Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 7 Disember 2016

R 110 : APA JUA TINDAKAN KITA AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI HADAPAN ALLAH SWT

“Janganlah kamu mengatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati setiap orang kelak di akhirat akan diminta dipertanggungjawab.”
(Surah 17  AL ISRAAK : 36)

‘Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas radiyallahu anhu berkata berkenaan “وَلاَ تَقْفُ”, iaitu maksudnya: “Jangan kamu mengatakan.”

Berkenaan ayat di atas, Al-Aufi berkata maksudnya: “Dan jangan kamu menuduh seseorang yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.”

Muhammad Ibnul Hanafiyyah pula berkata: “Maksudnya adalah larangan memberikan kesaksian palsu.”

Qatadah berkata bahawa maksudnya: “Janganlah kamu mengatakan bahawa aku melihat sedangkan kamu tidak melihat, aku mendengar sedangkan kamu tidak mendengar, aku mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya. Kerana sesungguhnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan bertanya semua itu kepadamu.”

Setelah menyebutkan pendapat para Salaf tentang ayat ini, imam Ibnu Katsir rohimahulloh berkata: “Kesimpulan penjelasan yang mereka sebutkan adalah: bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA melarang berbicara tanpa ilmu, iaitu (berbicara) hanya dengan perasangkaan yang merupakan perkiraan dan khayalan.”
(Tafsir Al-Qur’anul Azhim), seperti firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

“Jauhilah kebanyakkan dari perasangkaan, sesungguhnya sebahagiaan perasangkaan itu adalah dosa.”
(Surah 49  AL HUJURAAT :12)

Daripada Abu Hurairah dia berkata, RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM bersabda:

“Jauhilah perasangka, kerana sesungguhnya perasangka adalah ucapan yang paling dusta, dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan, dan janganlah kalian saling menghendap-hendap, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling membelakangi, dan jadilah hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.”
(HR al-Bukhari)

Disebutkan di dalam Sunan Abi Daud, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM bersabda:

“Seburuk-buruk kendaraan yang ditunggangi seseorang adalah apabila berkata: “Mereka menyangka.”
(HR Abu Daud, lihat Sahihul Jami’ no 2846)

Hadits lain disebutkan bahawa, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM bersabda:

“Sesungguhnya perbuatan mengada-adakan yang paling dusta, adalah ketika seseorang mengaku melihat sesuatu dengan kedua matanya, sedangkan ia tidak melihatnya.”

(HR al-Bukhari no. 7043)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan