Selama
ini kita mengenali dua bentuk rawatan. Rawatan sebelum dijangkiti penyakit /
pencegahan (At-thib Al-wiqo`i), dan rawatan selepas dijangkiti penyakit
(at-thib al-`ilaji).
Dengan
mencontohi pola makan RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, kita sebenarnya sedang menjalani terapi pencegahan penyakit dengan
makanan. (Attadawi bil ghidza`). Ini tentu jauh lebih baik daripada kita harus
“berhubungan” dengan ubat-ubat kimia.
Dalam
setiap aktiviti dan pola hidupnya, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM memang sudah disiapkan untuk
menjadi contoh teladan bagi semua manusia, termasuk dalam hal pola makan. Ini
bukan perkara remeh. Sebab salah satu faktor penting penunjang fizikal utama RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM adalah
kecerdasan beliau dalam memilih menu makanan dan mengatur pola konsumsinya.
Perkara
pertama yang menjadi menu seharian RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM adalah udara segar di subuh
hari. Sudah umum diketahui bahawa udara pagi kaya dengan oksigen dan belum
dikotori oleh bahan-bahan lain. Ini ternyata sangat besar pengaruhnya terhadap
vitaliti seseorang dalam aktivitinya selama sehari penuh. Maka tidak usah
hairan ketika kita tidak bangun di subuh hari, kita menjadi terasa begitu malas
untuk beraktiviti.
Selanjutnya
RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menggunakan siwak untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi. Lepas subuh, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM membuka
menu sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli.
Khasiatnya luar biasa. Dalam Al quran, kata “syifa” / kesembuhan, yang
dihasilkan oleh madu, diungkapkan dengan isim nakiroh, yang bererti nama am,
atau menyeluruh. Ditinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan
perut, mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan sembelit, buasir dan keradangan.
Dalam istilah orang Arab, madu dikenali dengan “al-hafidz al-amin”, kerana
boleh menyembuhkan luka bakar.
Masuk
waktu dhuha, RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM selalu makan tujuh butir kurma ajwa` / matang. Sa’ad ra mendengar RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM
bersabda,
“Barangsiapa memakan tujuh butir kurma ajwah di pagi hari, maka racun
dan sihir tidak akan membahayakannya pada hari itu.”
(Hadits
riwayat Bukhari)
Dan ini
terbukti apabila seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM dalam
sebuah percubaan pembunuhan di Perang Khaibar, racun yang ditelan oleh baginda
kemudian boleh dineutralkan oleh bahan-bahan yang terkandung dalam kurma.
Bisyir ibnu al-Bara, salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut,
akhirnya meninggal, tetapi RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM selamat. Apa rahsianya? Tujuh
butir kurma!
Dalam
sebuah kajian di Mesir, penyakit kanser ternyata tidak tersebar ke
kawasan-kawasan yang penduduknya banyak mengambil kurma. Kebelakangan ini
terbukti bahawa kurma mempunyai zat-zat yang boleh mematikan sel-sel kanser.
Maka tidak perlu hairan jikalau ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyuruh Maryam ra, untuk makan
kurma di saat kehamilannya. Sebab memang itu bagus untuk kesihatan janin.
RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM selalu berbuka puasa dengan segelas susu dan kurma, kemudian solat
maghrib. Kedua-dua jenis makanan itu kaya dengan glukosa, sehingga langsung
menggantikan zat-zat gula yang kering setelah seharian berpuasa. Glukosa itu
sudah cukup mengenyangkan, sehingga setelah solat maghrib, tidak akan
berlebihan apabila bermaksud untuk makan lagi.
Menjelang
petang hari, menu RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja bukan hanya cuka
dan minyak zaitunnya sahaja, tetapi pengambilan dengan makanan pokok, seperti
roti misalnya. Manfaatnya banyak sekali, antaranya mencegah lemah tulang dan
kenyanyukan di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan
melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga
suhu tubuh di musim sejuk.
Ada kisah
menarik berkaitan dengan buah tin dan zaitun, yang ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA
bersumpah dengan kedua-duanya. Dalam al Quran, kata “at-thin” hanya ada satu
kali, sedangkan kata “az-zaytun” diulang sampai tujuh kali. Seorang ahli
kemudian melakukan kajian, yang kesimpulannya, jika bahan-bahan yang terkandung
dalam tin dan zaitun berkumpul dalam tubuh manusia dengan perbandingan 1:7,
maka akan menghasilkan “ahsani taqwim”, atau tubuh yang sempurna, seperti yang
dinyatakan dalam Surah at-thin. Subhanallah!
Syeikh
Ahmad Yasin adalah salah seorang yang secara rutin mengambil jenis makanan ini,
sehingga wajarlah beliau tetap sihat, kuat dan begitu menggerunkan para Yahudi,
walaupun lumpuh sejak kecil. Kalau saja beliau tidak lumpuh, barangkali sudah
habis para Yahudi Israel itu.
Di malam
hari, menu utama RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM adalah sayur-sayuran. Beberapa riwayat mengatakan, baginda selalu
mengambil sana al makki dan sanut. Anda kenal nama tersebut? Di mesir, kata Dr.
Musthofa, kedua-duanya serupa dengan sabbath dan ba`dunis. Masih tidak kenal
juga? Dr. Musthofa kemudian menjelaskan, secara umum sayur-sayuran mempunyai
kandungan zat dan fungsi yang sama, iaitu memperkuat daya tahan tubuh dan
melindunginya daripada serangan penyakit. Jadi, asalkan namanya sayur-sayuran,
sepanjang ianya halal, In sya ALLAH berkhasiat tinggi. Maka, para penggemar
kangkung dan bayam tidak usah panik. Para peniaga tauge juga tidak perlu pindah
haluan.
Disamping
menu wajib di atas, ada beberapa jenis makanan yang disukai Rasulullah RASULULLAH SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASSALLAM tetapi
beliau tidak rutin mengambilnya. Di antaranya tsarid, iaitu campuran antara
roti dan daging dengan kuah air masak. Kemudian beliau juga senang makan buah
Yaqthin atau labu manis, yang terbukti boleh mencegah penyakit gula. Kemudian
beliau juga senang makan anggur dan hilbah.
Sekarang
masuk pada tata cara mengambilnya. Ini tidak kurang pentingnya dengan pemilihan
menu. Sebab setinggi apapun gizinya, kalau pola konsumsinya tidak teratur, akan
buruk juga akibatnya. Yang paling penting adalah mengelakkan isrof, atau
berlebihan. Kata RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, “Cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus
makan, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk air minumnya dan
sepertiga lagi untuk nafasnya” (al hadis). Ketika seseorang terlalu banyak
makanannya, maka perutnya akan penuh dan pernafasannya tidak bagus, sehingga
zat-zat yang terkandung dalam makanan tersebut menjadi tidak berfungsi dengan
baik. Imbasnya, keadaan fizikal menjadi tidak prima, dan aktiviti tidak akan
maksima.
Dr.
Musthofa menekankan bahawa as-syab`u, yang bererti kenyang itu bukan al-imtila`,
atau memenuhi. Tetapi kenyang adalah mencukupinya tubuh dengan bahan-bahan yang
diperlukan, sesuai dengan perkadaran dan ukurannya. Jadi ini penting, jangan
kekenyangan!
RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM juga melarang untuk idkhol at-thoam ala at-thoam, atau makan lagi sesudah
kenyang. Suatu hari, di masa selepas wafatnya RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, para sahabat melawat Aisyah ra.
Waktu itu daulah islamiyah sudah sedemikian luas dan makmur. Lalu, sambil
menunggu Aisyah ra, para sahabat, yang sudah menjadi orang-orang kaya, saling
bercerita tentang menu makanan mereka yang meningkat dan bermacam-macam. Aisyah
ra, yang mendengar hal itu tiba-tiba menangis. “Apa yang membuatmu menangis,
wahai bonda?” Tanya para sahabat. Aisyah ra lalu menjawab, “Dahulu RASULULLAH tidak pernah
mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan. Ketika sudah kenyang dengan
roti, beliau tidak akan makan kurma, dan ketika sudah kenyang dengan kurma,
baginda tidak akan makan roti.”
Dan
penelitian membuktikan bahawa berkumpulnya berjenis-jenis makanan dalam perut
telah melahirkan bermacam-macam penyakit. Maka sebaiknya jangan mudah tergoda
untuk makan lagi, kalau sudah yakin bahawa anda sudah kenyang.
RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang sejuk
secara serentak. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu-satu masa
dan juga tidak terus tidur selepas makan malam, kerana tidak baik bagi jantung.
Beliau juga meminimumkan dalam mengambil daging, sebab terlalu banyak daging
akan mengakibatkan buruk pada sendi dan buah pinggang. Mesej Umar r.a “Jangan
kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan-haiwan ternakan!” Ayam,
kambing, lembu, kerbau semuanya masuk.
Masih
banyak pola hidup sihat ala RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang boleh kita pelajari. Kali
ini, Dr. Musthofa memang khusus membincangkan menu makan dan cara mengambilnya.
Dari sini kita boleh tahu bahawa ternyata RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sangat memerhatikan masalah gizi
dan menu makanan. Dan di tengah kaburnya semangat untuk mengikuti sunnah Rasul,
ini boleh menjadi semangat untuk memulakan menghidupkannya kembali. Apalagi
menu-menu tersebut terbukti boleh dipertanggungjawabkan secara kesihatan.
[Disarikan dari Ceramah Umum "ghidza`
unnabi" oleh Prof. Dr. Musthofa Romadhon di Wisma Nusantara, Kaherah,
Mesir) tulisan ini ditulis oleh Muhammad As'ad Mahmud, Lc. - lintasberita.com] http://unikversiti.blogspot.com/2012/01/mengapa-rasulullah-saw-sentiasa-sihat.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan