Satu ilmu yang saya baru
tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda adalah ilmu tentang
solat dhuha.
Seorang Ustaz dari
Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan
membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di
negaranya.
Di dalam bukunya bertajuk “Undang
saja ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “Hutang 2
Rakaat Dhuha.”
Di dalam buku tersebut
beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA sebenarnya.
Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran
kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain
kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA.
Oleh kerana ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut
menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat
sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.
Seperti yang tercatat di
satu hadis.
“Pada setiap manusia
terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi
olehnya. Para sahabat bertanya, ‘Siapakah yang sanggup melakukannya wahai RASULULLAH? RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM bersabda, jika terdapat kotoran di masjid,
tutuplah dengan tanah (buang dan
bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika
engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya
bagimu.”
(HR. Imam Ahmad)
Dan menurut riwayat yang
lain, “Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib
disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah
sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah.
Amar makruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua
rakaat solat dhuha.”
(HR. Muslim)
Melalui hadis di atas,
semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang dengan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA selama ini rupanya. Ada di antara kita yang berumur 20, 30 malah
mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita
sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira
hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.
Jika setahun kita berhutang
dhuha 2 rakaat, jika dikira agak–agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika
setiap tahun mengandungi 365 hari didarab dengan 2 rakaat dhuha yang
ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita
pada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA setahun adalah 730 rakaat. Maka
jika 10 tahun adalah 7300. Masha ALLAH.
Bagaimana pula jika 20 atau
30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?
Persoalannya di sini,
adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah
cara mahu membuatnya?
Untuk menjawab persoalan
tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur di dalam
buku tersebut tentang hal ini.
Seorang pekerja kerajaan
telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja
tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.
Wang tabungan yang sudah
dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia
sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur. Ustaz
dengan pantas bertanya,
“Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” Kemudian
pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang
sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab,
“Patutlah ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
mengambil (melalui pencuri) duit tersebut, diambil ALLAH SUBHANAHU WA TAALA wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya.” Begitu
juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita
masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama
ini.
Berbalik kepada persoalan
bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita
perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?
Adakah kita perlu
bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi? Anda rasa bagaimana? Mengikut
cadangan Ustaz Yusuf Mansur di dalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit
tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita.
Seseorang bernama Saifullah
telah menghantar satu sms.
kepada ustaz :
“Ustaz, saya baru terbaca
tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang
mempunyai hutang dhuha dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Saya
kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun,
saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang
17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati.
Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya?
Wassalam.”
Antara tips ustaz yang
sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang
lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini
kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah
hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat
kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan
mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan
menjadi saham pahala anda juga.
Namun, pasti akan ada yang
bertanya, “Tetapi bukan semua pandai
untuk menceritakan perkara-perkara sebegini kepada orang lain.” Pasti akan
terdetik difikiran, sesetengah antara kalian.
Jika anda tidak mampu
menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan
mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.
Jika anda ada Blog atau
Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang
lain supaya berdhuha.
Jika anda sebagai ketua
jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja
bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.
Jika anda seorang pengacara
Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha di dalam percakapan
anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang
kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan
waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha di setiap pagi. Namun,
jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat
dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.
Setiap di antara anda mampu
membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan
orang di sekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.
Oleh kerana penulis juga
merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis
rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.
Moga moga jika antara
kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi
juga hutang dhuha.
Semoga amalan kita diterima
sebagai amalan soleh.
Jom kita sebarkan kerana ALLAH...👍👍👍
In shaa ALLAH... Aku
sampaikan berita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan