ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Yang Maha Besar
lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di
sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui
manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah inipun hanyalah sebahagian
kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah ALLAH SUBHANAHU
WA TAALA.
Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita
terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya.
Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak
oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan
berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud? Inilah
tanda-tanda kekuasaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pada diri manusia yang jarang
disedari.
Nama ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA pada 5
jari tangan
Sesungguhnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA,
Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya
melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif,
Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam perkataan
dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.
Bilangan nama-nama ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA pada
tapak tangan
Jika kita balikkan pula tangan, dan
melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan
membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak
tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor
tersebut, jumlahnya ialah 99.
Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik
kepada 99 nama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna
(Nama-nama yang baik).
Saluran udara pada paru-paru membentuk
kalimah Tauhid
Ahli sains telah menemui bahawa
saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah ‘La
ilaha illallah’ (Tiada Tuhan melainkan ALLAH) dalam tulisan Arab. Lihat gambar
di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.
Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah
simbol bagi nama Nabi
Berdiri lurus dalam solat melambangkan
huruf Alif (ا), ruku’ melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م),
dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad
dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.
Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu
nama lain bagi NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASSALLAM Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu
dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama
Muhammad.
Walaubagaimanapun, Ahmad dan Muhammad di
dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu ‘Yang Terpuji’.
“Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam
berkata: “Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan ALLAH kepadamu,
membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan
(datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad
(Muhammad)……"
(Surah As-Shaaf : Ayat 6)
Otak manusia dalam keadaan seperti orang
sujud dalam solat
Bentuk otak manusiapun jika diperhatikan
dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian
sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas
manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah,
menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada
manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta
kita?
(Surah Fusshilat : Ayat 53)
Nama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ketika
angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud dalam solat .
Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari
telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan
Tuhan yang Esa. Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari
itu akan membentuk kalimah ALLAH dalam Bahasa Arab, subhanAllah.
(Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)
Ada keseimbangan (balance) pada
perkataan ALLAH dan MUHAMMAD dalam Bahasa Arab. Begitu juga dengan kalimah
Tauhid. Sila lihat di bawah;
الله
= 4 huruf, iaitu Alif lam lam ha’
محمد
= 4 huruf , mim haa’ mim dal
لا إله إلا الله
= 12 huruf
محمد رسول الله
= 12 huruf
Rujukan :
http://unikversiti.blogspot.com/2011/08/rahsia-di-sebalik-tubuh-manusia.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan