Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 25 November 2018

S 148 : 28 TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, sedar tak sedar usia semakin meningkat dan umur semakin pendek. Kematian semakin hampir  Namun sedarkah kita, mungkin kita  ni DAH JADI HAMBA DUNIA?
Berikut adalah ciri-ciri hamba dunia… Yok! kita bermuhasabah diri.

1. Tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.
2. Melalui hari ini tanpa tanpa sedikitpun membuka lembaran al Quran lantaran terlalu sibuk.
3. Selalu berfikir setiap waktu bagaimana untuk menambah harta.
4. Anda selalu marah ketika ada orang memberi nasihat bahawa perbuatan yang anda lakukan adalah salah, haram dan berdosa.
5. Anda selalu menunda-nunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan kerjakan esok, nanti dan seterusnya.” Akhirnya x buat langsung.
6. Selalu kagum dengan kehidupan orang-orang kaya, orang-orang berharta.
7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita dunia sehingga mengabaikan amal ibadah.
8. Tidak rasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.
9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat perkara yang haram dan selalu menunda-nundakan taubat.
10. Anda tidak berkuasa berbuat sesuatu yang diredai Allah SWT sekiranya perbuat itu boleh mengecewakan orang lain.
11. Anda  sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin dimiliki.
12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.
13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai mengisi waktu yang luang sahaja selepas sibuk berkerja.
14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan anda kepada Allah SWT.
15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.
16. Anda melalui hari ini tanpa sedikitpun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada kematian dan tidak ingin memikirkannya.
17. Anda banyak meluangkan waktu sia-sia, melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.
18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan ibadah.
19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup yang suka berfoya-foya, walaupun anda tahu Allah SWT tidak menyukai kehidupan sebegitu.
20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar dapat bertahan di tengah kesulitan ekonomi.
21. Anda ingin menikmati hidup sepuas-puasnya.
22. Anda sangat prihatin dengan penampilan luaran.
23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi.
24. Anda menziarahi orang yang meninggal dunia tetapi tidak sedikitpun mendapat pengajaran dari kematiannya.
25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera dapat menyambung pekerjaan yang tergendala.
26. Anda tidak pernah terfikir bahawa hari ini merupakan hari terakhir anda berada di dunia ini.
27. Anda merasa ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang dimiliki, bukannya merasa tenang dengan mengingati Allah SWT.
28. Anda terlalu ketagihkan internet dan terlalu mengharapkan internet laju sepanjang masa, semata-mata untuk bermedia sosial  seperti Facebook, Whatsapp, Instagram, Wechat, bermain games dan sebagainya.

Semoga Allah SWT melindungi kita dari segala perbuatan buruk dan semoga kita termasuk di dalam golongan hamba-hambaNya yang soleh… Aamiin..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan