-perkara lain.
Di ketika
itu kebesaran Tuhan sahaja yang engkau rasa. Kalau di waktu berdiri tidak
terasa apa-apa terhadap Tuhan. Mengapa engkau berdiri?
Untuk apa
engkau berdiri? Seolah-olah engkau berdiri sahaja-sahaja!
Berdiri tidak punyai erti apa-apa. Kalau sepanjang masa engkau bersolat begitu rupa. Rupanya selama ini engkau bersenam, bersenam dengan rupa orang bersolat. Kerana itulah solat engkau tidak merubah perangai. Sama saja seperti orang yang tidak bersolat. Hakikatnya engkau belum bersolat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan