Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 14 Mac 2020

V 27 : 5 AMALAN JARIAH ANAK-ANAK UNTUK IBUBAPA YANG TELAH PERGI


Seorang anak yang baik boleh melakukan pelbagai kebaikan lain untuk membantu ibubapanya yang telah meninggal dunia dengan ikhtiar dan usaha seperti;

1- Banyakkan Bersedekah
Pelbagai sedekah boleh dilakukan, terutama sedekah jariah seperti derma kepada pembinaa masjid, mewakafkan tanah untuk tapak perkuburan, derma pakaian kepada rumah anak yatim.

Selalulah sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-nas dan ayat-ayat al Quran yang lain dan sebaiknya dibaca sendiri oleh anak-anak mereka. Selain itu, lakukanlah upah haji untuk mereka (niat haji untuk ibubapa yang telah meninggal dunia yang belum sempat menunuaikan haji).

2- Selesaikan hutang-piutang mereka
Jika semasa hidupnya ibubapa pernah berhutang, berusahalah untuk membayar semua hutang itu, seperti hutang dengan bank, ansuran kereta dan lain-lain pinjaman.

Manakala hutang dengan Allah SWT adalah anzar yang penah dilakukan oleh arwah, ni termasuklah fidyah meninggalkan puasa. Selain itu, tunaikanlah wasiat dan janji yang tidak sempat dilakukan semasa mereka hidup.

3- Melakukan Amal Soleh
Sebagai anak yang soleh, jauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allh SWT, seperti maksiat dan tidak menutup aurat.

Elakkan bergaduh sesama adik beradik kerana berebutkan harta pusaka, sebaliknya banyakkan beramal soleh dengan berbuat kebaikan dan tuntutan agama. Ini kerana segala kebaikan ini akan memberikan saham kepada ibubapa di alam barzakh sana.

4- Menjaga Silaturahim Dengan Keluarga Dan Sahabat Baik Mereka
Salah satu cara lain untuk berbakti kepada orang tua yang sudah meninggal adalah menjaga silaturahim, menghormati dan membantu keluarga, dan para sahabat mereka. Dalam hadis Rasulullah bersabda;

“Sesungguhnya suatu hal yang paling berbakti ialah silaturahim seorang anak kepada kerabat yang mencintai ayahnya.”
[Hadis Riwayat Muslim]

Ini kerana, menghormati mereka beerti kita menghormati kedua orang tua kita.

5- Menziarahi Kubur Mereka
Berziarahlah ke kubur mereka sambil berdoa, selain membersihkan kawasan tersebut. Dengan menziarahi kubur juga membuatkan kita sentiasa mengingati kematian yang semestinya akan dilalui oleh setiap makhluk Allah.

Meskipun kedua orang tua kita sudah meninggal, kita seharusnya tetap berbakti kepada mereka dengan cara melakukan cara-cara di atas, sebagai kewajipannya seorang anak yang soleh.

Sayangilah ibubapa kita semasa masih hidup atau sewaktu mereka telah meninggal dunia sekalipun. Sesungguhnya sangat besar jasa mereka kepada kita sepanjang kehidupan mereka, dari waktu melahirkan sehinggalah mereka tiada. Allah SWT jua yang membalasnya. al-Fatihah!

Syukur kita masih diberikan peluang oleh Allah SWT, gunakan peluang ini dengan sebaiknya. Siapkan bekalan kita secukupnya sebelum pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan