Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 7 Disember 2016

R 111 : TUJUH SUNNAH HEBAT

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapandan mujurlah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Kedua:
Membaca Al Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyayangi hamba yang berwuduk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhuk sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya ALLAH.”

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.


Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saatpun. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti.


بارك الله فيكم..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan