Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 13 Mac 2020

V 26 : MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH


Islam ialah agama yang dibawa oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM iaitu agama yang diredai oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Perkataan Islam itu ertinya : menyerah diri dan menurut perintah.

Rukun Islam :

Rukun Islam itu lima perkara :

Pertama : mengucap dua kalimah syahadah

Kedua : sembahyang sehari semalam lima waktu

Ketiga : memberi zakat (dan fitrah)

Keempat : puasa Ramadhan

Kelima : mengerjakan haji (dan umrah) ke Baitillah Al-Haram

Rukun Islam yang Pertama

Kalimah Syahadah

Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah iaitu :

“Aku mengaku(bersaksi) bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan aku mengaku(bersaksi) bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Hendaklah disertakan dengan mengucap dua kalimah syahadah itu membenarkan dengan hati bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan bahawa Nabi Muhammad itu sebenarnya Rasul (pesuruh) yang diutuskan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada sekelian alam ini.

Kandungan Kalimah Syahadah :

Di dalam dua kalimah syahadah itu terkandunglah kepercayaan kepada ketuhanan yang sebenar dan kepercayaan kepada Rasul.
Seseorang yang berlafaz dengan dua kalimah syahadah itu adalah memberi pengakuan akan adanya tuhan yang sebenar iaitu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan memberi pengakuan bahawa sebenarnya Tuhan telah mengutuskan Rasulnya kepada sekelian alam ini iaitu NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.

Syarat- syarat Sah Syahadah :

Apabila seorang bukan Islam mengucap ia akan dua kalimah syahadah itu serta dengan kepercayaan di dalam hatinya maka jadilah ia seorang Islam dan terpeliharalah dirinya, hartanya, dan nyawanya seperti mana terpeliharanya diri harta dan nyawa seorang Islam.

Maka syarat sah syahadah itu enam perkara :

Pertama : hendaklah tertib lafaz-lafaz syahadah itu seperti yang dinyatakan itu.
Kedua : hendaklah melafazkan kedua-dua kalimah syahadah itu dengan berturut-turut.
Ketiga : hendaklah faham akan makna kedua-duanya.
Keempat : hendaklah mendustakan sekilan perkara yang menyalahi bagi maksudnya syahadah itu.
Kelima : hendaklah menggunakan perkataan “أشهد” pada keduanya.
Keenam : jangan syak pada keduanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan