AL HAMID ( الحميد )
ALLAH Yaa Hamid Yang Maha Terpuji
menciptakan sesuatu dengan baik dan ALLAH mempunyai sifat yang terpuji dan segala
perbuatan terpuji itu adalah sifatNYA. DIA Yaa Hamid layak untuk menerima
pujian kerana DIA yang mencipta dan menghidupkan, yang menganugerahkan
keperluan hidup dan DIA yang memberi petunjuk sehingga manusia mencapai
kebahagiaan dunia dan akhirat. ALLAH Yaa Hamid layak mendapat pujian bukan
hanya ketika menerima kesenangan tetapi juga ketika menerima kesempitan dan
bencana kerana ianya merupakan proses pendidikan ALLAH kepada hamba-hambaNYA.
Seorang hamba hendaklah berbaik sangka dengan ALLAH walaupun apa pun yang
dilakukan ALLAH kepadaNYA.
Menghayati sifat Al Hamid menjadikan
seseorang hamba itu sentiasa memuja dan memuji ALLAH serta beramal dengan sifat
terpuji ALLAH. Akan dialirkan sifat-sifat itu oleh ALLAH Al Hamid sehingga
mampu menaburkan kebaikan kepada sesama manusia.
BICARA HATI
Allahumma Yaa Hamid Yang Maha Terpuji,
segala puji dan puja hanya layak untukMu Yaa Allah. Engkau Yaa Hamid layak
dipuji kerana seluruh alam buana ini adalah milikMu Yaa Malik Yaa Malikul Mulk.
Engkau Yaa Hamid layak dipuji kerana seluruh isi langit dan bumi adalah
ciptaanMu, Engkaulah Yaa Wali Yaa Wakil Yaa Baari’ yang mengurus, mentadbir dan
mengatur semuanya.
Pujian hanya layak untukMu Yaa Hamid,
kerana tiada yang memberi kurniaan dan pertolongan kepada hamba-hambaMu
melainkan Engkau Yaa Rahman Yaa Rahim Yaa Wahab Yaa Karim. Engkau Yaa Hamid
dipuja dipuji kerana seluruh khazahah alam buana ini milikMu Yaa Ghoni Yaa
Mughni.
Allahumma Yaa Hamid, basahilah lidah kami
ini untuk sentiasa memujiMu. Yaa Batin, hilangkan dalam hati, fikiran dan lidah
ini daripada memuji makhluk yang lemah lagi dhaif, yang kelopak matanya pun
memerlukan kekuatan AllahMu Yaa Aziz Yaa Qowiy Yaa Matin untuk membukanya.
Allahumma Yaa Hamid, Pemilik sifat-sifat terpuji, hiasi hati dan akhlak kami,
anak-anak kami, suami/isteri kami, masyarakat kami dan pemimpin-pemimpin kami
dengan sifat-sifat terpuji dan Yaa Jami’ Yaa Ba’its Yaa Hamid,
bangkitkan dan kumpulkan kami nanti di akhirat dengan golongan yang terpuji
di sisiMu iaitu para Rasul, para Nabi, Syuhada', Solihin, Siddiqin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan